Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Persoalan yang sering bermain di fikiran setiap individu sekarang pastinya berkaitan dengan ubat terbaik untuk rawat jangkitan virus korona baharu (COVID-19).
Semakin lama wabak ini berlangsung, semakin tinggilah jumlah mereka yang dijangkiti.
Kini angka global jangkitan telah melebihi 3 juta individu. Di Malaysia, catatan kes positif adalah seperti berikut:
[covid_19]
Perkara pahit yang perlu diterima adalah kajian terhadap profil keberkesanan dan keselamatan ubat akan mengambil masa yang agak lama.
Ia perlu disahkan berkesan dan selamat sebelum boleh diluluskan untuk kegunaan orang awam.
Dalam keresahan kita menghadapi wabak virus korona baharu, terdapat 3 jenis ubat yang kini menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Teruskan membaca untuk mengetahui berkenaan dengan ubat-ubatan tersebut.
Ubat malaria, chloroquine atau hydroxychloroquine- berpotensi jadi ubat terbaik
Pasti ramai yang tahu tentang keberkesanan yang diuar-uarkan berkenaan dengan ubat ini kan?
Populariti ubat malaria sememangnya jelas terutamanya apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sendiri menyokong penggunaan ubat tersebut bagi merawat COVID-19.
Ujarnya melalui ciapan di Twitter, jika ubat malaria digunakan bersama dengan Azithromycin (antibiotik), ia boleh mengubah corak perlawanan di antara manusia dan wabak virus korona baharu.
Komen tersebut dibuat apabila laporan perubatan berkenaan dengan doktor di Perancis berjaya menurunkan beban virus pesakit dalam masa 6 hari menggunakan gabungan ubat tersebut.
Mereka yang tidak menerima hydroxychloroquine menunjukkan perkembangan yang jauh lebih perlahan berbanding dengan pesakit yang menerimanya.
Namun, tiada bukti yang jelas menunjukkan ubat tersebut benar-benar memberikan kesan positif kepada mereka yang dijangkiti.
Ia hanyalah dapatan anekdotal. Bukti berkaitan dengan keberkesanan ubat berkenaan tidak berasaskan kajian saintifik mengikut protokol klinikal sebenar.
Perkara ini turut diungkapkan oleh Pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alergi Nasional di Amerika Syarikat, Anthony Fauci.
Laporan anekdotal tidak semestinya salah namun ia akan kekal anekdotal tanpa kajian khusus terhadapnya.
Melihat kepada prestasi memberangsangkan bagi ubat malaria, Donald Trump telah mengarahkan United States Food and Drug Administration (FDA) untuk menjalankan ujian klinikal.
Sebanyak 820,000 dos ubat hydroxychloroquine, chloroquine dan azithromycin telah ditempah untuk kegunaan kajian tersebut.
Ubat antiviral favipiravir, merevolusikan rawatan COVID-19
Tahukah anda bahawa rawatan bagi jangkitan influenza berbeza bagi setiap negara.
Di Malaysia, ubat yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan adalah Tamiflu (oseltamivir).
Namun, di Jepun, mereka menggunakan favipiravir untuk merawat jangkitan influenza.
Baru-baru ini, saintis di China telah menjalankan kajian berskala kecil melibatkan 240 pesakit COVID-19 yang mengalami simptom pneumonia ringan di Hubei.
Separuh telah dirawat dengan favipiravir dan separuh lagi telah diberikan umifenovir, ubat antiviral bagi rawatan influenza yang lazim di Rusia dan China.
Baca juga: