Nota Pengarang: kesihatan kunci kehidupan, ia adalah hak asasi manusia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 5 minit bacaan
Share now

Hari Hak Asasi Manusia diiktiraf secara rasmi pada 10 Disember, setiap tahun. Tahun ini terpahat momen tersendiri buat Perhimpunan Agung PBB (UNGA) kerana genap sudah 70 tahun dunia menerima Perisytiharan Hak Asasi Sejagat sebagai sebahagian daripada peraturan dan panduan.

Perisytiharan tersebut menerusi 30 artikelnya mengandungi fasal hak asasi yang menjadi milik mutlak setiap manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama, gender, bahasa, pandangan politik dan pendapat lain, kewarganegaraan dan asal-usul, harta, hak kelahiran dan status lain.

[BACA: Bercakap Tentang Hak Asasi Manusia? Kesihatan Adalah Paling Asas]

Hari ini, para pemikir dunia termasuk Ketua Pengarah WHO, mengambil pendekatan ‘sepanjang jalan kenangan’ mengenai evolusi hak asasi dalam kesihatan global selama 70 tahun ini dan menggariskan mesej penting mengenai masa depan kesihatan sebagai satu hak asasi manusia.

Pemegang taruh sektor kesihatan terutamanya di peringkat kajian dasar menggambarkan bagaimana hak asasi manusia telah terguna pakai dalam tadbir urus (governans) sektor kesihatan apabila Perlembagaan WHO pada tahun 1946, menegaskan ‘capaian kepada penanda aras kesihatan paling tinggi’ atau ‘the highest attainable standard of health’ merupakan perkara asas dalam hak asasi setiap manusia.

[BACA: Kesihatan ialah Hak Masyarakat, Bukan Satu Keistimewaan – Ketua Pengarah WHO]

Pencabulan Hak Asasi Manusia dan Pandemik AIDS

Namun begitu, kemunculan Perang Dingin yang melibatkan kuasa besar dunia telah menggoyahkan dan mencabuli hak asasi, walaupun dasar tambahan menerusi Perisyitharan Alma-Ata memberi ketetapan bahawa kesihatan adalah satu hak asasi manusia pada tahun 1978. Malangnya, banyak kerajaan di dunia gagal melaksanakan dasar tersebut.

Pandemik AIDS pada tahun 1980-an sememangya melakar catatan penting dalam sejarah hak asasi dalam kesihatan, kerana ia menggembleng segala usaha masyarakat sejagat agar capaian kepada rawatan HIV/AIDS menjadi mudah dan meluas kepada semua.

Peraturan kesihatan global seperti Konvensyen Rangka Kerja mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) dan perihal keselamatan rawatan menerusi Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR), memungkinkan hak asasi mengenai kesihatan terus diletakkan di tempat yang sewajarnya agar ia terus menunjangi sektor kesihatan.

[BACA: Masih Tiada Akta Khas Tembakau, Adakah Malaysia Baharu Bakal Membawa Perubahan?]

Kini, WHO menegaskan peri pentingnya liputan kesihatan sejagat menerusi pemerkasaan penjagaan kesihatan primer sebagai teras kepada hak asasi dalam kesihatan dan sekaligus menyumbang kepada matlamat pembanguna mampan (SDGs).

[BACA: Perancangan Keluarga (Kesihatan Reproduktif) adalah Hak Asasi Manusia: Hari Populasi Dunia 2018]

Pengiktirafan kepentingan hak asasi manusia dalam melindungi sektor kesihatan adalah satu perkara asas penting dalam kehidupan kita.

Sebagai penanda aras asas pencapaian hak asasi dalam kesihatan oleh semua negara, terdapatnya keperluan untuk masyarakat dunia mempromosi hak ini agar terjaga dan terus bebas melindungi setiap manusia.

Namun begitu, melihatkan dan mendengarkan banyak pencabulan hak asasi berlaku di seluruh dunia, ancaman global seperti perubahan iklim, konflik bersenjata dan migrasi besar-besar — masa depan hak asasi mengenai kesihatan global dan usaha mengukuhkannya menjadi keutamaan di sebalik konflik dan krisis kemanusiaan.

Bantuan kesihatan teras hak asasi manusia di tengah-tengah bencana dan konflik

Urusan dan bantuan kesihatan adalah yang pertama tiba setiap kali berlakunya bencana, konflik dan krisis kemanusiaan. Lihat sahajalah bantuan kesihatan daripada masyarakat global tiba dalam sekelip mata ketika bencana gunung berapi di Indonesia, banjir di pantai timur Semenanjung Malaysia, krisis pelarian di Myanmar, konflik bersenjata di Timur Tengah serta penularan wabak Ebola di Afrika.

[BACA: Wabak Ebola di Congo]

Walaupun begitu, ramai beranggapan usaha bantuan kesihatan ini boleh ditambah baik dan perlu pengurusan yang lebih efektif agar semua mangsa yang terkesan mendapat rawatan terbaik dan sewajarnya. Di samping itu, dengan mempertahan dan memberi rawatan kepada mangsa, menjadikannya satu penguat untuk mereka membina semula kehidupan yang mungkin telah musnah akibat bencana dan konflik. Itulah ‘kuasa’ hak asasi, bukan sahaja melindungi malah memperkayakan masyarakat.

Salah satu batu penghalang kepada penyuburan hak asasi dalam kesihatan adalah kurangnya penyediaan sumber yang secukupnya seperti kewangan, tenaga kerja, logistik dan dasar awam kepada sektor penjagaan kesihatan terutamanya melibatkan penyakit utama dan HIV/AIDS mencatatkan peningkatan dalam kalangan populasi terpinggir (marginalised populations). Manakala pelaburan dalam intervensi berimpak tinggi kepada populasi juga sangat terhad.

[BACA: Kemiskinan Membawa Kepada Penurunan Tahap Kesihatan]

Hentikan diskriminasi, stigma dan stereotaip

Etnik dan kumpulan minoriti terus menerima stigma, diskriminasi dan pengecualian, manakala norma jantina dan stereotaip mengakibatkan lebiih banyak kemudaratan kepada kesihatan dan kesejahteraan serta capaian kepada perkhidmatan kesihatan. Mengambil contoh mengenai pengurusan kesihatan bagi kumpulan transgender yang perlu suntikan empati dan ‘pemikiran luar kotak’ kerana setiapkali mereka hadir ke klinik dan nama disebut, sudah pastinya mendatangkan pandangan dan stigma pesakit lain.

Sebaliknya, gunakanlah sistem nombor atau laluan khas buat mereka. Ini bukanlah dilihat sebagai kelebihan atau memberi penarafan, tetapi dilihat sebagai satu usaha penyuburan hak asasi manusia dalam kesihatan agar mereka sentiasa yakin dan selesa untuk mendapatkan rawatan.

Kuncinya di sini bukanlah semata-mata kesamarataan (equality) tetapi ekuiti sama rata (equitable equity), iaitu apakah kos yang diperlukan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan menerima perkhidmatan kesihatan sewajarnya.

“Kerana kita terlalu selesa dengan ‘status quo’. Masyarakat kita harus dinilai berdasarkan bagaimana berkesannya kita membantu golongan miskin (atau yang memerlukan)” – Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Perubatan di Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM).

[BACA: Eksklusif: Perlu pengurusan sumber khusus dan cekap tangani kanser lebih berkesan]

Masyarakat perlu disuburkan dan diberi ruang awam untuk berbicara, membahas dan memberi pendapat yang cakna agar jurang hak asasi bagi setiap lapisan masyarakat dapat dirapatkan sekaligus membasmi ketidak upayaan ekuiti dalam kesihatan (health inequities).

Kejahilan seperti diskriminasi, stigma dan stereotaip di antara kita merupakan satu serangan dan penafian kepada hak asasi dan kesihatan. Serangan dan penafian ini merupakan satu percanggahan kepada Undang-undang Antarabangsa bagi Kemanusiaan dan Hak Asasi Sejagat.

Pada tahun ini, WHO telah menyemak semula komitmen mereka bagi mendepani cabaran-cabaran kepada hak asasi mengenai kesihatan.

Menerusi Program Kerja Umum ke-13, WHO menggariskan strategi 5 tahun merangkumi kepimpinan dalam ekuiti, gender dan hak asasi manusia demi mencapai objektif 3 bilion mereka: tambahan 1 bilion penduduk dunia mempunyai capaian kepada penjagaan kesihatan awam (UHC), tambahan 1 bilion penduduk dunia dilindungi daripada insiden darurat kesihatan dan tambahan 1 bilion penduduk dunia menikmati tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup terbaik.

WHO kini giat melebarkan kerjasama dengan masyarakat madani, memimpin mereka ke arah mempromosi penyertaan yang lebih inklusif bagi mencapai matlamat tersebut.

WHO juga telah menandatangani Perjanjian Sefahaman (MOU) 5 tahun dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB mengenai Hak Asasi Manusia bagi menggalakkan kerjasama teknikal dan politik.

Ke arah masa depan yang lebih cerah

Dalam kita meraikan legasi yang panjang mengenai hak asasi manusia, kita harus berusaha untuk mengenalpasti dan menangani cabaran-cabaran yang menghalang kita mencapai tadbir urus terbaik (good governance) bagi sektor kesihatan awam terutamanya dalam era globalisasi ini (dominasi ekonomi kesihatan, kesihatan sebagai komoditi).

[BACA: Hak Akses kepada Ubat-ubatan Untuk Mendapatkan Hasil yang Lebih Baik]

Inilah masa yang terbaik bagi komuniti kesihatan dan komuniti hak asasi manusia bersatu hati sebagai rakan kerjasama bagi menggalas nilai dan semangat terkandung dalam Hari Hak Asasi Manusia dan berganding bahu menentang ancaman kontemporari terhadap hak asasi manusia.

Kemajuan dalam hak asasi manusia yang kita kecapi hari ini haruslah dibawa bersama kepimpinan dalam tadbir urus kesihatan global dengan mengguna pakai pendekatan advokasi ‘bottom-up’ masyarakat madani, menyoroti kepentingan penglibatan politik yang berterusan bagi merealisasikan hak asasi dalam kesihatan.

Pengamal kesihatan memainkan peranan yang penting dalam penglibatan politik ini, memajukan dasar, program dan amalan kesihatan yang penting demi menjamin masa depan hak asasi manusia dalam kesihatan global.

#KesihatanAdalahHakAsasi #HealthIsAHumanRight

~ Pengarang, Hello Doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

    Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

    Ketahuilah bahawasanya perubahan mood tidak bermaksud seseorang itu bipolar. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 minit bacaan

    Azam Tahun Baru Melibatkan Kesihatan, Takkan Berjaya?

    “Apa azam tahun baru anda?" Ada yang mengatakan resolusi tahun baru berkaitan kesihatan sekadar hangat-hangat tahi ayam, betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 27/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ujian saringan kesihatan

    Dah Nak Masuk ‘3 Series’? Lakukan 7 Ujian Kesihatan Ini, Buat Sebelum Terlambat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    bencana alam

    Bencana Alam Bukan Saja Musnahkan Alam & Harta Benda, Malah Juga Kesihatan, Jaga-jaga, Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara bersihkan jamban

    Tak Selera Nak Lepas Hajat Sebab Bilik Air Kuning & Kotor? Ini 5 Cara Untuk Bersihkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan