Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Anda tahu apakah itu sindrom viral? Ia adalah penyakit berjangkit yang boleh terjadi kepada anda. Untuk ketahui maklumat lanjut, teruskan pembacaan anda!
Untuk mendapatkan lebih lanjut tentang Penyakit Berjangkit, klik di sini.
Apakah itu sindrom viral?
Sindrom viral ialah istilah yangdigunakan kepada simptom-simptom jangkitan viral. Virus boleh merebak dengan mudah daripada seorang ke seorang melalui udara atau benda yang dikongsi.
Dan tahukah anda, penyakit ini terjadi disebabkan oleh virus!
8 Simptom sindrom viral
Tanda-tanda dan simptom mungkin bermula dengan perlahan atau secara tiba-tiba dan mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari. Simptom tersebut mungkin biasa ataupun teruk dan boleh berubah dalam masa sejam atau sehari. Anda mungkin mempunyai sebarang simptom berikut:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.
Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza.
Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Risiko jika mengalami sindrom viral
Terdapat banyak faktor risiko bagi sindrom viral, seperti:
Anda berenang dalam kolam yang tidak diklorin dengan sempurna
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah sindrom viral didiagnosis?
Ujian darah sedang dilakukan untuk mengesan sindrom viral.
Doktor anda akan bertanya tentang simptom anda dan bagaimana ia bermula. Dia juga mungkin bertanya sekiranya anda kerap melancong atau digigit serangga. Dia mungkin akan bertanya sejarah kesihatan anda. Anda juga mungkin memerlukan ujian yang berikut:
Kultur: sampel akan diambil daripada lelehan air hidung, najis anda, atau cecair daripada badan anda yang lain. Melalui sampel ini, doktor anda dapat mengetahui kuman apakah yang menjangkiti anda. Sampel daripada makanan dan minuman anda juga mungkin akan diuji
Ujian darah: darah mungkin diambil untuk memeriksa sebarang virus atau sebab ain berlakunya simptom anda
X-ray dada: doktor anda akan mengambil X-ray untuk mencari kemungkinan cecair terhasil sekitar jantung atau peparu anda atau untuk melihat kepada jangkitan peparu
Bagaimanakah sindrom viral dirawat?
Penyakit yang disebabkan oleh virus selalunya akan hilang dalam masa 10 ke 14 hari tanpa rawatan. Ubat-ubatan berikut mungkin diberikan bagi mengurangkan simptom anda:
Antipiretik: mengurangkan demam
Antihistamin: membantu melegakan ruam, gatal, dan sukar bernafas
Dekongestan: melegakan hidung tersumbat agar anda mudah bernafas
Ubat ant-viral: membantu membunuh virus dan mengawal simptom
Cara menjaga kesihatan organ otak.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani sindrom viral?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda menangani sindrom viral:
Minum air seperti yang diarahkan untuk mengelakkan dehidrasi. Tanya doktor anda berkenaan jumlah dan jenis air yang perlu anda minum. Tanya sekiraya anda perlu minum Oral Rehydration Solution (ORS). ORS mempunyai kandungan air, garam dan gula yang diperlukan anda untuk menggantikan air dalam badan. Ini mungkin membantu mengelakkan dehidrasi yang disebabkan oleh muntah dan cirit-birit. Jangan minum air dengan kafein. Air mengandungi kafein boleh menyebabkan dehidrasi bertambah teruk
Dapatkan rehat secukupnya untuk membantu badan anda sembuh. Dapatkan tidur sejenak bila rasa penat. Tanyalah doktor anda tentang bila anda boleh kembali berkerja dan melakukan aktiviti seharian
Gunakan pelembap udara untuk memudahkan anda bernafas sekiranya anda mempunyai hidung atau dada yang tersumbat. Tanya doktor anda cara-cara menggunakan pelembap udara yang sejuk
Madu atau ubat batuk boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Tanya doktor anda berkenaan jumlah madu yang boleh diambil. Ubat batuk boleh didapati tanpa arahan doktor. Sila patuhi arahan semasa mengambil ubat batuk
Jangan merokok dan hindarilah golongan perokok. Nikotin dan bahan kimia terkandung dalam rokok atau cigar boleh merosakkan peparu. Merokok juga boleh melambatkan proses penyembuhan. Tanya doktor anda berkenaan bahaya merokok dan cara-cara untuk berhenti merokok. E-cigarette atau tembakau tanpa asap masih mengandungi nikotin. Sila berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakan produk ini
Basuh tangan anda selalu untuk mencegah virus daripada merebak. Gunakan air dan sabun. Gunakan gel pembersih tangan apabila air dan sabun tiada. Basuh tangan anda selepas anda menggunakan bilik air, batuk atau bersin. Basuh tangan sebelum anda menyediakan makanan atau makan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau sebarang rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
25/06/2025
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor