
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Kerajaan bersedia membenarkan individu yang terkandas di kampung halaman sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, untuk pulang ke bandar semula.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.
Namun, pergerakan rentas negeri yang dibenarkan ini hanya melibatkan pergerakan dari kampung ke bandar sahaja.
Manakala untuk mereka yang tinggal di bandar dan mahu pulang ke kampung tidak dibenarkan sama sekali.
Sehubungan itu, kerajaan melancarkan aplikasi Gerak Malaysia yang boleh dimuat turun daripada telefon pintar, melalui Google Play Store, Apple App Store dan juga Huawei App Gallery.
Mana-mana individu yang mempunyai keperluan untuk pulang semula ke bandar boleh membuat permohonan melalui aplikasi ini bermula 26 April hingga 29 April 2020.
Sementara itu, berikut adalah statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia.
293,698
9,196
1,100
Apakah fungsi aplikasi Gerak Malaysia?
Antara tujuan pembangunan aplikasi ini adalah untuk memudahkan urusan permohonan permit pergerakan rentas negeri secara dalam talian.
Ia dapat mengelakkan orang ramai daripada membanjiri balai polis bagi memohon permit pergerakan rentas negeri, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.
Antara golongan yang berisiko dijangkiti virus COVID-19 ini adalah seperti berikut.
Apabila permohonan dilakukan melalui aplikasi ini, satu kod QR unik akan dijana dan kod tersebut akan diimbas oleh anggota keselamatan yang bertugas di sekatan-sekatan jalan raya di seluruh negara.
Aplikasi Gerak Malaysia bantu mudahkan tugas anggota keselamatan
Melalui aplikasi ini, pihak keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mengenal pasti jumlah sebenar mereka yang ingin pulang ke bandar.
Artikel berkaitan:
- Rakyat Malaysia Digesa Patuhi PKP, Tapi Golongan Artis Masih Kurang Prihatin?
- Selepas PKP Berakhir, Adakah Kita Boleh Jalani Kehidupan Seperti Biasa? – Baca Ini Dulu!
Pihak PDRM seterusnya dapat menyediakan jadual perjalanan khusus agar proses pergerakan rentas negeri ini dapat berjalan dengan lancar, mudah dan juga lebih terkawal.
Jadual perjalanan rentas negeri
PDRM telah mengeluarkan satu jadual perjalanan untuk pergerakan rentas negeri yang akan bermula daripada 1 Mei sehingga 3 Mei 2020.
- Jumaat, 1 Mei 2020: untuk perjalanan dari Negeri Perak, Johor dan Kelantan
- Sabtu, 2 Mei 2020: untuk perjalanan dari Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
- Ahad, 3 Mei 2020: untuk perjalanan dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu
Perjalanan rentas negeri untuk tujuan lain
Selain daripada yang dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa permohonan permit rentas negeri untuk tujuan lain yang juga boleh dipohon melalui aplikasi Gerak Malaysia ini.
Antara permohonan lain yang boleh dipohon bagi mendapatkan permit pergerakan rentas negeri ini ialah:
- Membeli barang keperluan dalam lingkungan 10 kilometer dari lokasi kediaman
- Mendapatkan rawatan perubatan
- Keadaan kecemasan seperti kematian ahli keluarga terdekat
- Aktiviti perlu seperti membaiki kenderaan yang rosak atau membaikpulih kerosakan di dalam rumah
Artikel berkaitan:
PKP Fasa 4, Sambung Lagi Hingga 12 Mei, Pelajar IPT Dibenarkan Balik Kampung Ikut SOP
Namun perlu diingatkan, hanya permohonan rentas negeri sahaja yang akan diproses buat masa ini.
Jangan salah guna kemudahan aplikasi Gerak Malaysia
PDRM turut mengingatkan semua rakyat untuk tidak menyalahgunakan kemudahan aplikasi Gerak Malaysia ini untuk tujuan yang tidak perlu atau membuat sebarang permohonan palsu.
Aplikasi ini dibangunkan untuk tujuan kemudahan rakyat dan juga pihak anggota keselamatan, jadi rakyat dilarang sama sekali untuk mengambil kesempatan melalui kewujudan aplikasi ini.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.