sakit perut
Assalamualaikum doktor,
Saya ingin bertanya mengenai keadaan isteri saya yang sedang hamil. Beliau kerap mengadu sakit perut sejak kebelakangan ini. Sakitnya tidak terlalu kuat, tapi kadang-kadang berpanjangan dan menyebabkan beliau rasa tidak selesa.
Setakat ini, tiada pendarahan atau tanda luar biasa lain.
Cuma saya risau dan ingin pastikan sama ada keadaan ini normal atau perlu diperiksa lebih lanjut.
Mohon pandangan doktor.
Terima kasih banyak atas bantuan dan masa doktor 🙏















