backup og meta

Asid Folik Tingkat Kemahiran Bahasa Anak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/06/2023

    Asid Folik Tingkat Kemahiran Bahasa Anak

    Suplemen asid folik memainkan peranan yang penting dalam tempoh kehamilan. Saintis percaya pengambilan asid folik boleh melindungi kanak-kanak daripada kecacatan kelahiran dan mengurangkan risiko mengalami ketidakupayaan bahasa sebelum usia 3 tahun. Kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang mengambil suplemen asid folik sahaja atau digabungkan dengan suplemen lain semasa tempoh konsepsi mereka berisiko rendah mengalami kelewatan bahasa yang serius.

    Apa itu asid folik?

    Asid folik ialah sejenis bentuk vitamin B9. Juga dikenali sebagai folat, asid folik amat penting untuk wanita hamil dan yang sedang merancang untuk hamil.

    Selain itu, asid folik juga dapat membantu mengelakkan kecacatan kelahiran serius (NTD –  kecacatan tiub neural) pada otak bayi dan saraf tunjang. Tiub neural merupakan sebahagian embrio di mana saraf dan otak bayi berkembang. Kecacatan kelahiran ini boleh berlaku semasa peringkat awal perkembangan, iaitu sebelum kebanyakan wanita sedar mereka sudah hamil. Inilah sebabnya mengapa asid folik penting untuk tubuh anda sebelum anda hamil. Bijirin diperkuat adalah sumber makanan terbaik yang menyediakan asid folik. Folat juga ditemui secara semula jadi dalam sayuran hijau dan buahan sitrus.

    Bagaimana asid folik meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak? 

    Nutrien ini diperlukan oleh tubuh wanita untuk menghasilkan sel darah merah yang normal dan mengurangkan risiko komplikasi kehamilan, penyakit jantung, strok, sesetengah penyakit kanser dan juga penyakit Alzheimer. Selain itu, asid folik juga menggalakkan penghasilan, pembaikan, dan fungsi DNA dan menjadi platform asal sel. Dengan mendapat asid folik secukupnya boleh membantu melindungi bayi daripada masalah sumbing bibir dan lelangit, kelahiran pramatang, berat rendah semasa lahir, keguguran, dan sekatan pertumbuhan janin.

    Selain itu, polymorphism dalam laluan gen dikaitkan dengan sebilangan keadaan fisiologi seperti Sindrom Down, glioma dan meningioma. Kekurangan dalam folat serebrum, iaitu keadaan apabila paras folat lebih rendah daripada normal dalam bendalir serebrospina (bukan dalam darah), dipercayai menjadi faktor biasa gangguan tingkah laku neuro dalam kalangan kanak-kanak.

    Apabila dirawat dengan asid folik, bendalir serebrospina menunjukkan kepekatan folat yang lebih tinggi. Banyak simptom neurologi juga telah diperbaiki. Dilaporkan terdapat rawatan serupa yang menunjukkan keberkesanan asid folik dalam membaiki simptom ASD (Gangguan Spektrum Autisme). Kecacatan berbahasa adalah salah satu daripada tanda-tanda utama ASD.

    Terdapat juga hubungan antara kepekatan folat dan perkembangan bahasa. Asid folik mempunyai kesan yang banyak pada metabolisma folat, yang mengurangkan risiko ASD.

    Berapa banyak asid folik yang diperlukan?

    Pakar menyarankan wanita mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari untuk mengurangkan peluang bayi mendapat kecacatan kelahiran. Pengambilan asid folik disarankan bermula sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda mencuba untuk hamil. Walau bagaimanapun, kebanyakan kehamilan adalah tidak dirancang, jadi, semua wanita pada usia yang boleh hamil disarankan mengambil 400 mcg asid folik setiap hari. Sesetengah pakar turut mencadangkan wanita yang sedang merancang kehamilan, meningkatkan pengambilan sekurang-kurangnya 600 mcg asid folik sehari.

    Periksa label pada suplemen multivitamin anda untuk memastikan anda mendapat cukup asid folik. Jika tidak mencukupi, anda perlu menukar kepada jenama lain atau mengambil suplemen asid folik secara berasingan. Walau bagaimanapun, jangan mengambil lebih daripada satu multivitamin sehari. Jika anda sedang mengambil vitamin pranatal, sepatutnya ia mengandungi 800 hingga 1,000 mcg asid folik di dalamnya.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan