
Kenapa muka nampak kusam? Kenapa kulit makin kering? Soalan-soalan ini pasti sentiasa bermain di fikiran remaja yang mempunyai kulit kering. Ditambah lagi, mahu mencari skincare untuk kulit kering yang sesuai dengan kulit dan bajet. Aduh, buntu rasanya!
Untuk merungkaikan kemusykilan anda, teruskan membaca artikel ini untuk dapatkan maklumat lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Kenapa kulit makin kering ?
Menurut Healthline, mereka ada kongsikan beberapa punca kulit kering terjadi. Ia disebabkan oleh:
- Persekitaran
- Genetik
- Umur
- Mencuci muka/tangan secara berlebihan
- Terdedah kepada bahan merengsakan
- Perubahan hormon
- Disebabkan perubatan, seperti hipotiroidisme atau diabetes, atau keadaan khusus kulit seperti ekzema atau psoriasis

Tip mudah pilih skincare untuk kulit muka kering
1. Pencuci muka, skincare utama
Langkah pertama dalam memilih pembersih muka ialah dengan memastikan ia mengandungi kandungan yang menghidratkan.
Pastikan ia bebas alkohol dan tidak berbuih. Anda boleh dapatkan produk yang mengandungi asid stearik (terdapat dalam mentega shea) atau asid linoleik (terdapat dalam minyak argan) untuk membaiki kulit anda.
2. Toner
Kemudian, anda perlu pastikan agar memilih skincare untuk kulit muka kering yang betul. Di pasaran, ada banyak toner menggunakan alkohol sebagai bahan utama, yang mengeringkan kulit. Jadi, anda perlu elakkannya.
Contohnya, cari toner yang melembabkan kulit seperti asid hyaluronik, vitamin E dan gliserin.
3. Pelembab
Pelembap antara perkara yang penting dalam skincare untuk kulit kering. Anda boleh sapukan pelembab beberapa kali sehari bagi memastikan kulit anda sentiasa lembab dan menjadi lebih sihat.
Anda boleh cari produk yang menggunakan bahan pelembab seperti urea, ceramide, asid lemak dan gliseril, mentega shea dan mentega koko, asalkan ia tidak menyebabkan jerawat (noncomedogenic) dan tidak mengandungi bahan penyebab alahan (hypoallergenic).
4. Pelindung matahari

Pelindung matahari merupakan skincare untuk semua individu, bukan skincare khas untuk kulit muka kering sahaja.
Semua kulit perlu memakai pelindung matahari, untuk melindungi kulit dari sinaran ultraungu (UV) berbahaya daripada merosakkan kulit. Jika tidak, anda akan lebih terdedah dengan kedutan, penuaan pramatang dan kanser kulit.
Oleh itu, jangan lupa untuk sapukan pelindung matahari, kalis air dengan SPF 30 atau lebih tinggi, setiap hari, ya!
5. Elakkan juga daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan pengelupasan
Antaranya:
- Chemical peels
- Produk pengelupasan seperti retinoid
- Asid glikolik
- Benzoil peroksida
- Asid salisilik
- Alkohol
- Wangian
- Bahan pengawet
Anda juga perlu lindungi kulit daripada menggunakan air panas, udara panas dan terdedah dengan matahari dalam tempoh lama.

















