Definisi
Apa itu Askariasis?
Askariasis, atau cacing bulat dalam usus, adalah keadaan umum di seluruh dunia tidak kira di kawasan sederhana atau tropika di mana sanitasi dan kebersihan tidak terjaga. Di kawasan tersebut, setiap orang mungkin membawa parasit yang menyebabkan jangkitan.
Apakah kebarangkalian Askariasis?
Askariasis paling biasa berlaku di tempat-tempat yang tidak mempunyai sanitasi moden. Jangkitan yang disebabkan oleh cacing bulat adalah agak biasa. Askariasis adalah jangkitan cacing bulat yang paling biasa berlaku. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 10 peratus daripada negara membangun dijangkiti cacing bulat dalam usus. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Askariasis?
Kebanyakan orang yang dijangkiti dengan Askariasis tidak mempunyai apa-apa gejala. Infestasi yang ringan sehingga berat menyebabkan pelbagai gejala, bergantung kepada bahagian badan anda yang terjejas.
Paru-paru
Selepas anda menelan telur Askariasis yang sangat kecil, mereka menetas di usus kecil anda dan larva berhijrah melalui aliran darah atau sistem limfatik ke dalam paru-paru anda. Pada peringkat ini, anda mungkin mengalami tanda-tanda dan gejala seperti asma atau radang paru-paru, termasuk:
- Batuk berterusan.
- Sesak nafas.
- Nafas berbunyi.
Selepas menghabiskan masa selama enam hingga 10 hari di paru-paru, larva itu bergerak ke kerongkong anda, di mana anda akan batuk dan kemudian menelan mereka.
Usus
Larva matang menjadi cacing dewasa di usus kecil anda, dan cacing dewasa biasanya hidup di dalam usus sehingga mereka mati. Dalam Askariasis ringan atau sederhana, serangan usus boleh menyebabkan:
- Kesakitan perut yang ringan.
- Pening dan muntah.
- Cirit-birit atau najis berdarah.
Sekiranya anda mempunyai sejumlah besar cacing dalam usus anda, anda mungkin mengalami:
- Kesakitan abdomen yang teruk.
- Keletihan.
- Muntah.
- Berat badan berkurangan atau kekurangan zat makanan.
- Cacing dalam muntah atau najis anda.
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda harus menghubungi doktor anda jika mengalami:
- Kesakitan abdomen berterusan.
- Cirit-birit.
- Loya.
Punca
Apakah punca Askariasis?
Askariasis tidak tersebar secara langsung dari seseorang kepada orang lain. Sebaliknya, seseorang perlu bersentuhan dengan tanah bercampur dengan najis manusia yang mengandungi telur Askariasis atau air yang dijangkiti. Di kebanyakan negara membangun, najis manusia digunakan untuk baja, atau kemudahan kebersihan yang teruk membolehkan sisa buangan manusia dicampur dengan tanah di laman, parit dan ladang.
Kanak-kanak kecil sering bermain dalam kotoran, dan jangkitan boleh berlaku jika mereka meletakkan jari-jari kotor mereka dalam mulut mereka. Buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak dicuci yang ditanam di dalam tanah yang tercemar juga boleh menyebarkan telur Askariasis.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Askariasis?
Terdapat banyak faktor risiko untuk Askariasis, seperti:
- Kebanyakan orang yang mempunyai Askariasis berusia 10 tahun atau lebih muda. Kanak-kanak dalam kumpulan umur ini mungkin berisiko tinggi kerana mereka lebih cenderung bermain dengan kotoran.
- Iklim yang hangat. Askariasis lebih biasa berlaku di bahagian Tenggara Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, ia lebih banyak berlaku di negara-negara membangun dengan suhu panas sepanjang tahun.
- Sanitasi yang teruk. Askariasis meluas di negara-negara membangun di mana hasil tinja manusia bercampur dengan tanah tempatan.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Askariasis didiagnosis?
Dalam serangan yang berat, ada kemungkinan cacing akan keluar selepas batuk atau muntah, dan cacing juga boleh keluar dari rongga badan lain, seperti mulut atau lubang hidung anda. Jika ini berlaku kepada anda, ambil dan bawa cacing ini kepada doktor anda untuk dikenal pasti dan diberi rawatan yang betul.
Ujian Tinja
Cacing Askariasis betina yang matang di dalam usus anda mula bertelur. Telur ini bergerak melalui sistem pencernaan anda dan akhirnya dapat dijumpai di dalam najis anda.
Untuk mendiagnosis Askariasis, doktor anda akan memeriksa najis anda untuk mencari telur dan larva. Tetapi telur tidak akan muncul dalam najis sehingga sekurang-kurangnya 40 hari selepas anda dijangkiti. Dan jika anda dijangkiti hanya dengan cacing jantan, anda tidak akan mempunyai telur.
Ujian darah
Darah anda boleh diuji untuk mengesan peningkatan bilangan sel darah putih tertentu, yang dipanggil eosinofil. Askariasis boleh meningkatkan tahap eosinofil anda, tetapi ia boleh juga disebabkan masalah kesihatan yang lain.
Ujian pengimejan
- Sinar-X. Sekiranya anda dijangkiti dengan cacing, gumpalan cacing boleh dilihat dalam pengimejan sinar-X perut anda. Dalam sesetengah kes, sinaran X-ray boleh mendedahkan larva dalam paru-paru anda.
- Ultrasound mungkin menunjukkan cacing dalam pankreas atau hati anda. Teknologi ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej organ-organ dalaman.
- CT scan atau MRI. Kedua-dua jenis ujian ini memberi imej terperinci struktur dalaman anda, yang boleh membantu doktor mengesan cacing yang menghalang saluran dalam hati atau pankreas anda. Imbasan CT menggabungkan imej X-ray yang diambil dari banyak sudut manakala MRI menggunakan gelombang radio dan medan magnet yang kuat.
Bagaimana pesakit Askariasis dirawat?
Pada kebiasaannya, hanya jangkitan yang menyebabkan gejala perlu dirawat. Dalam beberapa kes, Askariasis akan sembuh dengan sendirinya.
Ubat-ubatan
Ubat anti-parasit adalah barisan pertama rawatan terhadap Askariasis. Yang paling biasa digunakan adalah:
- Albendazole (Albenza).
- Ivermectin (Stromectol).
- Mebendazole.
Ubat-ubatan ini, diambil selama satu hingga tiga hari, untuk membunuh cacing dewasa. Kesan sampingan termasuklah sakit perut ringan atau cirit-birit.
Pembedahan
Sekiranya berlaku infestasi yang teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang cacing dan membaiki kerosakan yang telah berlaku. Halangan usus atau perforasi, halangan saluran hempedu, dan Appendicitis adalah komplikasi yang memerlukan pembedahan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Askariasis?
Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi Askariasis:
- Menjaga amalan kebersihan yang baik. Sebelum mengendalikan makanan, sentiasa basuh tangan anda dengan sabun dan air. Basuh buah-buahan segar dan sayur-sayuran dengan teliti.
- Berhati-hati sewaktu perjalanan. Gunakan hanya air dalam botol, dan elakkan sayur-sayuran mentah. Adalah lebih baik jika anda boleh mengupas dan mencuci sendiri. Sebagai peraturan, makan makanan yang dimasak panas sahaja.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.