Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Rata-rata laporan tentang jangkitan coronavirus melibatkan individu dewasa. Bagaimana pula dengan impak coronavirus pada kanak-kanak? Adakah si kecil kurang berisiko untuk dijangkiti virus korona ini?
[covid_19]
Coronavirus pada kanak-kanak
Sehingga kini, masih tiada sebarang maklumat lengkap mengenai demografi usia mangsa wabak novel coronavirus atau 2019-ncov ini.
Walau bagaimanapun, berdasarkan penularan wabak virus korona sebelum ini, kanak-kanak dilaporkan sebagai individu yang jarang dijangkiti. Tahukah anda mengapa ia terjadi?
Sebagai ibu bapa, pastinya lahir rasa bimbang mengenai penularan wabak korona yang menyerupai simptom jangkitan pneumonia ini. Hal ini berikutan kerana, jangkitan virus korona telah menjangkiti ribuan individu yang bukan sahaja melibatkan penduduk di China, tetapi juga negara-negara lain.
Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Emerging Infectious Diseases pada tahun 2010, jangkitan coronavirus pada kanak-kanak amat jarang sekali untuk berlaku.
Menurut saintis dari Itali yang melakukan kajian ini, jangkitan yang disebabkan oleh HCoV (Human coronavirus) pada kanak-kanak hanya akan mengakibatkan wujudnya masalah jangkitan saluran pernafasan (respiratory tract infections).
Malahan, Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention – CDC) menyatakan jangkitan SARS pada kanak-kanak mempunyai peratusan yang rendah, iaitu kurang daripada 5% daripada jumlah keseluruhan kes SARS.
Dari tahun 2004 hingga sekarang, masa belum ada laporan yang melibatkan jangkitan coronavirus, khususnya SARS yang menyerang bayi mahupun kanak-kanak. Namun, ia tidak bermakna golongan ini tidak terdedah kepada risiko. Masih wujud risiko, cuma ia adalah dalam jumlah yang rendah.
Dalam satu kajian yang diterbitkan jurnal Nature Medicine pada hari Jumaat lalu, pengkaji dari Guangzhou Women and Children’s Medical Centre di Guangdong mendapati dalam hampir 10 kanak-kanak yang diperiksa, 5 daripada mereka batuk, 4 sakit tekak, manakala lagi 3 dan 2 kanak-kanak mengalami cirit-birit dan selsema.
“Pemeriksaan x-ray dada mendedahkan simptom ini serupa seakan pneumonia, mengesahkan tanda jangkitan seperti pada orang dewasa.’
Walau bagaimanapun, kesemua kanak-kanak telah sembuh dan tidak memerlukan sokongan pernafasan atau rawatan di unit rawatan rapi pun!
Mengapa coronavirus jarang menjangkiti kanak-kanak?
Ini antara sebab mengapa virus korona jarang menjangkiti kanak-kanak mahupun bayi:
1 – Pertama
Penularan wabak coronavirus pada kanak-kanak jarang berlaku kerana kebanyakan tempat berlakunya penyebaran ini adalah di hospital. Keadaan ini sekaligus menjadi punca mengapa kakitangan kesihatan dan individu dewasa lebih terdedah kepada jangkitan virus corona.
Kan terdapat peraturan yang tidak membenarkan kanak-kanak mengunjungi atau menziarahi pesakit di hospital.
2 – Kedua
Kanak-kanak dalam lingkungan usia 2.5 hingga 3.5 tahun dikatakan mempunyai antibodi yang kuat dalam melawan HCoV. Ia menjadi antara faktor mengapa kes jangkitan virus korona yang melibatkan kanak-kanak adalah rendah dan lebih cenderung kepada kanak-kanak yang lebih dewasa dan remaja.
Artikel berkaitan: