Alangkah risau dan sedih hati apabila ada sahaja helai rambut yang melekat di sikat usai menyikat mahkota di kepala. Sekiranya anda tidak mahu jadi botak di usia muda, maka sila cuba treatment rambut gugur yang akan kami ulas di bawah ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Masalah rambut gugur di usia muda
Jika anda belum tahu, mahkota di kepala manusia ini akan melalui 3 fasa normal yang utama yakni tumbuh, kekal dan gugur. Hakikatnya, semua individu normal tentu sahaja melalui fasa ini.
Namun, mungkin ada faktor risiko yang bakal mempercepatkan proses ini seperti genetik, hormon, penuaan, pemakanan, penjagaan rambut yang salah dan pengamalan gaya hidup tidak sihat.
“Dalam pada itu, stres yang berlebihan pada fizikal serta mental juga adalah salah satu sebab anda keguguran banyak rambut sekali gus bakal jadi punca kebotakan awal usia,” jelas Pakar Dermatologi, Dr Shilpi Kheterpal.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Stres Boleh Jadi Punca Banyak Masalah, Termasuk Rambut Gugur Dan Botak?
- Tak Nak Botak Muda? Guna Syampu Untuk Rambut Gugur Yang Ada Bahan Ini!
- Tonik Rambut, Solusi Untuk Masalah Rambut Gugur, Ini 6 Manfaatnya!
Tetapi jangan risau kerana zaman sekarang ada banyak treatment rambut gugur yang anda boleh cuba. Apa yang lebih menarik, ia juga terbahagi kepada moden dan tradisional.
Treatment rambut gugur anda mesti cuba!
Sebenarnya, individu mungkin tidak mampu menghalang rambut gugur secara total namun anda masih boleh mengelak proses ini daripada berlaku terlalu banyak atau cepat dengan kaedah tertentu.
Menurut American Academy of Dermatologists manusia secara umumnya akan hilang sekitar 50 ke 100 helai rambut dalam masa sehari. Jumlah ini juga berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.
Tenang, anda mungkin masih boleh mengehadkan atau mengundurkan masalah ini dengan cara:
#1. Ambil ubat preskripsi daripada doktor
Pertama, segera rujuk masalah ini ke doktor dan dapatkan rawatan rambut gugur dalam bentuk ubatan. Kebiasaannya, doktor akan beri ubat dengan preskripsi yang sesuai dengan individu.
Terdapat banyak ubat untuk membantu merawat masalah ini dan antara jenis yang paling popular:
- Antiandrogen
- Kortikosteroid
- Minoxidil
- Dutasteride
- Finasteride
- Spironolactone
Ada jenis ubatan yang perlu disapu dan dimakan. Namun, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor.
Treatment rambut gugur #2. Terapi laser
Terapi laser dan masalah kulit memang sudah bagai aur dengan tebing. Isu keguguran rambut juga sama dan anda boleh mendapatkan rawatan low-level therapy dengan pakar yang sah diperakui.
Cara terapi ini bekerja adalah dengan memanfaatkan sinaran foton yang akan diserap oleh jaringan kulit kepala. Ia membantu merangsang folikel untuk menumbuhkan dan memanjangkan rambut.
Sebuah kajian seliaan Harvard University membuktikan bahawa penggunaan laser ini juga sangat efektif dan selamat. Cuma, anda mungkin perlu melaburkan lebih banyak kos, masa dan tenaga.
Treatment rambut gugur #3. Tanam rambut
Sekiranya mahkota di kepala anda itu sudah mula wujud ‘pulau’ yang tanpa penghuni, rawatan ini mungkin sangat sesuai. Diingatkan, ia juga mungkin memerlukan banyak kos, masa serta usaha.
Treatment tanam rambut ini ada 2 jenis yakni menanam rambut asli yang dicabut dari tempat lain atau menanam rambut sintetik yang dicipta dari bahan lain. Kedua-duanya efektif dan selamat.