Adakah saya mengandung
Salam sejahtera Dr
Saya berusia 43 tahun mempunyai seorang anak berusia 20 tahun.. saya pernah keguguran anak kedua pada tahun 2008 dan selepas itu saya tidak pernah mengandung, bertahun saya mencuba tetapi tidak berhasil.. haid saya teratur setiap bulan, cuma waktu datang bulan saya akan sakit senggugut yang ringan.. sejak 2-3 hari lepas, selepas saya melepasi waktu subur..saya rasa tidak selesa pada bahagian rahim, terasa hangat kadang terasa keram macam nak period.. saya ada bersama suami sebelum dan semasa saya subur.. semalam ada keluar darah sikit saya ingatkan period saya dah datang tapi darah hanya keluar macam setitik saja lepas tu kering tidak keluar darah lagi.. tarikh last period saya 19/4, waktu subur saya CD11.. hari ni 13 DPO saya ada buat pregnancy test tapi negetif.. adakah saya perlu buat pregnancy test lagi atau saya perlu jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut?