Tentang Hello Doktor

Hello Doktor dilancarkan pada tahun 2018 di Malaysia untuk menyampaikan maklumat kesihatan yang berguna bagi semua rakyat Malaysia. Di sini, anda boleh mendapatkan maklumat kesihatan yang disemak pakar, tempahan temu janji doktor, alat kesihatan yang mengukur dan menilai tahap kesihatan, malah juga komuniti digital yang membolehkan anda mengurus kesihatan dengan lebih baik. Kami percaya anda berhak mendapat maklumat kesihatan yang boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih sihat untuk diri anda, malah juga insan tersayang. Kehidupan yang lebih sihat dan bahagia bermula di sini.

Perkhidmatan Kami

Info Kesihatan
Info Kesihatan

Semua artikel di Hello Doktor telah ditulis dengan teliti oleh pasukan editorial malah juga pakar kesihatan berdasarkan kajian, berita, dan ulasan terkini dari institusi perubatan dan akademik terkemuka.

Engage
Engage

Pantau, ukur dan urus kesihatan anda dengan bantuan alat kesihatan dan alat pemeriksaan risiko kami.

Pakar Perubatan Hello Doktor

Panel doktor dan pakar dari pelbagai bidang kesihatan telah menyemak secara profesional setiap artikel di Hello Doktor bagi memastikan kualiti dan ketepatan kandungan kami. Kami juga memberi peluang kepada semua pakar kesihatan di Malaysia untuk bekerjasama dalam menghasilkan maklumat yang relevan dan bermanfaat dengan kami, demi rakyat Malaysia.

Lihat Pasukan Pakar Kami

Menghasilkan Kandungan Berkualiti

Pasukan editorial kami sangat berpengalaman dalam menghasilkan maklumat kesihatan yang relevan, berguna, dan boleh dipercayai oleh anda. Kami ingin anda merujuk dan mendapatkan maklumat yang sahih di Hello Doktor. Untuk maklumat lanjut tentang Polisi Editorial kami, klik di sini.

Disokong Kajian

1

Disokong Kajian

Semua artikel di Hello Doktor ditulis dengan teliti berdasarkan kajian, berita, dan ulasan terkini dari institusi perubatan dan akademik terkemuka. Ini untuk memastikan setiap kandungan yang disaji seimbang, tepat dan lengkap.

Proses Penulisan

2

Proses Penulisan

Setiap kandungan kesihatan di Hello Doktor dihasilkan penulis dan penyunting terlatih yang menyusun cerita dalam usaha memberi inspirasi dan menyampaikan berita kepada pembaca. Setiap kandungan melalui semakan berkala bagi memastikan ianya yang terbaik buat anda!

Disemak Pakar

3

Disemak Pakar

Panel doktor dan pakar dari pelbagai bidang kesihatan telah menyemak secara profesional setiap artikel di Hello Doktor bagi memastikan kualiti dan ketepatan kandungan kami. Kesemua panel doktor dan pakar ini dipilih dengan teliti untuk meneraju bidang kepakaran mereka.

Penerbitan

4

Penerbitan

Tidak lengkap sesebuah penerbitan tanpa pemeriksaan terakhir yang wajib dilakukan oleh anggota kanan tertinggi dalam pasukan editorial kami. Ini bagi memastikan kandungan tersebut mematuhi polisi editorial malah juga pengiklanan kami.

Polisi

Di Hello Doktor, kami komited untuk menyampaikan maklumat kesihatan yang tepat, boleh dipercayai, dan berguna untuk semua masyarakat. Kami berharap kandungan yang disediakan kami dapat memberi peluang kepada pembaca untuk membuat keputusan kesihatan yang terbaik, sama ada untuk diri sendiri ataupun insan tercinta.

Setiap kandungan di Hello Doktor telah disemak oleh panel doktor, pakar perubatan, dan pasukan editorial yang sangat berdedikasi. Kami juga mematuhi garis panduan yang amat ketat terhadap sumber rujukan yang digunakan dalam kandungan. Semuanya demi menjalankan komitmen kami terhadap anda, pembaca yang berhak mendapat maklumat yang tepat.


Baca lebih lanjut tentang cara kami membuat kandungan di sini.

Pasukan kami

Pasukan kami sangat berpengalaman dan berdedikasi dalam membina platform yang boleh dipercayai dan berguna untuk masyarakat. Dengan latar belakang dan kepelbagaian yang ada di dalam pasukan kami, kami percaya dan yakin ini akan membantu kami menyediakan platform kesihatan terbaik buat anda.

Siti Sofiah Farudz

Editor-in-Chief

Michael Chang

Business Development Director

Kenny Lim

Cluster Head - Malaysia, Cambodia & Myanmar

Kami semakin berkembang, dan kami mahukan anda untuk menyertai kami

Lihat Jawatan Yang Tersedia

Nilai-Nilai Yang Dipegang di Hello Doktor

Kesihatan Adalah Paling Utama

Kami percaya setiap individu berhak untuk dimaklum dan diperkasa dalam membuat keputusan kesihatan yang lebih baik demi menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia. Aspirasi kami adalah dengan mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan sihat, maka kami sendiri menggalas tanggungjawab ini untuk memenuhi visi dan misi kami sebagai sebuah organisasi.

Mentaliti Juara

Kami di sini untuk menang, terus berusaha sehingga menjadi yang terbaik, mencabar status quo dan menetapkan standard yang tinggi dalam semua perkara. Kami akan sentiasa mencari jalan untuk menjadi juara – jika ia tidak wujud hari ini, kami akan membinanya.

Pembawa Perubahan

Kami komited untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat, pembaca, pengiklan dan para pemegang saham kami. Kami membuat keputusan berdasarkan hasil, data, dan tanggungjawab.

Bersatu Kita Teguh

Pasukan kami terbentuk dari pelbagai latar belakang, budaya, kemahiran dan pengetahuan. Kepelbagaian ini mengukuhkan kami sebagai satu pasukan yang berdiri tekad mengungguli Visi, Misi, Tujuan dan Nilai-Nilai kami.

Tentang Hello Health Group

Hello Health Group yang memiliki dan mengendali Hello Doktor di Malaysia ditubuhkan dengan misi untuk memimpin Asia dalam usaha menyediakan informasi kesihatan, memperkasakan jutaan pengguna dan pesakit untuk membuat keputusan yang lebih tepat dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia. Hello Health adalah syarikat kesihatan digital terkemuka di Asia, yang memfokuskan pada pengembangan platform dan perkhidmatan berkaitan informasi kesihatan dan kesejahteraan yang disemak pakar perubatan, relevan, dan menarik dalam bahasa tempatan dengan lebih daripada 30 juta pembaca, 14 juta pengikut media sosial, dan lebih 100,000 unit kandungan yang diterbitkan dalam 9 bahasa.

Lihat lebih lanjut tentang Hello Health Group

Hubungi kami

Kami ingin mendengar dari pihak anda! Hubungi kami di alamat e-mel di bawah jika anda ingin beriklan dengan kami, menyumbang ke platform, mempunyai pertanyaan tentang polisi dan proses kami, atau hanya ingin memberikan sedikit maklum balas.

ALAMAT PEJABAT

100 Peck Seah Street, #08-14 PS100, Singapore 079333

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti