banner

Uji Sendiri!

Subot Icon

Ujian Risiko Pradiabetes

Subot Icon

Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes

avatar
badge

Dr. Chooi Kheng Chiew

Endokrinologi

avatar
badge

Dr. Shalini Sree Dharan

Endokrinologi

avatar
badge

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am

Soalan Lazim Tentang Diabetes

Ada berapa jenis diabetes?

Icon Chevron

Terdapat beberapa jenis diabetes berbeza. Diabetes jenis 1, juga dikenali sebagai diabetes tergantung insulin atau diabetes juvenil, adalah kondisi autoimun. Antibodi akan menyerang pankreas lalu menjejaskan kemampuan ia menghasilkan insulin. Diabetes jenis 2 dipercayai lebih ringan berbanding jenis 1, ia dipengaruhi oleh gaya hidup. Obesiti boleh menyebabkan kerintangan insulin, yang berlaku apabila sel tidak bertindak balas dengan hormon tersebut. Ini bermakna insulin yang terhasil dari pankreas tidak mampu untuk menstabilkan kadar gula darah. Diabetes gestasi berlaku pada sesetengah wanita hamil, di mana kehamilan mengakibatkan kerintangan insulin. Memandangkan glukosa mengalir dari plasenta ibu kepada bayi, penting untuk mengawal diabetes jenis ini bagi memastikan bayi selamat dan sihat.

Apa simptom diabetes yang paling biasa berlaku?

Icon Chevron

Anda mungkin menghidap diabetes jika mengalami simptom-simptom berikut: - Rasa dahaga yang kuat dan kerap - Berat badan turun tanpa sebab dan mendadak - Kerap buang air kecil, semut mengerumuni kencing - Rasa lapar yang melampau - Penglihatan kabur dan terjejas - Selalu rasa letih dan rungsing - Kerap luka dan luka sukar sembuh

Bagaimana seseorang disahkan menghidap diabetes?

Icon Chevron

Diagnosis diabetes disahkan melalui ujian darah yang menunjukkan paras gula dalam darah (glukosa). Ia boleh dilakukan melalui 3 jenis ujian: ujian paras gula ketika berpuasa, ujian gula darah secara rawak dan ujian HbA1C. Paras gula darah yang tinggi menandakan anda mungkin penghidap diabetes. Tanya doktor tentang ujian yang anda perlukan serta paras gula yang perlu anda perhatikan.

Berapa paras gula darah normal? Bagaimana jika ia mencecah 120 ke 200?

Icon Chevron

Umumnya, kadar gula darah normal adalah antara 80 ke 130 mg/dL sebelum makan, dan kurang daripada 180 mg/dL dua jam selepas makan. Kadar tersebut juga mungkin berbeza bergantung usia, keadaan kesihatan dan faktor lain. Jumpa doktor bagi mengetahui kadar gula darah yang optimum untuk anda.

Apa anda boleh makan jika ada diabetes? Mesti ikut diet rendah karbo?

Icon Chevron

Walaupun anda masih boleh menikmati makanan kegemaran anda, pastikan anda mengambilnya secara sederhana. Doktor mungkin akan menyarankan diet khas yang seimbang untuk anda. Biasanya terdiri daripada sayur-sayuran, buah-buahan, gandum penuh, protein dan tenusu rendah lemak. Anda juga perlu mengehadkan pengambilan makanan bergoreng, bergaram dan bergula seperti jus, soda serta pencuci mulut.

Adakah pesakit diabetes langsung tidak boleh ambil gula? Jika makanan itu bebas gula, boleh ambil tanpa risau?

Icon Chevron

Diet yang tidak berkualiti, termasuk tinggi gula boleh meningkatkan risiko diabetes. Itu bukan bermaksud anda langsung tidak boleh ambil gula jika anda ada diabetes tetapi pastikan anda kekalkan diet seimbang. Ini adalah penting untuk mengelakkan paras gula darah terlampau rendah. Walaupun alternatif bebas gula adalah pilihan lebih baik jika anda ada diabetes, sesetengah pengganti gula mengandungi karbohidrat, yang juga akan bertukar kepada gula dalam badan seterusnya meningkatkan kadar gula darah. Hanya kerana ia bebas gula, tidak bermakna anda bebas mengambilnya. Paling penting, pesakit perlu fokus mengamalkan diet yang sihat.

Bolehkah insulin menyembuhkan diabetes?

Icon Chevron

Insulin tidak boleh menyembuhkan diabetes. Setakat ini diabetes tidak ada penawar. Namun, terapi insulin membantu mengawal kadar gula dalam darah yang penting dalam pengurusan penyakit ini sekali gus mengelakkan komplikasi kesihatan lain yang berkaitan. Tetapi, pesakit diabetes tidak boleh bergantung pada insulin sahaja. Adalah penting untuk anda meneruskan rawatan insulin seperti yang disarankan oleh doktor di samping mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Adakah pesakit diabetes lebih terdedah kepada selesema dan penyakit lain?

Icon Chevron

Sistem imun yang lemah menyebabkan pesakit diabetes lebih berisiko untuk dijangkiti selesema dan penyakit lain. Pesakit perlu berwaspada dengan penyakit lain seperti influenza. Ini kerana penghidap diabetes, walaupun terkawal lebih berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi serius sehingga menyebabkan kemasukan ke hospital serta boleh membawa maut. Komplikasi berkaitan termasuk pneumonia, bronkitis dan jangkitan sinus atau telinga. Jangkitan influenza juga boleh menjejaskan kadar gula darah lantas menyebabkan diabetes sukar dikawal. Cara terbaik melindungi diri daripada influenza dan penyakit lain adalah dengan mendapatkan vaksinasi dan meneruskan langkah pencegahan yang disarankan oleh pihak berwajib.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko menghidap diabetes?

Icon Chevron

Sesetengah individu berisiko lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Antaranya: - Sejarah keluarga - Berat badan - Kurang aktiviti fizikal - Tekanan darah tinggi atau hipertensi - Usia - Sindrom polisistik ovari (PCOS)

Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan risiko menghidap diabetes?

Icon Chevron

Ada beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko diabetes. Ikuti langkah di bawah: - Kurangkan dan kekalkan berat badan yang sihat. Menurut CDC, penyingkiran 5% ke 7% berat badan mampu merendahkan risiko diabetes. Diet dan senaman boleh membantu anda mencapainya. Berbincang dengan doktor anda tentang cara mengurangkan berat badan dengan selamat. - Jadi lebih aktif. Walaupun 30 minit sehari, atau 150 minit aktiviti fizikal seminggu boleh membantu anda mencegah diabetes. Ia juga membantu mengurangkan dan mengekalkan berat badan sihat, serta merendahkan kadar gula darah dan meningkatkan sensitiviti insulin. - Awasi diet anda. Pastikan anda mengamalkan diet sihat dan seimbang, mengutamakan sayur, buah dan lemak tidak tepu. Diet fad mungkin nampak menarik, namun lebih baik jika anda fokus pada nutrisi diperlukan.

Fakta menarik tentang diabetes

Icon Chevron

Ini antara beberapa fakta menarik yang mungkin anda belum tahu tentang diabetes: Lebih 60% pesakit diabetes dunia tinggal di Asia. China dan India memiliki populasi diabetes tertinggi di dunia, dengan 116 dan 77 juta bagi setiapnya. Jika masalah rabun anda tiba-tiba elok, ia mungkin simptom diabetes jenis 2. Pengumpulan cecair boleh menyerupai fungsi lensa mata bagi sesetengah orang! Insulin sintetik pertama untuk manusia dihasilkan pada 1978 menggunakan bakteria E.coli.

Saya masih ada soalan tentang diabetes. Apa perlu saya buat?

Icon Chevron

Kunjungi laman fokus Diabetes kami untuk pelbagai maklumat lain. Anda juga boleh berhubung dengan doktor atau mendapatkan konsultasi dengan pakar endokrinologi untuk maklumat lanjut.

Mengurus Diabetes Anda

Diabetes & Anda