backup og meta

Ingin Tahu Cara Atasi Rambut Gugur? Amalkan 12 Jenis Makanan Ini!

Ingin Tahu Cara Atasi Rambut Gugur? Amalkan 12 Jenis Makanan Ini!

Rambut antara yang paling berharga. Namun, bagaimana jika anda ada rambut yang bermasalah seperti rambut gugur.  Apakah punca rambut gugur dan adakah terdapat makanan atasi rambut gugur

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Kulit di sini.

Apa itu rambut gugur?

Sebelum kita mengetahui mengenai punca rambut gugur dan kaedah rawatan rambut gugur yang boleh anda cuba, apa kata kita mengetahui dulu, apakah sebenarnya masalah rambut gugur ini.

Masalah rambut gugur seiring dengan peningkatan usia satu situasi normal.

Tetapi, ada juga individu yang mengalami masalah keguguran rambut disebabkan faktor diet pemakanan yang diambil, kekurangan nutrien atau mungkin faktor genetik. 

Rambut gugur boleh berlaku pada rambut di bahagian kulit kepala atau mana-mana bahagian badan anda. Keturunan, perubahan hormon, keadaan perubatan atau masalah kesihatan turut boleh menjadi antara punca rambut gugur

Makanan atasi punca rambut gugur

Masalah rambut gugur bukanlah asing pada wanita mahupun lelaki.

Walaupun anda akan kehilangan 50-100 helai rambut sehari melalui proses keguguran rambut yang normal, ada kalanya rambut anda gugur lebih daripada biasa disebabkan penambahan usia, masalah kesihatan dan faktor persekitaran. 

Selain penjagaan rambut yang berkesan, pemakanan anda juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut anda. Ketahui jenis makanan atasi rambut gugur yang boleh anda amalkan:

kenapa rambut banyak gugur
Penyebab keguguran rambut wanita.
  1. Bayam

Bayam adalah sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Kekurangan zat besi adalah penyebab utama rambut gugur dan bayam bukan hanya kaya dengan zat besi, tetapi juga mengandungi sebum yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut.

Jadi ia adalah jenis makanan atasi rambut gugur yang terbaik untuk dicuba.

Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.

  1. Lobak dan keledek

Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.

Keledek juga mengandungi beta-karoten yang bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.

  1. Telur dan produk tenusu

Susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, Vitamin B12, zat besi, zink dan asid lemak Omega.

Produk tenusu juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang terkenal untuk mencegah rambut gugur.

  1. Oat untuk atasi punca rambut gugur 

Tambah semangkuk besar oat dalam hidangan pagi anda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur.

Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.

  1. Walnut boleh elak punca rambut gugur?

Tambah walnut dalam diet anda sebagai makanan atasi rambut gugur. Ia adalah satu-satunya kacang yang diketahui mengandungi biotin, vitamin B (B1, B6 dan B9), Vitamin E, kaya protein dan magnesium, yang semuanya menguatkan kutikula rambut dan menyuburkan kulit kepala.

Ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan DNA yang mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.

  1. Lentil

Lentil merupakan kumpulan kekacang yang menyihatkan. Di Malaysia, jenis lentil yang biasa ditemui ialah kacang dal. Ia kaya dengan protein, zat besi, zink, dan biotin.

Selain itu, lentil penuh dengan asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang membekalkan kulit dan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan.

punca rambut gugur
Petua merawat masalah rambut gugur.
  1. Daging ayam

Jika anda pengemar makanan berasaskan ayam, ketahuilah ia juga antara jenis makanan atasi rambut gugur.

Daging ayam kaya dengan protein berkualiti tinggi yang menguatkan rambut rapuh dan menghalang rambut terputus. Oleh kerana rambut dan kuku terdiri daripada protein, anda harus mendapatkan sumber protein yang mencukupi dalam diet harian anda.

Tip melebatkan rambut secara semula jadi

Keguguran rambut dilihat sebagai tanda penuaan. Terdapat pelbagai sebab terjadinya keguguran rambut, dari segi ubat, ketidakseimbangan hormon, jenis diet dan tekanan kerja.

Kebiasaannya, kita semua mencari ubat kimia segera untuk merawat keguguran dengan cepat walaupun menyedari banyak akibat yang berbahaya. 

Namun, terdapat beberapa bahan semula jadi yang boleh merawat masalah punca rambut gugur tanpa kesan sampingan.

#1. Santan kelapa ubati punca rambut gugur

Dipercayai ubat yang paling berkesan untuk pertumbuhan rambut semula jadi ialah penggunaan santan kerana ia kaya dengan zat besi, kalium dan lemak penting.

Caranya, ambil santan dari kelapa segar, tambahkan setengah perahan lemon dan 4 titisan minyak lavender.

Campurkan dengan teliti dan sapukan pada kulit kepala anda, biarkan selama 4-5 jam dan kemudian bilas.

#2. Cuka epal cider

Cuka ini berfungsi perlahan-lahan membersihkan kulit kepala dan mengekalkan keseimbangan pH rambut sehingga mempercepat pertumbuhan rambut.

Mulakan dengan membuat campuran cair dengan mencampurkan 75 ml dalam satu liter air untuk kumpulan yang lebih besar atau 15 ml kepada secawan air panas yang ditapis untuk kumpulan yang lebih kecil.

Gunakannya sebagai bilasan akhir selepas mencuci rambut anda. Ini juga akan memberikan rambut anda bersinar dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

rambut rosak
Tanda-tanda rambut rosak.

Cara mengatasi rambut gugur #3. Masker telur

Rawatan rumah ini digunakan di seluruh dunia untuk pertumbuhan rambut yang cepat dan semula jadi.

Seperti yang kita tahu, telur mengandungi paras protein yang tinggi yang membantu dalam pembentukan rambut baru. Ia juga kaya dengan sulfur, zink, besi, selenium, fosforus dan sodium.

Untuk masker telur, masukkan sebiji telur putih ke dalam mangkuk dan tambah satu sudu teh minyak zaitun (anda juga boleh menggunakan minyak biji anggur atau minyak lavender) dan madu.

Sapukan seluruh rambut dan kulit kepala anda selama kira-kira 20 minit. Bilas dengan air sejuk dan syampu.

#4. Elak punca rambut gugur dengan teh hijau

Teh hijau, seperti yang anda ketahui, sangat kaya dengan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran rambut.

Sapukan teh hijau hangat (dari uncang teh yang digunakan) ke atas kulit kepala anda dan biarkan selama sejam. Basuh dengan air sejuk.

Kesimpulan

Rawatan rambut gugur secara semula jadi ini mungkin tidak mendatangkan kesan kepada sesetengah individu. Dan bagi individu yang ingin mencubanya pastikan anda tidak mempunyai sebarang alahan dalam menggunakan bahan yang dinyatakan.
Kini anda telah tahu punca rambut gugur dan cara atasinya. Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hair loss https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hair-loss/symptoms-causes/syc-20372926 /Accessed on Aug 7, 2019. 
  2. Hair Loss in Women. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16921-hair-loss-in-women. Accessed on Aug 7, 2019.
  3. Hair Loss. https://www.health.harvard.edu/a_to_z/hair-loss-a-to-z. Accessed on Aug 7, 2019.
  4. HAIR LOSS: WHO GETS AND CAUSES. https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/causes/18-causes. Accessed on Aug 7, 2019.
  5. Hair Loss. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/hair-loss/. Accessed on Aug 7, 2019.

 

 

 

Versi Terbaru

08/03/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

Masalah Botak & Rambut Beruban? Anda Berisiko Hidap Sakit Jantung


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan