Kurap atau kudis? Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa beza kurap dan kudis ya? Kedua-dua kondisi ini mungkin sukar untuk dibezakan, lebih-lebih lagi oleh orang yang tidak pernah mengalaminya.
Kurap atau kudis? Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa beza kurap dan kudis ya? Kedua-dua kondisi ini mungkin sukar untuk dibezakan, lebih-lebih lagi oleh orang yang tidak pernah mengalaminya.

Kurap atau ringworm (tinea corporis) merupakan sejenis ruam yang berlaku disebabkan jangkitan kulat. Kulat ini juga dikenali sebagai dermatophyte.
Selain menjangkiti kulit, kulat ini juga boleh meninggalkan kesan pada kuku dan juga rambut. Malah, kurap juga boleh merebak melalui sentuhan!
Selalunya, kurap dapat dikenal pasti melalui ruam yang berwarna merah seperti cincin. Ruam ini juga akan menyebabkan anda rasa gatal-gatal. Walaupun dikenali sebagai ringworm, jangan risau, tidak ada sebarang ulat pun yang melekat pada kulit anda!
Kudis atapun scabies pula merupakan satu kondisi yang berlaku disebabkan gigitan kutu Sarcoptes scabiei var hominis. Serangga kecil ini boleh mendiami bawah kulit dan menyebabkan timbulnya ketulan-ketulan kecil diikuti dengan kegatalan yang luar biasa.
Menurut sebuah laporan oleh WHO, 130 juta penduduk dunia dianggarkan mengalami jangkitan kudis buta pada tahun 2010. Malah, 1.5 juta daripada penghidapnya menghidapi pelbagai penyakit akibat komplikasi daripada kudis buta.
Disebabkan kedua-dua penyakit ini sangat lazim berlaku, masih ramai yang tidak dapat beza kurap dan kudis. Malah, kedua-duanya juga boleh menyebabkan kegatalan dan menjangkiti orang lain!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Walaupun hampir sama, sebenarnya ada banyak beza kurap dan kudis! Salah satu cara untuk membezakannya adalah dengan melihat simptom-simptom kedua-dua kondisi ini.
Kurap dapat menjangkiti mana-mana bahagian kulit, termasuklah kuku kaki dan tangan. Simptom kurap mungkin berbeza bergantung pada kawasan badan yang dijangkiti.

Antara tanda dan simptom kurap ialah:
Tetapi, beza kurap dan kudis, kudis selalunya tidak akan menyebabkan ruam cincin yang berwarna merah. Pada awalnya, kurap akan muncul dalam bentuk bintik-bintik kecil berwarna merah. Bintik ini kadangkala menyerupai jerawat.
Anda boleh dijangkiti kudis selama 4 hingga 6 minggu sebelum simptom muncul. Ruam yang disebabkan kudis akan merebak secara perlahan-lahan dalam masa beberapa minggu atau bulan.
Antara tanda kudis ialah:
Kanak-kanak yang mempunyai kudis buta akan alami kegatalan satu badan dan mungkin kerap marah disebabkan tidak cukup tidur pada waktu malam.
Ada soalan mengenai kesihatan anak? Jom, ajukan soalan anda dalam Komuniti Keibubapaan Hello Doktor!

Setelah mengetahu beza kurap dan kudis, anda perlulah tahu langkah untuk mencegahnya.
Untuk mencegah kurap dan kudis daripada berlaku kembali atau menjangkiti orang lain, pastikan anda mengambil langkah berikut:
Langkah mencegah kudis:
Berbeza dengan kutu, kurap lebih sukar untuk dicegah kerana kulat yang menyebabkan penyakit ini berada disekeliling kita.
Namun, ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan kurap:
Jadi, sekarang pasti anda sudah arif mengenal beza kurap dan kudis. Jika masalah kurap dan kudis yang anda atau anak alami menjadi semakin teruk, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.
Selalunya, doktor akan memberikan rawatan dalam bentuk salap (cream) untuk merawat kondisi ini. Apa-apapun, jangan sesekali biarkan masalah ini menjadi semakin teruk. Kudis buta dan kurap boleh meninggalkan parut yang kekal pada kawasan kaki.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
23/09/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor