backup og meta

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Selepas hampir setahun terbelenggu dengan pandemik COVID-19, akhirnya kita boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 daripada Pfizer-BioNTech di sini, pada 21 Februari lepas.

Vaksin ini amat penting untuk membentuk imuniti berkelompok atau herd immunity di Malaysia yang hanya boleh dicapai dengan selamat melalui program vaksinasi.

Sebelum teruskan pembacaan, mari lihat statistik terkini COVID-19 di Malaysia.

[covid_19]

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan percuma untuk semua

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,

“Vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada semua warganegara dan bukan warganegara Malaysia bertepatan dengan slogan rasmi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu Lindung Diri, Lindung Semua.”

Menurut WHO, peratusan masyarakat yang perlu melakukan imunisasi untuk mencapai imuniti berkelompok berbeza mengikut penyakit.

Sebagai contoh, imuniti berkelompok terhadap penyakit campak (measles) memerlukan imunisasi sekitar 95% daripada populasi.

Untuk penyakit polio pula, sebanyak 80% daripada populasi perlu melakukan vaksinasi. Walau bagaimanapun, peratusan populasi yang perlu dicapai untuk membentuk imuniti berkelompok terhadap COVID-19 masih belum diketahui.

Namun, kerajaan Malaysia bertekad untuk melakukan vaksinasi kepada sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa Malaysia menjelang Februari 2022 untuk mengurangkan penularan virus COVID-19.

Baca juga:

Program vaksinasi COVID-19

Program vaksinasi akan dijalankan bermula 26 Februari 2021 dan dilakukan dalam 3 fasa sehingga 22 Februari 2022. Fasa pertama membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan atau frontliners sehingga April hadapan.

Pada hari ini (Rabu, 24 Februari 2021) Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi antara individu pertama yang menerima suntikan vaksin di Malaysia bersama petugas-petugas barisan hadapan.

Di bawah merupakan senarai kumpulan sasaran bagi 3 fasa pemberian vaksin serta anggaran individu yang akan divaksinasi:

program imunisasi

Fasa 1 (Februari – April 2021)

Sasaran vaksinasi – 500,000 orang

  • Kumpulan utama 1 yang merangkumi petugas barisan hadapan (frontliners) iaitu petugas kesihatan kerajaan dan swasta
  • Kumpulan utama 2 yang merangkumi perkhidmatan penting dan pertahanan

Fasa 2 (April – Ogos 2021)

Sasaran vaksinasi – 9.4 juta orang

  • Kumpulan utama 1 iaitu baki kakitangan penjaga kesihatan serta perkhidmatan penting dan pertahanan
  • Kumpulan utama 2 iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi yang mengalami penyakit kronik serta orang kelainan upaya (OKU)

Mari rujuk infografik di bawah untuk ketahui golongan manakah yang berisiko tinggi.

pesakit covid-19

Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022)

Sasaran vaksinasi – 13.7 juta orang/lebih

  • Kumpulan utama merangkumi penduduk berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang tinggal di dalam zon merah dahulu dan disusuli dengan zon kuning dan kemudian zon hijau
  • Fasa ini paling penting untuk membentuk imuniti berkelompok

Baca juga:

Vaksin COVID-19, selamatkah?

program imunisasi

Kami faham, mungkin ramai yang risau mengenai keselamatan vaksin. Walaupun pembuatan vaksin telah dipercepatkan untuk membendung penularan wabak, itu tidak bermaksud vaksin tersebut tidak selamat digunakan.

Malah, pembuatan vaksin tersebut telah dipantau dengan rapi untuk memastikan ia selamat untuk kegunaan umum.

Selain itu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam juga telah memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus.

Walau bagaimanapun, ada kemungkinan anda akan mengalami simptom ringan yang bersifat sementara seperti:

  1. Sakit di tempat suntikan.
  2. Pening kepala.
  3. Menggigil.
  4. Keletihan.
  5. Sakit sendi.
  6. Demam.
  7. Loya.
  8. Rasa tidak sihat.
  9. Kelenjar limfa bengkak.

Vaksin tidak akan menyebabkan anda menghidap apa-apa penyakit. Malah, dengan melakukan vaksinasi, anda dapat memastikan diri anda dan ahli keluarga selamat daripada virus COVID-19.

Oleh sebab itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. 

Jangan sia-siakan peluang ini. Program imunisasi inilah harapan kita untuk bebas daripada cengkaman COVID-19 dan kembali menjalani hidup yang normal.

[mc4wp_form id=”115319″]

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. CDC. 2021. Benefits of Getting Vaccinated. January 5. Accessed February 22, 2021. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/vaccine-benefits.html.
  2. JKJAV. 2021. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. February 18. Accessed February 22, 2021. https://www.vaksincovid.gov.my/pdf/Program_Imunisasi_COVID-19_Kebangsaan.pdf.
  3. WHO. 2020. Coronavirus disease (COVID-19): Herd immunity, lockdowns and COVID-19. December 31. Accessed February 22, 2021. https://www.who.int/news-room/q-a-detail/herd-immunity-lockdowns-and-covid-19.
  4. WHO. n.d. COVID-19 vaccines. Accessed February 22, 2021. https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/covid-19-vaccines.

Versi Terbaru

23/06/2021

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Bukan Semua Pesakit COVID-19 Perlu Masuk Hospital, KECUALI Yang Ada 11 GEJALA Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 23/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan