home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai: Sebelum Pergi, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai: Sebelum Pergi, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Tanpa kita sedar, penularan virus korona baharu di seluruh dunia kini sudah mencapai kira-kira 9 juta kes positif.

Lebih separuh daripada jumlah kes positif tersebut telah pulih namun sudah mencatatkan lebih 400,000 kematian.

Negara yang mencatatkan kes positif paling banyak adalah Amerika Syarikat diikuti oleh Brazil dan Rusia di tempat kedua dan ketiga.

Bagaimana pula dengan situasi di Malaysia?

Dari mata kasar, negara kita dilihat telah berjaya mendatarkan graf jangkitan, terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan.

Ada satu berita gembira yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini iaitu pawagam dan beberapa lagi aktiviti lain akan dibenarkan beroperasi semula mulai 1 Julai 2020.

Apa reaksi kita sepatutnya?

Kehidupan semasa PKP akibat COVID-19

Dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, negara kita telah mula berada dalam fasa PKP bermula 18 Mac 2020.

Ia kemudiannya dilonggarkan sedikit demi sedikit dengan pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Baca juga:

Jika segalanya baik, maka kita akan beralih ke fasa normalisasi bermula 1 September 2020.

Tidak dinafikan, kehidupan semasa PKP adalah sangat memberi tekanan ekoran sekatan yang menutup kebebasan kita untuk keluar bekerja, beriadah dan beraktiviti.

Pun begitu, inilah harga yang perlu kita semua bayar dalam usaha memastikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sejagat.

covid-19

PKPB & PKPP beri peluang rakyat teruskan kehidupan normal

Walau bagaimanapun keadaannya, kehidupan wajar dan mesti diteruskan.

Disebabkan itu, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif memperkenalkan 2 jenis Perintah Kawalan Pergerakan yang sedikit longgar berbanding sebelumnya iaitu PKPB dan PKPP.

Ketika ini, rakyat negara kita dilihat mampu menarik nafas lega kerana sudah kurang sekatan untuk bergerak ke mana-mana.

Kita sudah boleh pulang ke kampung halaman serta bekerja kerana banyak sektor ekonomi yang sudah kembali dibuka.

Sekiranya anda berasa diri dijangkiti virus korona baharu ini, batalkan perancangan anda untuk keluar rumah dan segera dapatkan rawatan ya!

covid-19

Bermula 1 Julai 2020, ada satu aktiviti yang sekian lama kita nantikan akan dibenarkan beroperasi semula iaitu pawagam.

Nanti, jangan seronok dulu. Ada beberapa perkara yang kalian perlu tahu!

Pawagam Malaysia dibuka semula, apa reaksi kita sepatutnya ?

Terkini, kerajaan telah mengumumkan bahawa aktiviti pawagam, teater, kolam renang dan acara secara langsung dibenarkan dibuka kembali mulai 1 Julai 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan sedemikian di samping menekankan kepentingan prosedur operasi standard (SOP).

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Antara SOP yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah seperti berikut:

pawagam

Ekoran berita gembira ini, dua rangkaian pawagam Malaysia yang popular iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas (TGV) tampil membuat kenyataan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC), Koh Mei Lee, keputusan kerajaan itu memberi kelegaan kepada syarikat dan pihaknya yang masih menanti SOP rasmi supaya dapat membuat persediaan lebih awal.

Ia dipersetujui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, TGV Cinemas (TGV) Yeoh Oon Lai, yang menyatakan pihaknya akur dengan jumlah 250 penonton ditetapkan kerajaan biarpun kapasiti premis boleh memuatkan 100 hingga 300 orang.

Adakah sesuai ke panggung wayang semasa pandemik COVID-19?

Selepas mengetahui berita gembira ini, sudah pasti satu Malaysia berasa gembira setelah hampir 4 bulan tidak menonton wayang di pawagam.

Namun, adakah ia waktu yang sesuai untuk serbu panggung wayang?

Tepuk dada tanya selera, jawapannya ada pada diri anda!

Hakikatnya, mungkin tiada masalah untuk kita semua menyertai aktiviti seperti ini kerana SOP yang akan diperkenalkan oleh kerajaan adalah sangat ketat.

Pun begitu, adalah wajar untuk kita lebih berwaspada dengan mengamalkan setiap normal baharu yang perlu kita biasakan sehingga pandemik ini reda.

Oleh itu, sentiasa menggunakan pelitup muka, pencuci tangan serta cuba pastikan penjarakan sosial sentiasa terjaga agar kalian terselamat dari jangkitan.

Akhir kata, diri kita sendiri adalah barisan hadapan COVID-19 kini. Bersama, kita tentu boleh menang!

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 04/08/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x