AWAS! Jangan Ambil 5 Makanan Sihat Ini Masa Anda Sakit Di Rumah! #StayAtHome

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Apabila anda sakit, mesti anda tahu bahawa pengambilan makanan sihat merupakan salah satu faktor penting yang boleh mengawal keterukan simptom.

Jika anda selesema, minum air secukupnya, jika anda kerap berasa loya, ambil makanan yang berteraskan halia dan elakkan daripada mengambil makanan bergula atau makanan segera.

Bunyi macam senang, kan? Namun, perkara yang tidak semua individu tahu adalah sebahagian daripada makanan sihat yang telah anda senaraikan untuk ambil semasa sakit boleh menyebabkan simptom menjadi bertambah teruk. 

Jika anda berminat, baca artikel ini untuk mengetahui tentang 5 makanan sihat yang TIDAK BOLEH diambil sewaktu anda sedang sakit.

Makanan sihat: Sayur bayam

makanan sihat

Setiap individu digalakkan untuk mengambil 5 hidangan makanan berserat setiap hari. Tidak kiralah, sayur-sayuran atau buah-buahan, serat boleh melindungi diri anda daripada pelbagai jenis masalah kesihatan terutamanya kanser usus yang kian meningkat saban tahun.

Walau bagaimanapun, sesetengah sayur yang seringkali dianggap sebagai makanan sihat seperti bayam boleh menyebabkan simptom alergi yang anda alami menjadi semakin teruk.

Simptom alergi berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang dikenali sebagai histamin dirembeskan oleh sel mast bagi memulakan proses keradangan. Perkara ini berlaku terutamanya apabila badan mengesan kehadiran bahan luar yang dianggap sebagai alergen (bahan yang boleh menyebabkan alergi).

Walaupun sayur bayam tidak mengandungi jumlah histamin yang tinggi, tapi ia boleh menggalakkan perembesan histamin oleh sel mast. Perkara ini boleh menyebabkan simptom alergi anda menjadi bertambah teruk.

Makanan sihat: Kekacang

Seperti sayur-sayuran, kekacang mengandungi zink dan vitamin E. Kedua-dua nutrisi mikro ini penting bagi meningkatkan keupayaan sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan.

Secara logiknya, mungkin anda sangka makanan ini bagus untuk diambil sewaktu sakit. Namun begitu, memandangkan kekacang kaya dengan lemak, badan terpaksa bekerja keras untuk menghadamnya.

Perkara ini boleh menyebabkan simptom sakit perut dan menjadikan anda lesu. Badan anda akan kehilangan banyak tenaga yang sepatutnya digunakan untuk melawan jangkitan. 

Oleh sebab itulah, anda perlu elak daripada mengambil makanan ini meskipun ia dianggap sebagai makanan sihat.

Kekacang juga boleh menggalakkan perembesan histamin oleh sel mast.

Makanan sihat: Brokoli

Ramai suka makan brokoli, kan? Jika anda salah seorang daripadanya, anda kena tahu bahawa sayur ini sukar untuk dihadam ketika anda sedang sakit.

Sama seperti kekacang, sayur brokoli juga kaya dengan vitamin dan serat. Namun, menurut Pakar Kesihatan usus, Mahmoud Ghannoum, sayur ini sukar untuk diproses terutamanya ketika anda sedang sakit berikutan kandungan seratnya yang tinggi.

Pastikan anda memilih makanan yang mengandungi serat yang rendah sewaktu anda sakit supaya ia senang untuk dihadam. Fokus utama seharusnya diberikan kepada proses melawan jangkitan.

Makanan sihat: Sayur mentah 

sayur

Jika anda mengalami simptom sakit tekak, pengambilan sayur-sayuran mentah boleh menyebabkan iritasi pada tekak kesan daripada permukaan sayur yang keras, kasar dan tidak rata.

Renee Wellenstein, seorang doktor perubatan menyarankan supaya makanan sihat seumpama itu diambil setelah simptom sakit tekak reda. 

Ia bagi memberikan keselesaan kepada pesakit.

Makanan sihat: Makanan tenusu

Jika anda mengalami simptom cirit-birit, enzim laktase (pencerna laktosa) berkurangan kesan daripada keradangan yang berlaku pada usus.

Oleh sebab bahan tenusu mempunyai kandungan laktosa yang sangat tinggi, enzim laktase penting bagi mencerna makanan tersebut.

Menurut Profesor Perubatan Gastrousus, Rabia De Latour, kekurangan enzim laktase boleh menyebabkan simptom cirit-birit, kekembungan dan sakit pada bahagian abdomen menjadi bertambah teruk.

Oleh itu, jika anda sedang sakit, lebih elok untuk anda mengurangkan pengambilan makanan tenusu.

Konklusi

Walaupun tidak wajib untuk anda elakkan makanan yang disenaraikan di atas semasa sakit, namun ia boleh membantu meringankan simptom anda.

Perkara yang paling penting bagi seseorang individu dalam mencapai kesembuhan penyakit adalah sistem pertahanan badan yang kuat. Ambil makanan yang mengandungi vitamin bagi meningkatkan kebolehupayaan badan anda dalam melawan jangkitan.

Jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor dan ambil ubat seperti yang dipreskripsikan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makanan Seimbang Pencegah Penyakit Kronik? Jom Amalkan Pinggan Sihat Malaysia!

    Peranan makanan bukan hanya untuk membekalkan tenaga untuk kehidupan seharian. Sebaliknya, makanan seimbang mampu mencegah penyakit kronik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 15/07/2019 . 3 minit bacaan

    Komunikasi Positif Galak Kanak-kanak Untuk Makan Sihat

    Komunikasi dengan kanak-kanak berkenaan manfaat makanan yang boleh dikaitkan dengan mereka boleh membuatkan mereka untuk makan dengan lebih sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/05/2019 . 2 minit bacaan

    Pengaruh Negatif Media Sosial Terhadap Pengambilan Makanan Oleh Kanak-kanak

    Media sosial mempunyai kedua-dua aspek pro dan kontra, dan umum mengetahui bahawa media sosial lebih banyak memberi kesan yang kurang baik atau negatif sekiranya digunakan mengikut perasaan semata dan tidak dikawal ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/03/2019 . 2 minit bacaan

    Tip Memasak Makanan Menyihatkan Jantung

    Anda boleh mengawal darah dan melindungi jantung anda dengan: Kurangkan memakan lemak tidak sihat (lemak tepu dan kolesterol) dan makan jenis lemak yang mengurangkan tahap kolesterol (lemak tidak tepu). Pilih ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 22/02/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan ketika haid

    7 Makanan Sesuai Diambil Wanita Sedang Datang Bulan, No 3 PALING Ramai Perempuan Suka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/03/2020 . 5 minit bacaan
    manfaat serat

    Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/01/2020 . 4 minit bacaan
    Bayam Sayuran Hijau Penuh Khasiat

    Ingin Kuat Macam Popeye? Jom Makan Bayam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/07/2019 . 6 minit bacaan