Duduk Rumah Semasa PKP Tidak Lagi Bosan Jika Lakukan 5 Aktiviti Ini!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Penularan wabak COVID-19 di negara kita ketika ini berada pada tahap yang membimbangkan. Untuk rekod, lebih 1,600 kes dan 17 kematian akibat virus korona baharu ini telah dicatatkan.

Disebabkan itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Tujuan perintah ini dijalankan adalah memutuskan rantaian jangkitan wabak ini dari terus berleluasa. Ia adalah satu tindakan murni kerajaan dalam usaha melawan pandemik yang melanda dunia ketika ini.

Pun begitu, ramai orang awam yang mengadu dan merungut ‘mati kutu’ di media sosial akibat PKP ini. Mengapa perlu begitu?

Sebenarnya, terdapat banyak aktiviti semasa kuarantin yang kalian boleh buat untuk mengisi masa lapang di rumah. Sila teruskan pembacaan untuk tahu lebih lanjut!

Aktiviti semasa kuarantin yang boleh dibuat

bercakap-dengan-anak

Tidak dinafikan, duduk di rumah sepanjang tempoh kuarantin ini sangat membosankan. Manakan tidak, kita tidak boleh lagi keluar untuk bekerja, berekreasi, bersukan atau berjumpa dengan teman-teman.

Namun, inilah yang wajar kita lakukan ketika ini. Daripada terus mengadu atau merungut, apa kata kita jadikan tempoh kuarantin ini sebagai satu waktu untuk meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga. Banyak aktiviti semasa kuarantin yang kalian boleh buat, antaranya:

#1. Membaca bahan ilmiah yang berkualiti

Membaca adalah jambatan ilmu. Oleh itu, apa kata anda isi masa lapang dengan membaca lebih banyak bahan ilmiah ketika ini? Kami di Hello Doktor banyak menyediakan artikel menarik untuk dibaca!

Jika sudah terlalu bosan dengan berita mengenai COVID-19, tidak salah untuk lari topik seketika dengan membaca novel cinta, cerita seram atau macam-macam lagi genre bacaan, bergantung kepada minat masing-masing.

Mana tahu selepas habis tempoh kuarantin ini, kita dapat berubah menjadi masyarakat yang gemar membaca?

#2. Memasak resipi baharu bersama keluarga

Baru-baru ini, telah tular di media sosial mengenai kopi dalgona yang sangat sedap dan mudah untuk dibuat. Adakah kalian sudah cuba resipi kopi yang menyelerakan ini?

Jika belum, ini adalah masa yang sangat sesuai untuk mencubanya! Anda bukan penggemar kopi? Tiada masalah, terdapat banyak lagi resipi baharu yang boleh dicuba untuk mengisi masa lapang.

Untuk lebih seronok, ajaklah satu keluarga sama-sama memasak di dapur bagi menceriakan suasana!

#3. Menonton rancangan kegemaran ketika kuarantin

Tahukah anda bahawa syarikat penyiaran swasta seperti Astro, Tonton dan Iflix telah memberi akses untuk menonton secara percuma sepanjang tempoh kuarantin PKP ini?

Terima kasih kepada mereka, kini seisi keluarga boleh sama-sama menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen. Secara tidak langsung, ia akan memberikan kalian masa berkualiti yang berharga bersama famili!

Bagi penulis sendiri, masa ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengulang kembali drama siri Sweet Dreams lakonan hebat Mira Filzah dan Ben Amir. Bagi yang belum tengok, sangat direkomendasikan.

#4. Mengemas, membersih dan mencuci rumah

Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk mengajak semua ahli keluarga mengemas, membersih dan mencuci rumah untuk membunuh semua kuman dan bakteria yang mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan termasuklah wabak COVID-19.

Kalian sekeluarga mungkin boleh membahagikan tugas secara sama rata. Misalnya, ibu boleh menyapu dan mengemop lantai sementara ayah boleh mencuci debu kipas.

Bagi anak-anak pula, tugas ringan seperti mengemas katil boleh diberikan. Dengan ini, dapatlah satu keluarga bekerjasama dalam usaha menjamin kebersihan kediaman kalian!

#5. Bersenam di dalam rumah

Terbaharu, mantan Menteri Belia Dan Sukan kita iaitu Syed Saddiq telah membuat clap push-up menerusi laman sosial Twitter dan mencabar orang ramai di luar sana untuk melakukannya.

Ia adalah satu cabaran yang sangat bagus dan sihat untuk dilakukan. Jadi, apa kata anda cuba lakukannya? Jika tidak mahu sekalipun, terdapat banyak lagi senaman yang boleh dilakukan di rumah.

Tanpa perlu ke gimnasium, anda masih boleh melakukan yoga, pilates, senaman kegel ataupun menari zumba dan poco-poco di rumah. Cuma pastikan kalian tidak sampai mengganggu jiran ketika melakukannya okay!

Jangan stres, doakan agar COVID-19 dapat dibendung segera

Video ini juga menunjukkan bahawa PKP tidaklah begitu membosankan jika kita tahu aktiviti yang seronok untuk dilakukan walaupun berada di rumah. Ia juga menampakkan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya masih lagi bersatu walaupun hidup berbilang kaum di bumi yang sama.

Akhir kata, penulis sangat berharap agar penularan wabak COVID-19 ini dapat dibendung segera. Apa yang penting, jangan keluar rumah jika tiada urusan ya! #stayathome

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Tarikh Reviu: Mac 26, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 30, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut