Bayi lelaki umur 0-3 bulan dibiarkan menangis terlalu lama
hi dokt, saya first time mom dan ini first baby saya.. saya nak tanya pada pandangan doktor2 sekalian, normal ke biarkan bayi yg usia sedemikian nangis sehingga dia tenang sendiri? sbb suami saya jenis yg 'ajar' anak 'berdikari' dari usia bayi begini.. lagi2 bayi ni bayi lelaki.. dgn alasan dia anak jantan.. kita sebagai ibu ni mana yg tak risau.. context dia, bayi dah disusukan, lampin sudah tukar baru.. kadang tu bayi akan nangis tiba2.. kita sebagai ibu mesti risau baby tak selesa masuk angin atau mahu didodoikan tidur.. tapi suami takde fikir semua tu.. saya jadi susah nak buat kerja rumah sbb tak sedap hati dgn cara suami 'jaga' anak.. normal ke biar bayi begitu nangis lama sehingga dia diam sendiri? ada effect ke psychology dan emosi bayi tu tak?















