Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Macam Mana Nak Cari Suplemen Kolagen Terbaik? Ada 4 Rahsia Mudah Untuk Anda!
Kolagen sering dikaitkan dengan kulit tegang dan awet muda, tetapi tahukah anda bahawa manfaat kolagen untuk wanita jauh lebih luas daripada sekadar kecantikan? Seiring peningkatan usia, penghasilan kolagen semula jadi dalam badan wanita akan berkurangan, bermula seawal usia 25 tahun.
Mesti anda tertanya-tanya, kolagen terbentuk dari apa ?
Kolagen adalah protein yang bertanggungjawab untuk membentuk sendi yang sihat dan memperbaiki keanjalan kulit. Ia berada dalam tulang, otot dan darah anda, membentuk tiga perempat daripada kulit anda dan satu pertiga daripada protein dalam badan anda.
Artikel ini akan memberitahu anda rahsia mudah untuk memilih kolagen, manfaat kolagen untuk tubuh dan bila anda perlu amalkan kolagen.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Bila waktu terbaik untuk amalkan kolagen ?
Secara amnya, pada usia 25 tahun kulit masih lagi berasa tegang dan tanda-tanda penuaan tidak lagi kelihatan. Walau bagaimanapun, umur 25 adalah apabila pengeluaran kolagen badan anda mula perlahan.
Oleh sebab itu, anda akan mulai perasan garis-garis halus, kelembapan kulit yang berkurangan dan kedutan.
Selain menggunakan produk penjagaan kulit yang berkualiti, pengambilan kolagen boleh menjadi tambahan rutin anda untuk menyokong pembentukan kolagen. Tambahan pula, kolagen juga boleh rosak disebabkan gaya hidup dan diet.
5 Manfaat kolagen terbaik untuk wanita
Penggunaan kolagen dan suplemen membantu kulit menjadi lebih sihat dan cantik.
1. Membantu membaiki kesihatan kulit
Umum diketahui ramai, dengan penggunaan kolagen semualajadi, ia membantu meningkatkan kelembapan kulit, mengurangkan garis halus dan menjadikan kulit kelihatan lebih tegang serta berseri. Ia juga membantu mengurangkan masalah kulit kusam akibat tekanan dan penuaan.
Meningkatkan pengambilan kolagen terbaik untuk kulit dalam makanan boleh menambah jumlah semula jadi protein ini dalam badan dan menyokong proses kesihatan kulit anda dengan lebih baik.
2. Menguatkan tulang
Kolagen mampu menyokong otot dan tulang kerana tulang anda akan menjadi semakin rapuh apabila usia semakin meningkat.
Beberapa kajian mendapati pengambilan kolagen setiap hari boleh membantu menjadikan tulang anda lebih padat, melambatkan proses penuaan yang menjadikannya rapuh dan membantu badan anda menghasilkan tulang baru, lebih-lebih lagi jika anda wanita yang aktif atau berumur 30 tahun ke atas.
3. Meningkatkan kesihatan usus
Kolagen juga boleh membantu membina tulang rawan, kesihatan sendi, mengekalkan lapisan usus kita oleh itu menyokong kesihatan pencernaan dan menyokong fungsi imun.
Apabila dalam dalam keadaan baik, barulah anda kelihatan lebih sihat dan berkeyakinan.
4. Mampu menguatkan jisim otot
Satu kajian kecil mendapati bahawa lelaki yang mengambil suplemen kolagen semasa program latihan kekuatan selama 12 minggu menyaksikan lebih banyak peningkatan dalam jisim dan kekuatan otot berbanding mereka yang tidak.
Walaupun kajian ini dilakukan terhadap lelaki, ia juga akan memberikan kesan yang baik kepada wanita yang aktif beraktiviti.
5. Menggalak kesihatan jantung
Kesihatan jantung juga penting untuk kaum Hawa. Tanpa pengambilan kolagen yang mencukupi, badan anda berkemungkinan berlakunya penyempitan arteri. Keadaan ini akan menyebabkan serangan jantung dan strok.
Dalam kajian selama 6 bulan, 30 orang dewasa yang sihat mengambil 16 gram kolagen setiap hari. Mereka telah mengalami pengurangan ketara dalam ukuran kekakuan arteri dari permulaan kajian hingga akhir.
4 Cara mudah pilih kolagen terbaik untuk kulit
Semua wanita pasti inginkan kulit yang cantik.
1. Pastikan anda tidak mempunyai sebarang alahan
Kolagen mungkin selamat untuk kebanyakan orang, tetapi individu yang mempunyaialahan makanan, seperti alahan ikan atau kerang, harus menyemak label dan memastikan kolagen yang mereka pilih tidak mengandungi bahan tersebut. Memandangkan kolagen ialah produk berasaskan haiwan, individu beragama Islam, vegetarian, vegan dan mungkin berhati-hati semasa memilih suplemen kolagen.
2. Mengandungi kolagen hidrolisis
Tidak lengkap rasanya suplemen kolagen tanpa kolagen hidrolisis. Kolagen hidrolisis mempunyai molekul yang lebih kecil, menjadikannya lebih mudah diserap oleh tubuh. Ini membantu kolagen bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terutamanya pada kulit dan sendi.
3. Mengandungi sumber kolagen terbaik
Berikut ialah kolagen semulajadi yang anda boleh amalkan untuk manfaat kulit dan tubuh.
Sup tulang diperbuat daripada ayam, daging lembu atau ikan
Makanan laut tertentu seperti kulit ikan dan tulang.
Produk yang diperbuat daripada bahagian haiwan seperti tulang dan ligamen, termasuk sup. tulang.
Telur terutamanya kuning telur, mengandungi nutrien yang boleh menyokong penghasilan kolagen dalam badan.
Daging merah tanpa lemak boleh mengandungi sejumlah besar kolagen, terutamanya apabila dimasak pada suhu rendah dan menggunakan kaedah memasak perlahan
3. Diperkaya dengan vitamin C
Tahukah anda, kajian praklinikal menunjukkan bahawa vitamin C mempunyai potensi untuk mempercepatkan penyembuhan tulang selepas patah tulang, meningkatkan pembentukan kolagen jenis I, dan mengurangkan parameter tekanan oksidatif.
Mudah kata, tanpa vitamin C, penyerapan kolagen tidak berlaku secara optimum.
Jadi, pastikan semasa memilih suplemen kolagen terbaik, ia mengandungi vitamin C ya!
4. Bebas gula dan bahan kimia berbahaya
Kolagen terbaik untuk wanita seharusnya rendah gula, bebas bahan pengawet berbahaya dan sesuai untuk pengambilan jangka panjang.
Hal ini kerana,gula tambahan yang tinggi dan makanan yang diproses boleh menyebabkan penuaan pramatang yang boleh menyumbang kepada proses yang dipanggil glikasi, yang mengurangkan perolehan kolagen dan mengganggu keupayaan kolagen untuk berinteraksi dengan sel dan protein di sekelilingnya.
6 Rahsia kulit glowing.
Amalkan kolagen terbaik untuk kecantikan jangka masa panjang.
Kolagen terbaik untuk wanita bukan sekadar trend kecantikan, tetapi satu pelaburan jangka panjang untuk kesihatan dan keyakinan diri. Dengan memilih kolagen yang berkualiti, sesuai dengan keperluan usia dan diambil secara konsisten, kulit akan menjadi lebih cantik, tubuh lebih sihat dan kehidupan yang lebih aktif.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
1. What Is Collagen, and What Does It Do for You?. https://www.healthline.com/nutrition/collagen#side-effects-of-supplements . Accessed on 27 Jan, 2026
2. Choosing a collagen that’s right for you. https://www.healthpost.co.nz/blog/guide-choosing-a-collagen-thats-right-for-you/ . Accessed on 27 Jan, 2026
3. What is collagen and how to choose the best supplement. https://swissnaturalmed.ch/en/blogs/magazine/cose-il-collagene-e-come-scegliere-il-migliore? . Accessed on 27 Jan, 2026
4. Should you take collagen supplements? . https://www.uclahealth.org/news/article/should-you-take-collagen-supplements . Accessed on 27 Jan, 2026
5. Collagen benefits: Should I take a supplement?. https://www.mdanderson.org/cancerwise/should-i-take-a-collagen-supplement.h00-159462423.html . Accessed on 27 Jan, 2026
6. Benefits of Hydrolyzed Collagen and How to Use It. https://www.verywellhealth.com/hydrolyzed-collagen-5082613 . Accessed on 27 Jan, 2026
What You Need to Know About the Health Benefits of Collagen . https://www.healthline.com/nutrition/collagen-benefits . Accessed on 27 Jan, 2026
DePhillipo, N. N., Aman, Z. S., Kennedy, M. I., Begley, J. P., Moatshe, G., & LaPrade, R. F. (2018). Efficacy of Vitamin C Supplementation on Collagen Synthesis and Oxidative Stress After Musculoskeletal Injuries: A Systematic Review. Orthopaedic journal of sports medicine, 6(10), 2325967118804544. https://doi.org/10.1177/2325967118804544 . Accessed on 27 Jan, 2026
Versi Terbaru
21/09/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor