backup og meta

Dobutamine

Kegunaan

Apa kegunaan Dobutamine ?

Dobutamine merupakan ejen inotropik. Ia digunakan untuk meningkatkan kekuatan dan daya denyutan jantung, membuatkan lebih banyak darah untuk beredar melalui badan.

Dobutamine selalunya digunakan untuk merawat kegagalan jantung disebabkan pembedahan atau penyakit jantung.

Ia juga boleh digunakan untuk keadaan-keadaan yang lain. Tanya doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Dobutamine?

Ambil dobutamine seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Tanya pembekal penjagaan kesihatan anda apa-apa soalan yang anda ada mengenai bagaimana hendak menggunakan dobutamine.

Dobutamine diberi sebagai suntikan di pejabat doktor anda, hospital, atau klinik.

Jika dobutamine mengandungi zarah atau berubah warna, atau jika botol itu retak atau rosak dalam apa jua cara, jangan gunakannya.

Simpan produk ini, termasuk jarum suntikan dan jarum-jarum, jauh daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Jangan gunakan balik jarum, jarum suntikan, atau bahan-bahan lain. Lupuskan dengan betul selepas guna. Tanya doktor anda atau ahli farmasi untuk menerangkan peraturan tempatan untuk pelupusan yang betul.

Bagaimana saya menyimpan Dobutamine?

Dobutamine selalunya dikendalikan dan disimpan oleh pembekal penjagaan kesihatan. Jika anda menggunakan dobutamine di rumah, simpannya seperti diarahkan oleh doktor anda. Simpan dobutamine jauh daripada pencapaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Dobutamine?

Sebelum menggunakan dobutamine, tanya doktor anda jika:

  • Anda alah pada apa jua bahan yang terkandung di dalam dobutamine.
  • Anda hamil, merancang untuk hamil, atau sedang menyusukan anak.
  • Anda mengambil apa jua ubat dengan preskripsi atau tanpa preskripsi, penyediaan herba, atau makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ubat, makanan, atau bahan-bahan lain.
  • Dobutamine boleh bertukar warna ke warna merah jambu selepas terdedah dengan cahaya. Ini adalah perkara biasa dan tak perlu bimbang.

Jika sebahagian produk ini mengandungi sulfit, di mana ia boleh menyebabkan reaksi alahan terhadap individu-individu tertentu (e.g., pesakit asma). Jika anda sebelum ini mempunyai reaksi alahan terhadap sulfit, hubungi ahli farmasi anda untuk menentukan samada produk anda mengandungi sulfit atau tidak.

Sebelum anda melakukan rawatan perubatan atau pergigian, penjagaan kecemasan, atau pembedahan, beritahu doktor anda atau doktor gigi yang anda sedang mengambil dobutamine.

Ujian makmal, termasuk tahap potasium darah, tekanan darah, dan kadar jantung, boleh dilakukan untuk memantau kemajuan anda atau memeriksa kesan-kesan sampingan. Pastikan simpan semua perjumpaan doktor dan makmal.

Adakah selamat untuk mengambil Dobutamine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Masih tiada kajian mencukupi untuk wanita dalam menentukan risiko ketika menggunakan dobutamine ketika hamil atau semasa menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk mempertimbangkan faedah-faedah berpotensi dan risiko-risiko sebelum mengambil dobutamine. Dobutamine adalah dalam kategori B risiko kehamilan, menurut US Food and Drug Administration (USFDA).

Kategori USFDA bagi risiko kehamilan adalah berdasarkan:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko bagi sesetengah kajian
  • C=Kemungkinan terdapat risiko
  • D=Bukti kukuh terdapatnya risiko
  • X=Menunjukkan percanggahan
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Dobutamine?

Periksa dengan doktor anda jika apa jua kesan-kesan sampingan yang tersenarai ini berterusan atau menjadi menyusahkan:

  • Sakit kepala
  • Loya

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika apa jua kesan-kesan sampingan yang teruk ini berlaku:

  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Sukar bernafas
  • Dada rasa sesak
  • Bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah
  • Sakit dada
  • Pengsan, pening, atau kepala rasa pusing
  • Denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur
  • Dada berdebar-debar
  • Sesak nafas

Bukan semua orang mengalami kesan sampingan seperti di atas. Terdapat juga kemungkinan kesan sampingan lain yang tidak dinyatakan. Jika anda mempunyai persoalan atau keraguan mengenai kesan sampingan, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Dobutamine?

Dobutamine mungkin boleh bertindak balas dengan lain-lain ubat yang anda sedang ambil, di mana ia akan mengubah bagaimana ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko anda untuk kesan-kesan sampingan yang serius. Untuk mengelak daripada tindakbalas ubat-ubat yang berpotensi, anda patut menyenaraikan semua ubat yang anda sedang guna (termasuk ubat-ubat dengan preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikannya dengan doktor anda dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula, berhenti, atau mengubah dos apa jua ubat tanpa kebenaran doktor anda.

Produk-produk yang mungkin bertindakbalas dengan ubat ini, seperti:

  • Cimetidine atau methyldopa, sebab kesan sampingan dobutamine akan meningkat.
  • Perencat catechol-o-methyltransferase (COMT) (e.g., entacapone) atau droxidopa, sebab tindakan dan kesan-kesan sampingan boleh ditingkatkan oleh dobutamine.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Dobutamine?

Dobutamine mungkin boleh bertindakbalas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko untuk kesan-kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor anda atau ahli farmasi mengenai makanan-makanan berpotensi atau tindakbalas alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Dobutamine?

Dobutamine mungkin boleh bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah penting untuk selalu membenarkan doktor anda dan ahli farmasi mengetahui semua keadaan kesihatan anda yang sedang anda alami.

Keadaan-keadaan kesihatan termasuklah:

  • Denyutan jantung tidak teratur
  • Tahap volum darah rendah
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Sejarah masalah injap jantung
  • Tumor kelenjar adrenal
  • Peningkatan denyutan jantung yang tidak teratur (tachyarrhythmia)
  • Ventrikel kiri pada jantung membesar disebabkan penyempitan saluran darah aorta (idiopathic hypertrophic subaortic stenosis)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Ethambutol yang disyorkan untuk dewasa?

Penguraian Jantung

Dos yang disarankan adalah 0.5-1 mcg/kg/min IV penerapan berterusan pada mulanya, kemudian 2-20 mcg/kg/min; tidak melebihi 40 mcg/kg/min.

Output Jantung Rendah (luar label)

Dos yang disarankan adalah 2-20 mcg/kg/min IV atau IO; titrasi untuk kesan yang diinginkan; tidak melebihi 40 mcg/kg/min.

Apakah dos Ethambutol yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Penguraian Jantung

Dos yang disarankan adalah 0.5-1 mcg/kg/min IV penerapan berterusan pada mulanya, kemudian 2-20 mcg/kg/min; tidak melebihi 40 mcg/kg/min.

Apakah bentuk penyediaan Ethambutol

Dobutamine boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan seperti berikut:

Penyelesaian penerapan dobutamine, dalam D5W

  • 100mg/100MI
  • 200mg/100MI
  • 400mg/100MI

Penyelesaian suntikan dobutamine

  • 5mg/mL

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos dobutamine, hubungi doktor anda dengan segera.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dobutamine. https://www.drugs.com/cdi/dobutamine.html. Accessed December 6, 2016.

Dobutamine (Rx). http://reference.medscape.com/drug/dobutamine-342434#0. Accessed December 6, 2016.

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan