backup og meta

Rabies @ Penyakit Anjing Gila, Rupanya Ada Banyak Lagi Haiwan Boleh Jadi Punca!

Rabies @ Penyakit Anjing Gila, Rupanya Ada Banyak Lagi Haiwan Boleh Jadi Punca!

Tahukah anda apa itu rabies atau rabis? Biasa dengar ia disebabkan oleh anjing gila atau haiwan lain bukan? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu rabies?

Rabis adalah jangkitan serius disebabkan oleh virus daripada haiwan pembawa rabies.

Anda boleh dijangkiti virus ini selepas digigit oleh haiwan yang dijangkiti rabis seperti skunk, rakun, kelawar, dan musang serta anjing liar (anjing yang hilang atau ditinggalkan).

Apabila seseorang mula menunjukkan tanda dan simptom rabis dan dibiarkan tanpa rawatan, penyakit ini boleh membawa maut.

Oleh sebab itu, sesiapa yang disyaki menghidapi apa itu rabies perlu mendapatkan rawatan segera.

Apa risiko rabis?

Individu yang tinggal di kawasan pendalaman, di mana tiada vaksin yang boleh diberikan segera selepas mereka digigit.

Rabis boleh berlaku kepada semua peringkat umur namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak di bawah usia 15 tahun, pekerja makmal yang kerap terdedah kepada virus rabis.

Selain itu, kumpulan yang berisiko tinggi termasuklah kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada rabis, individu yang melancong ke kawasan pendalaman di mana rabis kurang dibenteras.

apa itu rabies
Penyebab rabies bahaya jika berjangkit pada manusia.

Simptom

Beberapa gejala apa itu rabies?

Jangka masa dari dijangkiti virus sehingga simptom pertama berlaku sekitar 35 hingga 65 hari. Simptom pertama yang berlaku mungkin sama seperti flu. Tanda dan simptom lain termasuklah:

Tanda-tanda lain termasuklah sakit atau kebas di kawasan gigitan, selama 3-4 hari pertama.

Sejurus selepas simptom sistem saraf berlaku, seperti menjadi gelisah dan resah, hiperaktiviti yang keterlaluan, berkelakuan aneh dan waktu tenang.

Halusinasi, kekejangan otot, dan lumpuh boleh juga berlaku. Takut akan air (hidrofobia) berlaku di peringkat ini.

Malangnya, jika rabis tidak dirawat sejurus selepas terdedah, ia sering mengakibatkan koma, konvulsi dan maut. Hal ini biasanya berlaku pada hari keempat hingga hari ketujuh selepas bermulanya simptom.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Segera mendapatkan rawatan jika anda digigit oleh mana-mana haiwan, walau haiwan peliharaan sekalipun.

Berdasarkan kecederaan yang anda alami dan situasi di mana gigitan tersebut berlaku, anda dan doktor anda boleh menentukan sama ada anda perlu menerima rawatan pencegahan rabis ataupun tidak.

Meskipun anda tidak pasti sama ada digigit atau tidak, sila dapatkan nasihat perubatan.

apa itu rabies
Gigitan anjing liar bahaya dan memerlukan rawatan doktor.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang tersenarai di atas atau ada sebarang masalah, sila berunding dengan doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Lebih baik anda berbincang dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Beberapa punca apa itu rabies?

Rabis berpunca daripada virus bernama rhinovirus di dalam air liur haiwan yang dijangkiti virus ini.

Haiwan yang dijangkiti ini boleh menyebarkan virus ini dengan menggigit haiwan yang lain ataupun manusia.

Terdapat kes terpencil di mana virus ini boleh tersebar apabila air liur yang dijangkiti terkena bukaan luka atau lapisan mukosa seperti mulut dan mata.

Hal ini boleh berlaku jika haiwan yang dijangkiti menjilat bukaan luka pada kulit anda.

Faktor Risiko

Apa faktor risiko jangkitan haiwan ini?

Faktor yang boleh meningkatkan risiko rabis termasuklah:

  • Melancong atau tinggal di negara membangun di mana rabis lebih biasa ada seperti di Afrika dan Asia Tenggara.
  • Aktiviti yang boleh membuatkan anda didekati haiwan liar yang mungkin dijangkiti rabis seperti jelajah gua di mana kelawar hidup atau berkhemah tanpa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan haiwan liar daripada menghampiri kawasan perkhemahan anda.
  • Berkerja di makmal dengan virus rabis.
  • Luka pada kepala, tengkuk atau tangan, boleh menyebabkan virus rabis merebak ke bahagian otak dengan lebih pantas.
apa itu rabies
Kesan gigitan anjing liar pada tangan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit apa itu rabies didiagnosis?

Haiwan yang menggigit anda perlu ditangkap untuk ujian rabis.

Setelah haiwan rabis itu menggigit anda, tiada cara lain untuk mengetahui sama ada haiwan tersebut telah menyebarkan virus rabis kepada anda atau tidak.

Oleh itu, rawatan pencegahan virus rabis daripada menjangkiti badan anda disyorkan sekiranya doktor merasakan anda berisiko terdedah dengan virus ini.

Bagaimana pesakit apa itu rabies dirawat?

Jika anda digigit oleh haiwan yang dijangkiti rabis, luka gigitan perlu dicuci segera menggunakan sabun, air dan antiseptik seperti povidone-iodin.

Kemudian, anda akan diberi satu siri suntikan untuk mencegah virus rabis daripada menjangkiti anda.

Terdapat dua jenis suntikan. Satu suntikan bertindak cepat pada kawasan berdekatan luka gigitan untuk mengelakkan jangkitan rabis, mengandungi globulin imun rabis.

Jenis suntikan kedua dicucuk sekurang-kurangnya 4 kali sepanjang 14 hari. Ia dicucuk pada lengan untuk membantu badan anda mengenali virus rabis dan belajar untuk melawan virus ini.

Jika haiwan yang menggigit anda ditangkap, ia akan diperiksa. Jika disyaki tiada rabis, anda mungkin tidak memerlukan suntikan kedua. Anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Rabies, https://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs099/en/, Accessed Oct 27 2023.
  2. Rabies, https://www.cdc.gov/rabies/symptoms/index.html, Accessed Oct 27 2023.
  3. Rabies, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rabies/basics/tests-diagnosis/con-20019900, Accessed Oct 27 2023.
  4. Rabies, https://kidshealth.org/en/parents/rabies.html, Accessed Oct 27 2023.
  5. Rabies, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/13848-rabies, Accessed Oct 27 2023.

Versi Terbaru

24/09/2024

Ditulis oleh Fariha Zakaria

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Selalu Kena Gigit Nyamuk? Ini 7 Pokok Halau Nyamuk Anda MESTI Tanam Di Rumah!

Tumbuh Bintik Merah Di Badan, Sebab Cacar Air Atau Campak? Ini Bezanya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 24/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan