backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

9 Jenis Makanan Pesakit Autoimun MESTI Elak, Lagi-Lagi Penghidap Lupus!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/02/2024

    9 Jenis Makanan Pesakit Autoimun MESTI Elak, Lagi-Lagi Penghidap Lupus!

    Bagi mereka yang menghidap penyakit autoimun, anda tidak boleh makan sembarangan mengikut kehendak anda. Ini kerana, ada sesetengah makanan yang boleh memicu simptom penyakit anda menjadi lebih teruk. Kami senaraikan di sini beberapa jenis minuman dan makanan yang dilarang untuk penyakit autoimun. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa itu penyakit autoimun?

    makanan yang dilarang untuk penyakit autoimun
    Penyakit autoimun boleh menyebabkan kulit mengalami keradangan.

    Penyakit autoimun adalah keadaan di mana sistem imun badan menyerang serta merosakkan tisu dan organ badan anda sendiri.

    Ini berlaku kerana sistem imun tersilap dalam mengenal pasti sel-sel badan sebagai ancaman dan melancarkan respons imun untuk memusnahkannya.

    Antara contoh-contoh penyakit autoimun termasuklah lupus, rheumatoid arthritis dan psoriasis.

    Pesakit penyakit autoimun perlu berhati-hati dengan pemakanan mereka untuk mengelakkan perkembangan penyakit dan mengurangkan kekerapan simptom yang berlaku.

    Jadi, apakah makanan yang dilarang penderita autoimun?

    Senarai makanan yang dilarang untuk penyakit autoimun

    makanan yang dilarang untuk penyakit autoimun
    Gluten biasa boleh menyebabkan tindak balas autoimun dalam badan.

    Bagi anda yang menghidap penyakit autoimun, adalah wajib untuk mengetahui jenis-jenis makanan yang boleh memicu simptom penyakit anda.

    Walaupun jenis makanan pemicu ini tidak sama antara satu penyakit autoimun dengan yang lain, namun di bawah ini adalah antara jenis makanan yang biasa menjadi pemicu untuk kebanyakan penyakit autoimun.

    Antara makanan yang dilarang untuk penyakit autoimun ialah:

    • Gula dan pemanis buatan: Gula boleh menyebabkan keradangan dan memburukkan lagi simptom yang anda alami. Pemanis buatan seperti aspartam juga boleh memicu reaksi imun
    • Produk tenusu: Tenusu dan produk tenusu juga boleh meningkatkan keradangan dan memburukkan simptom bagi sesetengah penderita autoimun
    • Gluten: Gluten, yang terdapat dalam gandum, barli dan rye, boleh menyebabkan reaksi imun pada individu yang sensitif. Ini boleh berlaku terutamanya dalam kalangan mereka yang menghidap penyakit seliak
    • Makanan berminyak dan makanan yang digoreng: Makanan seperti ini sangat tinggi dengan kandungan lemak trans. Ia boleh meningkatkan keradangan dan risiko penyakit jantung
    • Alkohol: Alkohol juga boleh mengganggu fungsi sistem imun dan meningkatkan risiko jangkitan
    • Makanan yang diproses: Makanan yang diproses mengandungi bahan kimia dan pengawet yang boleh memicu reaksi imun badan

    Senarai makanan yang dilarang penderita penyakit lupus

    Bagi penyakit lupus secara khusus, terdapat jenis-jenis makanan lain yang boleh memburukkan simptom penyakit tersebut.

    Antara makanan yang dilarang untuk penyakit lupus ialah:

    • Bawang putih dan bawang merah: Bawang putih boleh mengaktifkan sistem imun yang kemudiannya boleh memburukkan simptom lupus. Bawang merah juga boleh memiliki kesan yang sama seperti bawang putih
    makanan yang dilarang untuk penyakit autoimun
    Antara kesan pengambilan bawang putih terhadap kanser paru-paru.
    • Alfalfa antara makanan yang dilarang penderita penyakit lupus: Alfalfa mengandungi kandungan L-canavanine yang boleh menyebabkan penyakit lupus menjadi lebih teruk
    • Daging merah juga makanan yang dilarang penderita penyakit lupus: Daging merah diketahui sangat tinggi kandungan lemak. Ia perlu dielakkan oleh mereka yang menghidap penyakit lupus kerana boleh meningkatkan tahap keradangan

    Reaksi makanan yang dilarang untuk penyakit autoimun tidak sama antara individu!

    Setiap individu mungkin mempunyai reaksi yang berbeza terhadap makanan tertentu.

    Oleh itu, adalah penting untuk memantau reaksi badan dan mengelakkan makanan yang menyebabkan atau memburukkan lagi simptom penyakit anda.

    Konsultasi bersama pakar pemakanan juga boleh membantu dalam menentukan diet yang sesuai dan seimbang.

    Ini bagi mengurangkan simptom penyakit autoimun dan meningkatkan kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.

    Kesimpulan

    Kini anda telah tahu senarai makanan yang dilarang untuk penyakit autoimun.

    Elakkan makanan yang boleh menyebabkan keradangan dan fokus kepada diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan sumber protein rendah lemak.

    Oleh sebab itu, amat penting untuk berunding dengan doktor atau pakar pemakanan bagi merancang diet yang sesuai dengan keperluan khas individu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan