Selalu kita dengar atau baca tentang skrub untuk kulit wajah dan badan sahaja bukan? Bagaimana pula dengan scrub bibir yang ramai percaya bagus untuk membuat ia lebih cantik dan sihat? Ayuh baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Kenapa penting untuk anda scrub bibir?
Untuk pengetahuan anda semua, bibir juga mempunyai lapisan kulit epidermis yang memiliki sel penting bagi menghasilkan protein keratin – ia begitu penting untuk melindungi bibir anda.
Ia berfungsi dengan cara mengeras dan mengeringkan bibir supaya dapat melindungi bibir daripada anasir luar seperti suhu, mikrob dan lain-lain, namun turut menyebabkan kesan sampingan.
Kesan sampingan yang dimaksudkan adalah keratin itu boleh membuat bibir anda menjadi lebih keras dan kering sekali gus mengakibatkan masalah bibir mudah pecah (ulser) atau isu lain.
Baca lagi artikel berkaitan:
Dalam usaha untuk memastikan bibir anda kekal sihat, selamat dan cantik, ada banyak perawatan yang mungkin boleh dicuba termasuk skrub supaya protein ini dapat dibuang daripada bibir.
Selain itu juga, skrub bibir boleh membuat produk gincu termasuk lipstick, lip gloss, lip balm dan lain-lain tahan lebih lama ekoran lapisan luar bibir dapat menyerap kandungan dengan baik.
Dalam erti kata lebih mudah, perawatan tersebut penting bagi membuang sel kulit mati daripada bibir!
Berapa kerap anda boleh scrub bibir?
Meskipun kami kata ada banyak manfaat skrub bibir, namun anda tidak boleh melakukan ia dengan amat kerap kerana bibir masih memerlukan lapisan protein keratin untuk membantu melindunginya.
Kekerapan yang bagus untuk perawatan ini adalah hanya sekali seminggu atau sekali dalam 2 atau 3 minggu terutama jika bibir anda jarang mengalami sebarang masalah seperti ulser yang teruk.
Dalam pada itu, tabiat skrub bibir dengan terlalu kerap dan kuat bukan sahaja akan mengurangkan lapisan protein keratin terbabit, malah juga boleh mencederakan bibir sekali gus menjejaskan aspek kesihatan dan kecantikan bibir individu itu sendiri.
Jadi, adalah sangat penting untuk anda skrub bibir dengan kekerapan, alat dan bahan yang sesuai!
Panduan memilih produk scrub bibir di pasaran!
Ya, memang benar bahawa anda boleh sahaja cari dan beli produk skrub bibir di pasaran. Namun, kadangkala produk yang ada di pasaran itu mungkin tidak begitu sesuai untuk semua individu.
Sekiranya masih mahu mencuba, anda perlu memilih apa kandungan yang paling baik untuk bibir:
#1. Jeli petroleum
Jeli petroleum memiliki campuran minyak mineral, lilin mikrokristal, pafarin serta lain-lain yang mampu membantu mencegah bibir daripada kehilangan terlalu banyak air dan kelembapan.
Dengannya, ia mampu membuat proses skrub bibir menjadi lebih lancar, selesa malah tidak pula menyakitkan. Ajaibnya, ia juga tidak akan mengeringkan sebaliknya melembapkan lagi bibir.
#2. Gula pasir
Gula pasir memang popular sebagai kandungan dalam produk skrub untuk kulit wajah dan badan kerana ia mempunyai tekstur kasar dan keras yang membantu proses skrub agar lebih efektif.
Ekoran tekstur yang sedemikian, ia mampu untuk mengelupaskan sel kulit mati sama ada pada wajah, badan atau bibir dengan lebih baik sekali gus akan memudahkan lagi proses perawatan skrub.
#3. Madu juga bagus untuk bibir
Madu adalah antara kandungan semula jadi yang amat bagus untuk kulit kerana ia mengandungi protein, vitamin, enzim, niacin, riboflavin, asid penting serta sifat antimikrob yang amat kuat.
Kandungan di atas mampu untuk membantu melindungi kulit daripada kecederaan semasa skrub bibir dijalankan selain mempercepatkan lagi proses penyembuhan dan pembentukan sel baru.
Tidak hanya itu, madu juga memiliki sifat humectant yang boleh membantu membuat kulit lebih lembap dan tidak kering. Jadi, madu itu memang wajib ada di dalam produk skrub bibir anda!
Apa kata anda cuba DIY sahaja di rumah?
Usah khuatir kalau tidak mempunyai masa untuk ke farmasi atau klinik, anda sendiri boleh buat scrub bibir dengan menggunakan 3 kandungan utama di atas tadi dengan cara seperti yang berikut:
- Campurkan satu senduk gula pasir dengan madu sehingga ia menjadi bentuk pes.
- Tambahkan jeli petroleum bersama opsyenel minyak zaitun, kelapa dan lain-lain.
- Kacaukan sehingga pes mula tergumpal namun tidak terlalu cair atau terlampau pekat.
- Gosokkan pada bibir sehingga anda dapat lihat atau rasa lapisan kulit luar sudah mula mengelupas.
- Keringkan bibir dengan tisu atau kain lap dengan lembut dan perlahan.
Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Cara buat scrub bibir itu tidak sukar dan boleh dicuba hari ini juga!