
Dalam masa kurang satu minggu, bilangan mangsa tragedi bahan kimia beracun di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang (setakat 13 Mac 2019) telah meningkat kepada 506 orang di mana 166 daripada jumlah tersebut sedang/telah mendapatkan rawatan di hospital dan 9 orang berada dalam unit rawatan rapi. Seorang mangsa yang merupakan pemandu ambulans, Mohd Fariz Anuar, 44, terpaksa menjalani dialisis untuk membersihkan darah dan menyingkirkan bahan beracun yang telah meresap ke dalam darah beliau. Tambahan lagi, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan sebanyak 34 buah sekolah sekitar kawasan pencemaran untuk ditutup serta-merta untuk mengurangkan bilangan individu terdedah kepada bahan kimia beracun.
Melihat kepada bilangan mangsa yang banyak dan juga kesan kesihatan yang begitu teruk, tentu sekali ramai yang tetanya-tanya dan terfikir, apakah bahan-bahan kimia beracun yang telah dikenalpasti dan juga kesannya terhadap kesihatan? Untuk tujuan itu, ini antara bahan-bahan kimia yang telah dikenalpasti dalam sungai Kim Kim dan profil mereka.
Bahan kimia lain yang turut dikenalpasti dalam sampel air Sungai Kim Kim adalah D-Limonene – sejenis bahan terhasil akibat proses degradasi tayar. Ianya turut boleh mengakibatkan rengsa dan radang kulit selain mudah terbakar.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh orang awam sekitar Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, berhubung isu ini, antaranya:
- Dapatkan rawatan segera sekiranya ada mengalami gejala tekak pedih, pedih mata, loya, muntah dan sesak nafas.
- Jauhi kawasan yang didapati mengakibatkan rengsa mata dan hidung.
- Hubungi pihak berkuasa sekiranya ada terhidu bau bahan kimia yang menyengat atau luar biasa di kawasan anda.
- Mandi setelah pulang ke rumah untuk mengelakkan daripada sisa bahan kimia melekat pada pakaian dan badan.
- Basuh pakaian yang terdedah berasingan untuk mengelakkan kontaminasi.
- Orang awam juga diarah untuk tidak mendekati kawasan berhampiran Sungai Kim Kim.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.