Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Sepanjang tempoh 9 bulan, ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan pranatal sama ada di klinik mahupun hospital. Tetapi ketika wabak COVID-19, adakah check up perlu berjalan seperti biasa?
Ia adalah 1 pemeriksaan rutin yang dilakukan pada setiap temu janji bagi memastikan keadaan ibu hamil dan bayi dalam kandungan sihat. Jika pemeriksaan dilakukan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA), biasanya jururawat akan bertanyakan soalan asas tentang kesihatan ibu dan pergerakan bayi.
Temu janji pemeriksaan biasanya mengikut jadual seperti:
Tetapi ketika penularan wabak COVID-19 adakah ibu hamil perlu meneruskan pemeriksaan seperti yang dijadualkan atau menundakannya?
Apatah lagi ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung serta saranan jarak sosial, sudah tentu situasi ini menimbulkan kerungsingan di hati. Teruskan atau tunda?
Di Malaysia, statistik bagi Covid-19 seperti berikut:
[covid_19]
Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), menegaskan usaha dalam mencegah penularan wabak COVID-19 mungkin memberikan kesan yang tidak diingini kepada ibu hamil.
Ini kerana apabila saranan jarak sosial dan perintah kawalan pergerakan (PKP) diisytiharkan, ia akan mengehadkan akses kepada rutin pemeriksaan pranatal serta penjagaannya.
ACOG menggalakkan OB/GYN dan pihak perubatan terlibat untuk memastikan agar wanita mengandung yang berisiko tinggi diberikan penjagaan dan pemeriksaan tertentu apabila diperlukan.
Jika keadaan tidak mengizinkan ibu mengandung untuk hadir secara fizikal bagi melakukan pemeriksaan rutin, ACOG mencadangkan agar pihak perubatan melakukan pemeriksaan pranatal melalui panggilan telefon, video atau emel.
Menurut Sarjana Senior di Johns Hopkins Centre for Health Security, Dr Amesh Adalja, “Soal penjagaan kesihatan individu termasuklah penjagaan pranatal adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.”
Jadi mungkin selepas ini temu janji pranatal anda akan berlangsung secara maya, jangan terkejut, okay? Sekurang-kurangnya anda masih boleh melakukan pemeriksaan rutin dan dalam masa yang sama mencegah sebarang risiko jangkitan coronavirus.
Artikel berkaitan:
Sememangnya, sepanjang tempoh penularan wabak jangkitan COVID-19 ini, anda dinasihatkan untuk membataskan segala pergerakan yang tidak mustahak. Begitu juga dengan pemeriksaan bagi ibu hamil, tundakan terlebih dahulu.
Tetapi bagaimana jika ibu yang sedang mengandung berdepan situasi kritikal seperti muntah, pendarahan kontraksi, kesakitan yang teruk pada bahagian perut, air ketuban pecah, tekanan darah tinggi atau tidak berasa pergerakan janin?
Jika keadaan itu dialami, sudah tentu anda perlu segera melakukan pemeriksaan. Sebaiknya, elakkan daripada terus menerjah, hubungi pihak hospital atau klinik terlebih dahulu bagi mengetahui protokol yang perlu anda patuhi.
Bagaimana pula kalau ibu hamil tetap perlu hadir ke klinik untuk melakukan pemeriksaan? Tidak bahaya ke? Adakah risiko dijangkiti akan meningkat?
Sebenarnya, risiko untuk dijangkiti ada di mana-mana. Bukan hanya di klinik mahupun di hospital. Malahan jika anda ke stesen minyak juga, risiko untuk dijangkiti tetap wujud. Jadi apakah cara yang harus anda lakukan?
Sudah tentu pada akhirnya, ia berkisarkan aspek penjagaan kebersihan diri. Anda perlu mempraktikkan tabiat mencuci tangan dengan lebih kerap dan mengamalkan jarak sosial selamat ketika bersama individu lain mahupun berada di tempat awam.
Ketika hari pemeriksaan, jika perlu anda boleh menghubungi pihak klinik dan bertanyakan sama ada anda dibenarkan menunggu di ruang menunggu klinik atau menanti di kereta sehingga tiba giliran anda.
Artikel berkaitan:
Ketika menantikan giliran anda untuk temu janji pemeriksaan, anda sangat disarankan untuk mengelak daripada menyentuh muka. Ini kerana tindakan tersebut akan menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan COVID-19.
Ini disebabkan anda tidak tahu sepanjang berada di klinik, anda mungkin menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus COVID-19 atau melakukan kontak dengan individu dijangkiti wabak ini.
Apabila tiba di rumah selepas selesai temu janji pemeriksaan, pastikan anda mencuci tangan menggunakan sabun dan air, untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 saat.
[mc4wp_form id=’115319″]
Bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ini, berikut adalah beberapa saranan penjagaan kesihatan yang boleh diikuti ibu mengandung:
Kalau tidak sihat walaupun tidak membabitkan simptom coronavirus, lakukanlah kuarantin diri di rumah. Ia boleh membantu mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan. Bersama kita mencegah jangkitan COVID-19.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://www.whattoexpect.com/news/pregnancy/prenatal-appointments-during-coronavirus/ / Accessed on Mac 25, 2020
https://www.babycenter.com.my/a1050709/pemeriksaan-pranatal-di-klinik-klinik-kerajaan / Accessed on Mac 25, 2020
https://www.majalahpama.my/jururawat-kongsi-tentang-pemeriksaan-ibu-hamil-di-kkia-rupanya-ada-sebab-buku-pink-perlu-dibawa-sentiasa/ / Accessed on Mac 25, 2020
https://kumparan.com/kumparanmom/waspada-virus-corona-ibu-hamil-tetap-lakukan-pemeriksaan-rutin-atau-tunda-dulu-1t4xGZThMBW / Accessed on Mac 25, 2020
https://www.massgeneral.org/obgyn/news/faq-coronavirus-during-pregnancy / Accessed on Mac 25, 2020
Versi Terbaru
18/04/2020
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin