Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Coronavirus merupakan virus yang tersebar melalui haiwan. Bagaimana pula jika saintis meramalkan kelawar sebagai punca wabak coronavirus merebak pada masa hadapan?
Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:
[covid_19]
Benarkah kelawar punca wabak coronavirus?
Virus korona mula merebak dan menyebabkan manusia sakit di Wuhan, China pada akhir Disember 2019. Ia bermula daripada haiwan sebagai perumahnya dan menjangkiti manusia.
Jangkitan seperti ini sebenarnya sangat jarang berlaku, sekali gus menjadikan ia sebagai zoonotik virus, iaitu berkemampuan untuk menjangkiti spesies yang berbeza. Antara haiwan yang mempunyai virus korona di dalam badannya adalah kelawar.
Haiwan ini dikatakan tidak terjejas dengan patogen yang berada dalam darah mereka, sebaliknya manusia yang memakannya yang akan mengalami kesan. Ia kerana manusia tidak ada sebarang perlindungan terhadap virus tersebut.
Keadaan ini dipercayai kerana patogen tersebut merupakan satu bahan asing untuk sistem imun badan manusia. Apabila virus ini berada dalam badan manusia, ia mudah disebarkan sama ada melalui batuk ataupun bersin.
Kaedah pengesanan baharu untuk wabak coronavirus
Bagi membantu memudahkan pengesanan virus ini, seorang doktor perubatan dari Duke-NUS Medical School di Singapura, Dr Lin-Fa Wang, telah mencipta kaedah pengesanan baru virus korona yang dinamakan next-generation sequencing (NGS).
Dr Lin-Fa percaya kaedah pengayaan NGS (NGS enrichment) boleh menawarkan penyelesaian dalam mengatasi penyebaran wabak coronavirus. Kaedah ini melibatkan proses mengesan virus yang tersembunyi dalam genetik kelawar.
“Coronavirus punca penularan wabak SARS pada tahun 2003 dan ia berkait rapat dengan virus yang dijumpai dalam kelawar. Ia berkemungkinan berasal daripada haiwan.
“Malahan penularan wabak misteri di Wuhan, China serta swine acute diarrhea syndrome (SADS) juga dipercayai berpunca daripada haiwan,” tambah Dr Lin-Fa.
Baca juga:
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pakar beranggapan kaedah yang memerlukan sampel daripada paru-paru merupakan satu penyelidikan dengan kos yang mahal. Maka para saintis mencipta satu versi yang lebih murah.
Dalam kertas kerja yang diterbitkan oleh jurnal mSphere, para penyelidik berkongsi kaedah bagaimana untuk menghasilkan versi NGS yang lebih berpatutan dan dapat dilancarkan secara meluas.
Bagaimana analisis kelawar untuk wabak coronavirus?
NSG menggariskan keupayaan untuk menganalisis virus DNA yang diketahui tidak aktif dalam kelawar. Kaedah yang digunakan adalah menangkap seekor kelawar dan proses analisis melalui najis atau sampel darah akan dilakukan.
Proses analisis ini penting untuk melihat apa yang terkandung di dalamnya. Ini kerana DNA kelawar dianggap sebagai satu bukti virus DNA yang mendatangkan bahaya kepada manusia.
Hasil terakhir daripada beberapa peringkat akan membolehkan saintis mencari perubahan kecil atau besar kepada virus genom pada pesakit, sama ada melibatkan manusia atau haiwan.
Namun, Dr Lin-Fa memberi amaran, kaedah ciptaan mereka mungkin tidak akan dapat menyelesaikan setiap masalah. Ini kerana menurut beliau, kelemahan teknik pengesanan yang dicipta ini hanya dapat mengesan virus yang telah diketahui.
Apa itu kaedah pengayaan NGS?
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya kaedah pengayaan NGS ini, bukan?
Menurut Profesor dari School of Biological Sciences di University of Southampton, Profesor Bill Keevil –kaedah ini hanya berfungsi untuk mengenal pasti jenis virus yang sudah diketahui.
“Untuk virus sedia ada, saintis akan memilih sampel kecil dalam penyediaan templat. Kemudian kaedah mensintesis fragmen asid nukleik dilakukan di dalam makmal.
Hasil ujian itu akan digunakan sebagai primer dalam prosedur penguatan PCR (PCR amplication) seluruh genom.’
Baca juga:
Bagi seorang doktor dari Northumbria University, Dr Sterghios Moschos, beliau menyamakan kaedah pengayaan NGS ini sebagai satu proses fotokopi maklumat dalam sampul surat.
Penyelidik kemudiannya boleh menyusun genom untuk mengenal pasti strain dan menilainya. Hasil analisis akan mendedahkan ciri utama pada virulence, asal dan juga evolusi virus.
Memahami zoonotik virus
Zoonotik virus adalah satu penyakit yang boleh tersebar daripada satu spesies kepada spesies yang lain. Agen yang menjangkiti dipanggil sebagai patogen, dan ia boleh merebak ke spesies lain dan kekal hidup.
Patogen ada pelbagai potensi. Patogen selalunya kurang berbahaya dalam satu spesies berbanding jika ia merebak kepada spesies lain. Proses ini perlu dilakukan untuk memastikan ia kekal hidup bagi tempoh yang panjang.
Antara contoh umum patogen adalah seperti strain influenza yang telah disesuaikan untuk bertahan dalam badan manusia daripada hos perumah haiwan yang berbeza. H5N1, H7N9 dan H5N6 adalah jenis selesema burung yang berasal dari burung dan menjangkiti manusia.
Kes ini jarang berlaku tetapi penularan wabak berisiko untuk terjadi apabila seseorang individu terdedah untuk tempoh yang lama dan berhubung langsung dengan haiwan yang dijangkiti.
[mc4wp_form id=’115319″]
Kesimpulan
Walaupun hakikatnya pengayaan NGS merupakan satu kaedah baru dalam mengesan punca wabak coronavirus dan masih dalam kajian. Namun diharapkan kajian seperti ini akan lebih banyak dilakukan bagi membantu mengesan sekali gus mencegah penularan wabak seperti wabak coronavirus ini pada masa akan datang.
Apa pun, sepanjang tempoh penularan wabak coronavirus ini, Hello Doktor menyarankan anda semua untuk sentiasa menjaga kebersihan diri. Jangan lupa untuk memakai topeng muka, okay?
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronavirus
Baca juga: