🔥 Diskusi Terhangat

Gugur atau ektopik?

Period saya : Hari pertama pada 21 Jan 2023 (7 hari), kemudian 21 Feb 2023 (hari pertama dan kering selepas 7 hari). Biasanya normal period setiap bulan.


22 Mac 2023, tak period, test upt negative. Tetapi pada 31 Mac 2023 ada spotting warna coklat sehingga 6 April 2023. Kemudian 7 April cramp perut dan keluar tisu putih berserta bleeding sehingga 17 April 2023. Lepas tisu putih keluar, cramp perut hilang sehingga hari ini, tapi masih bleeding.


Telah berjumpa doktor di klinik, urine test double line pada 15 April 2023. Tapi masih bleeding. Buat scan 2 kali, tapi tak ada kantung dan masih bleeding sehingga 17 April 2023. Bleeding tak banyak pada pad, tetapi sewaktu buang air kecil, ada darah keluar, seperti darah haid.


Doktor assume tisu putih tu kantung yang gugur dan darah nifas. Perlu ke saya ambil ubat tahan darah?


0
1 komen

1 komen

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Sila dapatkan pandangan doktor anda tentang keperluan mengambil sebarang ubat dan sebaiknya dapatkan pemeriksaan tentang keadaan anda. Terima kasih.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa