Masalah Jantung Berpunca Daripada Lambakan Makanan Tidak Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia, dengan lebih daripada 13.2 peratus kematian dilaporkan pada tahun 2017 oleh Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. Antara penyakit kardiovaskular yang paling berbahaya adalah berkaitan dengan masalah jantung. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Tambah mengejutkan lagi, Data daripada Ncvd-Acs (Pangkalan Data Kardiovaskular Kebangsaan, 2015) menunjukkan kira-kira satu dalam empat pesakit yang menghidap masalah jantung adalah berusia bawah 50 tahun. Umur purata pesakit di Malaysia adalah 58.5 tahun, lebih muda berbanding Thailand (63.5 tahun) dan antara 68.3-69.2 tahun di Singapura. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara puratanya menderita sakit jantung pada usia yang lebih muda berbanding negara-negara jiran.

Antara faktor risiko yang dikaitkan dengan jantung tidak sihat adalah tabiat merokok, gaya hidup yang tidak aktif serta amalan diet yang tidak seimbang.

Pakar Perunding Kardiologi Ho​spital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Sanjiv Joshi berkata, lambakan pilihan makanan yang tidak sihat di Malaysia menyebabkan masyarakat kurang memberi perhatian terhadap amalan diet yang sihat.

“Kebanyakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia mengandungi banyak asid lemak trans dan lemak tepu. Kandungan ini boleh meninggikan tahap kolesterol di dalam darah, sehingga membentuk mendapan plak pada salur darah.

“Pengambilan makanan tinggi lemak yang berlebihan boleh menyumbang kepada masalah pembuluh darah jantung tersumbat, sekali gus menyebabkan serangan jantung apabila darah tidak boleh mengalirkan oksigen ke jantung,” katanya semasa sidang media Bengkel Anlene Heart Smart di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Turut hadir, Pengarah Pembangunan Produk Baru Saintifik dan Hal Ehwal Kawal Selia Fonterra Brands Malaysia, Megawati Suzari.

Mengulas tentang kepentingan diet seimbang dalam mendapatkan jantung yang sihat, Megawati memberitahu, memandangkan pemakanan merupakan salah satu faktor risiko untuk penyakit jantung yang boleh diubah suai, maka pihaknya ingin meningkatkan kesedaran tentang masalah tersebut semasa bengkel itu nanti.

Bengkel percuma ini bakal berlangsung pada 22 September 2018 sempena Hari Jantung Sedunia, bulan depan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pencegahan Kanser Kolorektal

    Bagi mereka yang tidak menunjukkan tanda-tanda kanser, terdapat pelbagai jenis langkah pencegahan yang boleh diamalkan bagi memastikan risiko barah kekal rendah. Kanser kolorektal merupakan kanser ketiga tertinggi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Rawatan Kanser Kolorektal

    Pesakit kanser usus akan menjalani beberapa rawatan untuk memulihkan kanser yang dialami. Antara rawatan yang dilakukan ialah kemoterapi dan pembedahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Diagnosis Kanser Kolorektal

    Ada beberapa cara yang doktor boleh lakukan untuk merawat atau diagnosis kanser usus besar. Antaranya ialah dengan melalui ujian makmal ataupun kolonoskopi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Punca Kanser Kolorektal, Ini Faktor Risiko Yang Cenderung Buat Anda Mendapat Kanser

    Tahukah anda, individu yang pernah mengalami masalah radang usus besar berpotensi untuk menghidap kanser kolorektal atau kanser kolon?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan cinta

    Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    warna darah haid

    Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara mendapatkan anak kembar

    Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tindik telinga

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan