brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Ramadan Bukan Untuk Tidur Sepanjang Hari – Ketahui Kesan Buruk Tidur Berlebihan

Apakah yang akan terjadi sekiranya anda tidur terlalu lama dan melebihi waktu yang disyorkan,, iaitu sekitar 8 jam sehari?

Ramadan Bukan Untuk Tidur Sepanjang Hari – Ketahui Kesan Buruk Tidur Berlebihan

Setiap individu memerlukan tidur yang mencukupi untuk merehatkan mental dan fizikal mereka setelah penat seharian bekerja.

Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, klik di sini.

Efek tidur lebih dari 8 jam

#1. Pening kepala

Pernah atau tidak, anda bangun daripada tidur yang lama dan kemudian anda berasa pening kepala yang melampau?

Jika ya, ini adalah disebabkan oleh neurotransmitter di dalam otak termasuklah serotonin yang akan terkesan akibat tidur yang terlalu lama.

tidur terlalu lama
Pening berpunca waktu tidur yang lama.

#2. Tidur lebih lama punca sakit belakang

Selain itu, tidur lebih daripada yang disarankan juga akan mengakibatkan sakit belakang. Ini disebabkan berbaring terlalu lama dan kekurangan aktiviti fizikal.

Jika ini terjadi, kurangkan waktu tidur anda kepada jam yang disyorkan dan lebihkan bersenam.

Efek tidur lebih dari 8 jam #3. Sakit jantung

Menurut kajian yang dilakukan terhadap 72,000 wanita, wanita yang tidur 9 hingga 11 jam sehari akan meningkatkan risikodiserang penyakit jantung sebanyak 38% berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari.

#4. Diabetes

Selain itu juga, kajian juga menunjukkan bahawa tidur yang terlalu lama akan meningkatkan risiko diabetes.

Selain itu, tidak cukup tidur juga akan menyumbang kepada masalah ini. Oleh itu, sentiasa kekalkan waktu tidur yang paling sesuai untuk anda.

#5. Obesiti kesan tidur terlalu lama

Waktu tidur yang panjang juga akan mengakibatkan anda mengalami pertambahan berat badan yang berlebihan.

tidur terlalu lama
Wujud risiko alami obesiti.

Menurut kajian, individu yang tidur selama 9 sehingga 10 jam sehari akan lebih berisiko sebanyak 21% untuk mengalami obesiti jika ia berlaku berterusan sehingga 6 tahun berbanding individu yang tidur selama 7 hingga 8 jam sehari.

Ini adalah berkaitan dengan pengambilan makanan dan kekurangan senaman.

#6. Tidur terlalu lama dapat menyebabkan depresi

Menurut kajian, 15% daripada individu yang mengalami depresi kerana waktu tidur yang lama.

Keadaan ini juga akan membuat depresi mereka menjadi lebih teruk.

Untuk menyelesaikannya, pesakit depresi ini perlu tidur pada waktu yang disarankan sahaja iaitu sekitar 8 jam sehari.

#7. Kematian

tidur terlalu lama
Maut menanti jika terlebih tidur.

Paling menakutkan, ada beberapa kajian yang membuktikan bahawa individu yang tidur sekitar 9 ke 10 jam sehari mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding individu yang tidur sekitar 8 jam sahaja sehari.

Konklusi

Tidur terlalu lama bukanlah satu perkara yang baik dan mampu menyegarkan kembali badan anda.

Sebaliknya, banyak kemudaratan yang bakal terjadi kepada anda jika anda mengamalkannya.

Oleh itu, ikutilah saranan pakar perubatan dan kecergasan yang menyatakan bahawa tidur yang paling ideal adalah sekitar 8 jam sahaja sehari.

medical
Dr. Amy Kor
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/02/2026