backup og meta

Bahayakah Berjalan Semasa Tidur?

Bahayakah Berjalan Semasa Tidur?

Berjalan semasa tidur, sleepwalking atau dikenali sebagai somnambulism, adalah satu gangguan tidur yang menyebabkan individu bangun dan berjalan semasa mereka sedang tidur. Kebanyakan gangguan tidur ini berlaku pada zaman kanak-kanak, antara usia 4 hingga 8 tahun. Tetapi, ia tidak mustahil untuk berlaku ke atas individu dewasa.

Gangguan yang cenderung berlaku apabila seseorang individu itu tidak mendapat tidur yang mencukupi ini biasanya bermula ketika individu berada pada peringkat tidur mendalam (deep sleep) dan menyebabkan berjalan atau melakukan tingkah laku kompleks yang lain semasa tidur.

Individu yang tidur berjalan ini tidak dapat bertindak balas semasa gangguan berlalu.  Malah, mereka kebiasaannya tidak mengingati kejadian tersebut. Dalam beberapa kes, mereka mungkin bercakap tentang sesuatu yang tidak masuk akal, meninggalkan rumah dan juga memandu jarak jauh.

Terdapat satu tanggapan salah, mengatakan kita tidak boleh mengejutkan individu yang berjalan semasa tidur. Kerana sebenarnya, ia agak berbahaya untuk membiarkan mereka terus tidur.

Simptom

Individu yang mengalami gangguan tidur berjalan ini akan kelihatan seperti terjaga kerana keadaan mata yang terbuka, malahan mereka mungkin tampak seperti sedang melihat sesuatu. Gangguan ini jarang berlaku ketika tidur sekejap pada waktu siang (nap time).

Gangguan ini boleh berlaku secara kerap atau jarang, dan tempoh untuk ia berlangsung mungkin untuk beberapa minit, tetapi ia juga boleh berlangsung untuk tempoh yang lama.

Individu yang mengalami gangguan tidur ini mungkin:

  • Bangun dari katil dan berjalan-jalan sekitar bilik atau rumah
  • Duduk di atas katil dan membuka mata
  • Mata kelihatan bersinar, atau berkaca
  • Tidak bertindak balas atau berkomunikasi dengan individu lain
  • Sukar untuk dibangunkan semasa gangguan berlaku
  • Menjadi keliru untuk masa yang singkat selepas bangun
  • Tidak mengingati apa yang berlaku
  • Keletihan pada waktu siang disebabkan tidak mendapat tidur yang mencukupi

Ada masanya, individu yang mengalami tidur berjalan ini akan melakukan:

  • Aktiviti rutin seperti bercakap, memakai pakaian, atau makan
  • Keluar dari rumah
  • Memandu kereta
  • Melakukan sesuatu diluar dugaan, seperti kencing di dalam almari
  • Melakukan seks tanpa kesedaran
  • Mendapat kecederaan, sebagai contoh, melompat keluar dari tingkap
  • Menjadi berbahaya dalam tempoh kekeliruan selepas terbangun, atau ketika gangguan berlaku.

Punca

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menjadi penyebab berlakunya gangguan tidur ini. Ia merupakan satu keadaan yang boleh diwarisi. Jika anda memiliki ibu bapa, abang, kakak atau adik yang mempunyai gangguan berjalan semasa tidur, anda berkemungkinan untuk 10 kali lebih banyak mengalami gangguan ini.

Anda berisiko untuk mengalami gangguan ini jika:

  • Kurang tidur
  • Mempunyai jadual tugasan harian yang padat
  • Gangguan waktu tidur yang disebabkan bercuti, perubahan waktu
  • Tertekan
  • Mabuk
  • Mengambil ubatan seperti hipnotis sedatif (yang membantu untuk lebih tenang atau tidur), neuroleptik (untuk merawat psikosis), perangsang (untuk meningkatkan tenaga), dan antihistamin (untuk merawat alahan).

Keadaan kesihatan yang mempunyai kaitan dengan gangguan tidur ini, adalah seperti:

  • Masalah berkaitan denyutan jantung
  • Demam
  • Pedih ulu hati
  • Asma pada waktu malam
  • Kekejangan pada waktu malam
  • Apnea tidur obstruktif (keadaan anda berhenti seketika semasa bernafas)
  • Sindrom kaki yang tidak sihat
  • Gangguan psikiatri, sebagai contoh, gangguan tekanan pasca trauma, serangan panik atau gangguan personaliti berganda

Perlukah rawatan?

Gangguan tidur ini tidak menjadi punca kebimbangan dan biasanya akan hilang dengan sendirinya apabila meningkat dewasa (bagi kanak-kanak). Namun, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan jika:

  • Ia kerap berlaku – lebih dari dua kali dalam seminggu
  • Mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada diri sendiri atau pasangan yang tidur bersama anda
  • Mengganggu ketenteraman ahli keluarga lain
  • Menyebabkan rasa mengantuk yang keterlaluan, dan keletihan pada waktu siang
  • Berlaku pertama kalinya sebagai individu dewasa
  • Bagi kanak-kanak, ia berlaku secara berterusan sehingga ke zaman remaja

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

SLEEPWALKING

https://www.sleepfoundation.org/sleep-disorders-problems/abnormal-sleep-behaviors/sleepwalking / accessed on Feb 4, 2019.

 

Sleep Disorders: Sleepwalking Basics

https://www.webmd.com/sleep-disorders/guide/sleepwalking-causes / accessed on Feb 4, 2019.

 

Sleepwalking

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sleepwalking/symptoms-causes/syc-20353506 / accessed on Feb 4, 2019.

Versi Terbaru

13/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sering Alami 'Jet Lag' Jika Berjalan Jauh? Usah Risau Lagi, Pil Ini Dapat Membantu Anda!

Tak Boleh Tidur Malam? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Ubat Tidur!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan