Antipsikotik adalah ubatan yang digunakan untuk merawat skizofrenia atau mania yang disebabkan gangguan bipolar. Terdapat dua jenis ubat antipsikotik utama:
- Antipsikotik atipikal (Atypical antipsychotic)
- Antipsikotik lama
Kedua jenis ubatan ini dipercayai dapat berfungsi dengan baik. Kesan sampingan adalah perkara biasa bagi antipsikotik.
Apa itu antipsikotik?
Antipsikotik adalah kumpulan ubatan yang sering digunakan untuk merawat penyakit kesihatan mental seperti Skizofrenia®, Mania®. Ubatan ini turut digunakan untuk merawat kemurungan dan kegelisahan kronik. Antipsikotik juga dikenali sebagai ubat penenang utama.
Jenis antipsikotik
Terdapat dua jenis antipsikotik utama:
Antipsikotik atipikal atau baru
Ada masanya ia dipanggil antipsikotik generasi kedua, termasuk:
- Amisulpride®;
- Aripiprazole®;
- Clozapine®;
- Olanzapine®;
- Quetiapine®;
- Risperidone®.
Antipsikotik lama yang tipikal
Turut dikenali sebagai antipsikotik generasi pertama, termasuk:
- Chlorpromazine®;
- Flupentixol®;
- Haloperidol®;
- Levomepromazine®;
- Pericyazine®;
- Perphenazine®;
- Sulpiride®;
- Zuclopenthixol®.
Antipsikotik boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul, cecair, dan suntikan depot (tempoh panjang). Tersedia dalam pelbagai jenama.
Bagaimana ubat antipsikotik berfungsi?
Antipsikotik dikatakan berfungsi dengan mengubah kesan kimia tertentu dalam otak, yang dipanggil dopamin, serotonin, noradrenaline, dan asetilkolin. Bahan kimia ini mempunyai kesan perubahan; tingkah laku, emosi, perasaan. Dopamin, adalah bahan kimia utama yang akan mendapat kesan dari ubatan ini.
Dengan mengubah kesan kimia ini di dalam otak, ia boleh mencegah atau menghalang anda dari mengalami:
- Halusinasi seperti mendengar suara
- Delusi mempunyai pemikiran tidak berasaskan realiti
- Gangguan pemikiran
- Perubahan emosi melampau disebabkan gangguan bipolar
Bagaimana keberkesanan ubat antipsikotik?
Dianggarkan 8 daripada 10 individu yang mengambil ubatan ini, akan merasai peningkatan positif dalam simptom yang dihadapi. Ramai individu perlu mengambil ubatan ini untuk tempoh jangka masa panjang walaupun apabila mereka merasa sihat. Ini adalah untuk menghalang simptom dari kembali terjadi. Namun, walaupun anda mengambil ubatan ini untuk tempoh masa panjang dan ia membantu, ada masanya simptom anda tetap boleh kembali.
Simptom mungkin mengambil masa 2-4 minggu untuk berkurangan selepas memulakan ubatan dan ia memerlukan beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya. Dos ubatan biasanya akan meningkat untuk membantu mencegah kesan sampingan (termasuk kenaikan berat badan)
Kesan sampingan utama
Kesan sampingan umum, termasuk:
- Mulut kering, penglihatan kabur dan sembelit. Simptom ini mungkin berakhir apabila anda sudah membiasakan diri dengan ubatan.
- Mengantuk (lali), juga simptom biasa tetapi mungkin petunjuk bahawa dos yang diambil terlalu tinggi. Mengurangkan dos mungkin pilihan yang baik.
- Sesetengah individu mengalami penambahan berat badan. Ia mungkin meningkatkan risiko diabetes dan masalah jantung untuk tempoh jangka masa panjang.
Berlaku gangguan pergerakan dalam beberapa kes. Ini termasuk:
- Parkinsonisme – boleh menyebabkan simptom yang sama berlaku kepada individu dengan penyakit Parkinson, seperti mengigil atau kekejangan otot.
- Akathisia – hampir kepada kegelisahan pada kaki.
- Dystonia – pengerakan tidak normal pada bahagian muka dan badan.
- Tardive dyskinesia (TD) – gangguan pergerakan yang berlaku jika anda mengambil antipsikotik untuk beberapa tahun. Ia menyebabkan pengerakan menjadi tidak teratur dan tidak terkawal.
Ubatan antipsikotik atipikal dipercayai kurang menyebabkan kesan sampingan gangguan pergerakan berbanding ubatan antipsikotik atipikal. Pengurangan gangguan pergerakan menjadi sebab utama mengapa ubatan antipsikotik atipikal menjadi pilihan penggunaan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
- Sembelit
- 5 Tanda Awal Penyakit Parkinson
[embed-health-tool-bmi]