backup og meta

Kulit Bertompok-Tompok Angkara Panau? Ini 7 Ubat Terbaik Untuk Rawat Masalah Panau Segera

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Kulit Bertompok-Tompok Angkara Panau? Ini 7 Ubat Terbaik Untuk Rawat Masalah Panau Segera

Cuba lihat di sekitar badan anda, adakah terdapat sebarang tompok-tompok yang lebih cerah daripada warna kulit anda? Ia mungkin jangkitan panau. Apakah ubat yang sesuai untuk menghilangkannya? Adakah terdapat jenis ubat panau makan? Anda boleh cuba ubat panau paling berkesan seperti di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Bagaimana panau boleh muncul?

Panau yang juga dikenali sebagai tinea versicolor dalam istilah perubatan, adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh pertumbuhan kulat pada permukaan kulit secara berlebihan.

Ini menyebabkan timbulnya tompok-tompok putih atau perubahan warna pada kulit, terutamanya pada:

  • bahagian dada
  • belakang badan
  • lengan

Jangkitan ini boleh berlaku disebabkan oleh keadaan lembap, memakai pakaian yang ketat atau sistem imun yang lemah.

Walaupun ia bukanlah satu jangkitan yang serius, panau boleh menyebabkan ketidakselesaan dan perubahan warna kulit yang ketara.

Ubat panau paling berkesan di farmasi

Berikut adalah antara ubat panau di farmasi yang boleh anda dapatkan bagi merawat jangkitan panau.

Ubat-ubat ini adalah antara yang paling berkesan dan paling biasa digunakan oleh ramai orang.

#1. Three Legs Tinea-Kare Anti-Fungal Cream

Three Legs Tinea-Kare Anti-Fungal Cream adalah salah satu krim yang direka khas untuk merawat jangkitan kulat seperti panau.

Krim ini mengandungi bahan aktif yang berkesan memerangi kulat.

Ia juga bertindak pantas dalam mengurangkan kemerahan, gatal-gatal dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh jangkitan.

Selain itu, krim ini juga membantu dalam mencegah jangkitan kulat daripada merebak.

#2.Ubat panau paling berkesan: Creobic Antifungal Cream 

Creobic Antifungal Cream adalah krim yang mengandungi clotrimazole sebagai bahan aktif utamanya.

Clotrimazole adalah sejenis antikulat yang berkesan menyekat perkembangan pelbagai jenis kulat, termasuklah yang menyebabkan jangkitan panau.

Krim ini berfungsi dengan cara mengganggu pertumbuhan dan pembiakan kulat, lalu menghalangnya daripada merebak atau menyebabkan jangkitan lanjut.

#3. Ubat panau di farmasi: Dermoplex Antifungal Cream

Dermoplex Antifungal Cream adalah krim yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan kulat.

Krim ini mengandungi beberapa jenis bahan-bahan aktif yang berkesan memerangi kulat pada kulit.

Krim ini juga boleh mengurangkan simptom-simptom jangkitan seperti kemerahan, gatal-gatal dan pembentukan tompok pada kulit.

#4. Ubat panau di farmasi: Euderm Cream for Dry Scaly Itchy Skin

Euderm Cream bukan sahaja boleh merawat panau tetapi juga membantu melembapkan kulit yang kering dan bersisik.

Euderm Cream mengandungi bahan-bahan yang dapat menenangkan kulit yang gatal dan mengalami keradangan.

Krim ini memberikan kelegaan segera daripada ketidakselesaan yang disebabkan oleh jangkitan kulat.

#5. Ubat panau paling berkesan: Ternafin Cream

Ternafin Cream adalah krim antikulat yang mengandungi bahan aktif yang berkesan memerangi kulat penyebab panau.

Seperti krim lain, krim ini juga boleh mengurangkan simptom jangkitan dan membantu dalam pemulihan kulit yang sihat.

Ia turut boleh digunakan sebagai rawatan jangkitan kulat lain seperti kaki makan air atau kurap.

#6. Ubat panau di farmasi: Nixoderm Ointment

Nixoderm Ointment adalah ubat luaran yang telah lama digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit termasuk panau.

Ubat ini mengandungi bahan-bahan aktif seperti benzoic acid dan salicylic acid yang berkesan menghapuskan kulat dan mengurangkan simptom-simptom jangkitan.

#7. Ubat panau paling berkesan: Candazole Anti Fungal Lotion

Candazole Anti Fungal Lotion adalah losyen yang mengandungi bahan aktif berkesan untuk memerangi kulat penyebab panau.

Losyen ini boleh merawat pelbagai masalah jangkitan kulit selain turut boleh digunakan pada kuku anda.

Ia juga mengandungi clotrimazole yang ada dalam kebanyakan ubat antikulat lain.

Kesimpulan

Panau adalah masalah kulit yang boleh menyebabkan gangguan kepada penampilan anda.

Namun, dengan pemilihan ubat panau paling berkesan dan penggunaan yang konsisten, masalah ini boleh diatasi dengan mudah.

Ubat-ubat ini juga mungkin sesuai bagi merawat masalah kulat lain seperti kurap

ubat panau paling berkesan
Jenis-jenis kurap yang boleh menjangkiti anda.

Tip

Anda perlu memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda dan sentiasa mengikuti arahan penggunaan untuk hasil yang terbaik.

Anda juga boleh mendapatkan jenis ubat panau makan berpandukan nasihat doktor yang merawat. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tinea Versicolor. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/tinea-versicolor. Diakses pada Oktober 30, 2023. 

Tinea versicolor. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tinea-versicolor/diagnosis-treatment/drc-20378390. Diakses pada Oktober 30, 2023.

Tinea Versicolor. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17719-tinea-versicolor. Diakses pada Oktober 30, 2023.

How is tinea versicolor treated?. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK293716/. Diakses pada Oktober 30, 2023.

Tinea Versicolor: Diagnosis and Treatment. https://www.aad.org/public/diseases/a-z/tinea-versicolor-treatment. Diakses pada Oktober 30, 2023.

Versi Terbaru

18/07/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Celah Jari Kaki Mengelupas? Ini Namanya Kulat Air! Rawatnya Dengan 6 Cara Ini

Lepas Berpeluh Terus Mandi Punca Panau Naik Di Badan? Cuba 6 Petua Ini Untuk Hilangkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan