backup og meta

Anda Bakal Ambil Vaksin AstraZeneca? Jom Baca Persediaan Yang Dikongsi Pakar Ini

Anda Bakal Ambil Vaksin AstraZeneca? Jom Baca Persediaan Yang Dikongsi Pakar Ini

Baru-baru ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin telah membuat pengumuman mengenai pemberian vaksin imunisasi AstraZeneca secara ‘siapa cepat dia dapat’.

Pengumuman ini pastilah menggembirakan rakyat Kuala Lumpur dan Selangor.

Pemberian vaksin ini dibuka kepada 268,000 orang dan menjadi salah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan kegusaran rakyat mengenai kesan sampingan vaksin AstraZeneca.

Hanya dalam masa 90 minit, hampir 100,000 permohonan untuk vaksin tersebut telah dicatatkan.

Ini bermaksud, masih ada sebilangan besar rakyat Malaysia yang yakin dengan kelebihan vaksin AstraZeneca melebihi keburukannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Malah, melalui temu ramah kami bersama Pakar Respiratori dan Perubatan Umum Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa baru-baru ini, menyatakan bahawa vaksin yang terbaik ialah vaksin yang boleh kita dapatkan secepat mungkin.

Jika anda merupakan sebahagian daripada penerima Vaksin AstraZeneca nanti, tahniah kami ucapkan!

Sebelum anda mengambil suntikan vaksinasi, kami ingin kongsikan pengalaman Prof Dr James Koh Kwee Choy, Ketua Bahagian Perubatan, Fakulti Perubatan, International Medical University (IMU) sewaktu janji temunya mendapat vaksin COVID-19.

Banyak tidur setelah mendapat suntikan vaksin

Prof Dr James Koh Kwee Choy
Prof Dr James Koh Kwee Choy, Ketua Bahagian Perubatan, Fakulti Perubatan, International Medical University (IMU)

Menurut Prof Dr James Koh Kwee Choy, selain sakit pada kawasan suntikan, beliau rasa penat dan letih selama 3 hari. Tambahnya lagi, beliau banyak menghabiskan masa untuk tidur setelah menerima suntikan.

Kesan sampingan yang diperhatikan daripada vaksin tersebut juga berbeza-beza. Walaupun begitu, kesan sampingan yang teruk amat jarang berlaku.

Pada tarikh pemberian vaksin, Prof James sampai 30 minit awal dan mendaftar masuk mengikut SOP yang ditetapkan. Kemudian, beliau perlu mendengar taklimat pendek dan juga sesi kaunseling selama 10 minit oleh doktor.

“Prosesnya agak panjang namun suntikannya tidak memakan masa yang lama. Malah, ia dilakukan dengan cepat dan tidak menyakitkan,” katanya.

Seluruh janji temu memakan masa hampir 2 jam termasuklah sesi pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

Menurut Prof James, sesi ini penting untuk memastikan penerima suntikan tidak mengalami reaksi alahan yang teruk seperti kejutan anafilaksis terhadap vaksin yang diterima.

Suntikan vaksin kedua lebih menyakitkan

Dr James juga mengakui bahawa suntikan vaksin kedua lebih menyakitkan. Malah, kesan sampingannya lebih teruk.

Beliau mengalami bengkak pada kawasan bahu kiri dan rasa sangat-sangat penat dan mengantuk.

Malah, beliau juga mengalami bengkak pada kawasan nodus limfa selama seminggu.

“Pada waktu ini, saya mengambil paracetamol untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.”

Menurut Dr James, orang ramai tidak perlu risau mengenai kesan sampingan yang dialami. Reaksi tersebut juga merupakan tanda badan sedang bekerja keras untuk menghasilkan antibodi.

Tetapi, kalau badan tidak mengalami apa-apa kesan sampingan, itu tidak bermaksud vaksin tersebut tidak berfungsi. Itu menandakan anda seorang yang bertuah!

Selepas mendapat suntikan kedua, anda akan diberikan kad untuk mengesahkan bahawa anda telahpun menerima kedua-dua dos. Kad ini juga boleh diakses melalui aplikasi mySejahtera.

Persiapan awal sebelum mendapatkan vaksin

pemberian vaksin

Kepada rakyat Malaysia yang bakal menerima vaksin AstraZeneca nanti, Dr James amat menggalakkan agar semua melakukan persiapan awal.

Antaranya adalah dengan mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum dan selepas menerima suntikan vaksin.

“Rehat yang cukup amat penting. Ketika kita menerima vaksin, badan kita sebenarnya sedang berperang. Dengan rehat yang cukup, barulah badan bersedia untuk menerima vaksin.”

Dr James juga berkata penerima vaksin tidak perlu mengambil makanan tertentu sebelum janji temu. Namun, jika anda mudah lapar, tiada salahnya jika anda makan terlebih dahulu atau bawa kudapan sebagai persediaan.  

Untuk mencapai imuniti kelompok, 80% daripada populasi hendaklah divaksin. Oleh sebab itu, kebanyakan daripada kita perlu mengambil vaksin COVID-19 untuk masa depan yang lebih cerah.

Apabila ditanya mengenai keberkesanan vaksin dan adakah vaksin jenama A lebih baik daripada jenama B, Dr James menjawab semua vaksin ini selamat dan efektif untuk menentang virus COVID-19. Apa yang berbeza hanyalah cara ia berfungsi.

Ambil vaksin imunisasi secepat mungkin

pemberian vaksin

Dr James juga menambah, tidak ada gunanya jika anda enggan mengambil apa-apa vaksin kerana mahu ‘tunggu dan lihat’ terlebih dahulu.

Kita haruslah mencapai imuniti berkelompok secepat mungkin sebelum virus tersebut melalui mutasi. Lebih pantas kita melakukan vaksinasi, lebih kuranglah risiko virus untuk bermutasi menjadi sesuatu yang lebih berbahaya.

Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia agar mengambil vaksin imunisasi untuk melindungi diri sendiri dan juga insan yang tersayang.

Jangan sesekali rasa ragu-ragu. Jika kita tidak mencapai imuniti berkelompok, mungkin kita terpaksa menempuh PKP demi PKP pada masa akan datang.

(Artikel ini diberikan oleh International Medical University dan diterjemah oleh pasukan editorial Hello Doktor)

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Australian Government Department of Health. 2021. About the AstraZeneca COVID-19 vaccine. April 23. Accessed May 4, 2021. https://www.health.gov.au/initiatives-and-programs/covid-19-vaccines/learn-about-covid-19-vaccines/about-the-astrazeneca-covid-19-vaccine.
  2. CDC. 2021. Possible Side Effects. March 16. Accessed May 4, 2021. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/expect/after.html.
  3. Gavi. 2021. Does the AstraZeneca COVID-19 vaccine really cause blood clots? March 16. Accessed May 4, 2021. https://www.gavi.org/vaccineswork/does-astrazeneca-covid-19-vaccine-really-cause-blood-clots?gclid=Cj0KCQjw4cOEBhDMARIsAA3XDRjF7GZIvQNk79wJZIdlz8Ob9XQzM5tiTKDTLoY1bxYptHsn37RUYHgaAjqbEALw_wcB.
  4. Government of Canada . 2021. AstraZeneca COVID-19 vaccine: What you should know. April 14. Accessed May 4, 2021. https://www.canada.ca/en/health-canada/services/drugs-health-products/covid19-industry/drugs-vaccines-treatments/vaccines/astrazeneca.html.
  5. World Heath Organization. n.d. The Oxford/AstraZeneca COVID-19 vaccine: what you need to know. Accessed May 4, 2021. https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/the-oxford-astrazeneca-covid-19-vaccine-what-you-need-to-know?gclid=Cj0KCQjw4cOEBhDMARIsAA3XDRhspxocsf-7Y__Rk3hs66NcCIlsSxcrFVWUIEWJrNOMyxfX4I1vtO8aAs_nEALw_wcB.

Versi Terbaru

08/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

Vaksin COVID-19 Bukan Untuk Kanak-kanak? Ini Sebab Bawah Umur 18 Tahun Tak Disuntik


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan