backup og meta

Kebenaran Buruk Mengenai Penyalahgunaan Amphetamine

Kebenaran Buruk Mengenai Penyalahgunaan Amphetamine

Amphetamine adalah sejenis perangsang yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Ia sering digunakan untuk merawat gangguan tidur (seperti narcolepsy), gangguan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD) dan asma. Oleh kerana keupayaannya untuk mengawal kelaparan dan melawan keletihan, kebanyakan orang menyalahgunakannya untuk menurunkan berat badan dan berjaga untuk belajar bagi peperiksaan. Ia adalah sesuatu yang dipanggil penyalahgunaan amphetamine.

Penyalahgunaan amphetamine boleh menyebabkan kerosakan fizikal dan psikologi kepada pengguna, termasuk gangguan mental, penyakit jantung, kekurangan zat makanan atau sawan. Lebih penting lagi, ketergantungan amphetamine boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kerosakan otak dan juga kematian.

Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa orang yang biasa mengambil amphetamine semasa remaja adalah lebih mudah menyalahgunakan dadah semasa dewasa.

Simptom amphetamine

Kemungkinan penyalahgunaan amphetamine adalah:

  • Meningkatkan suhu badan
  • Bercakap dengan cepat
  • Anak mata mengembang
  • Tekanan darah tinggi
  • Pernafasan yang tidak normal

Punca

Anda mungkin telah mengalami penyalahgunaan amphetamine jika anda mempunyai:

  • Keperluan yang lebih besar dan dos lebih besar untuk mendapatkan kesan yang memuaskan.
  • Sentiasa berasa cemas dan letih.
  • Ketidakupayaan untuk berhenti menggunakannya.
  • Anda cenderung untuk kehilangan aktiviti sosial.
  • Anda mengalami halusinasi.
  • Masalah pergigian.
  • Anda mengalami masalah tidur.

Sekiranya anda melihat mana-mana tanda di atas di dalam diri anda atau yang dekat dengan anda, anda hendaklah berjumpa doktor secepat mungkin. Cara terbaik untuk merawat penyalahgunaan amphetamine adalah memulakannya segera pada peringkat awal.

Seperti mana-mana penyalahgunaan dadah lain, ketergantungan amphetamine boleh didiagnosis melalui sejarah perubatan dan ujian darah. Sekiranya anda disyaki bergantung kepada amphetamine, anda mungkin memerlukan peperiksaan fizikal untuk menilai sejauh mana kerosakan yang dilakukan amphetamine terhadapa kesihatan anda. Mengikut keadaan anda, doktor anda akan memberi kaedah rawatan paling sesuai, biasanya termasuk:

  • Tinggal di hospital semasa proses rawatan untuk mengelakkan tingkah laku yang merosakkan diri.
  • Kaunseling untuk anda dan keluarga untuk menghadapi keadaan anda.

Ubat-ubatan untuk melegakan simptom yang datang apabila menghentikan amphetamine adalah kegelisahan dan kemurungan.

Penyalahgunaan amphetamine amat sukar untuk dirawat. Kebanyakan pesakit tidak berjaya dalam percubaan pertama. Anda boleh mengurangkan peluang anda kembali menyertai kumpulan sokongan dan kekal pada pelan rawatan. Terapi perbualan dikenali dengan keberkesanannya untuk melawan amphetamine kerana ia membantu mengubah pemikiran anda dan meningkatkan kemahiran mengatasi anda. Tiada ubat yang dapat menghentikan keinginan amphetamine sepenuhnya. Ubat boleh bertindak sebagai pembantu terapi. Anda adalah satu-satunya yang benar-benar penting dalam memerangi amphetamine. Perlu diingatkan bahawa semua jenis ketagihan akan disembuhkan dengan masa dan usaha yang mencukupi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Amphetamine Dependence. http://www.healthline.com/health/amphetamine-dependence#Overview1 Assessed September 24, 2016.

Amphetamine Abuse. http://drugabuse.com/library/amphetamine-abuse/ Assessed September 24, 2016.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan