
Hari perkahwinan adalah detik paling istimewa dalam hidup setiap wanita. Sudah tentu, setiap pengantin ingin tampil cantik, berseri dan memukau di hadapan pasangan serta tetamu. Namun, tidak semua orang selesa dengan solekan tebal atau berlebihan. Kini, individu lebih gemar cara makeup simple dan natural kerana ia menyerlahkan kecantikan asli tanpa kelihatan terlalu berat.
Dengan teknik yang betul, makeup simple bukan sahaja nampak elegan, malah tahan lama sepanjang majlis. Tapi kadangkala, makeup juga mudah bercapuk atau tidak melekat dengan sempurna. Apa pula puncanya ya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
3 Punca utama kenapa makeup tidak terletak pada wajah
1. Kesan chemical peeling (pengelupasan)
Jika anda telah melakukan chemical peel, anda perlu menahan diri daripada melakukan banyak perkara kerana ia membuatkan kulit anda kelihatan kemerahan dan mengelupas disebabkan sel kulit mati.
Elakkan diri daripada bersolek dan berada dalam keadaan panas seperti bersauna atau mandi air panas.
Nak tahu kenapa?
Keadaan ini boleh merengsa dan merosakkan kulit anda yang sedang memulih. Tiada guna anda menutup kemerahan atau kulit mengelupas dengan cara makeup anti badai sedangkan anda memilih melakukan rawatan chemical peel untuk dapatkan kulit yang cantik. Ketika ini juga, makeup yang digunakan pun tidak dapat kekal di wajah!
Sebab itu anda disarankan melakukan rawatan ini 2 ke 3 minggu sebelum hari bahagia anda bagi mendapatkan kulit yang cantik dan mulus kelak.
Oleh itu, anda perlu bersabar dan urus masa dengan baik jika ingin melakukan sebarang rawatan agar tidak menyesal kerana kulit anda tidak boleh sembuh dalam masa sehari!
2. Hiperdirsosis (peluh berlebihan)
Anda perlu faham jika anda mengalami peluh yang berlebihan, ia akan membuatkan sebarang cara makeup simple atau soft glam atau apa-apa jenis makeup tidak akan kekal pada wajah.
Untuk dapatkan cara makeup yang betul dan kekal pada wajah, anda perlu lakukan perkara berikut:

- Tuam muka anda dengan ais. Anda juga boleh pakai sheet mask
- Bersolek dan melakukan majlis perkahwinan yang ada penghawa dingin
- Kawal perasaan nervous di hari bahagia
- Beritahu MUA tentang keadaan kulit anda. Mereka pasti lebih tahu untuk gunakan produk yang bersesuaian.
- Gunakan blotting paper untuk mengelap peluh. Tetapi, cukup dengan ‘dap’ atau tekan perlahan pada bahagian yang berpeluh—jangan digosok! Jika tidak, solekan anda boleh pudar!
- Minta MUA lakukan cara makeup yang tidak tebal dan anti badai.
3. Kulit dehidrasi, buat cara makeup simple mudah pudar!
Kulit kering dan kulit dehidrasi ialah keadaan kulit yang berbeza. Kulit dehidrasi ialah keadaan kulit yang kekurangan air, manakala kulit kering kekurangan minyak semula jadi (sebum).
Mudah kata, kulit kering adalah jenis kulit, manakala kulit dehidrasi adalah keadaan yang berlaku disebabkan faktor persekitaran.
Oleh itu, kulit dehidrasi ini memerlukan penjagaan seperti minum air dan dapatkan tidur yang cukup dan gunakan produk seperti hyaluronic acid. Keadaan kulit dehidrasi ini bersifat sementara sahaja.
Jadi, anda tidak perlu risau dan teruskan menjaga kulit sehingga tarikh istimewa anda. Nak request cara makeup tahan lama pun tidak lagi menjadi masalah! Sebab solekan tanpa cela dan tahan lama bergantung pada asas yang kukuh iaitu hidrasi kulit.
Jika anda membiarkan 3 keadaan kulit wajah anda seperti di atas, MUA yang ternama pun tidak mampu mencantikkan wajah anda.
Apa yang perlu buat untuk elakkan makeup bercapuk?
- Hentikan penggunaan produk pengelupasan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum hari bahagia anda. Ketika ini, anda hanya perlu fokus kepada hidrasi kulit.
- Bersedia dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku, mengikut jenis masalah kulit anda.
- Kekalkan kelembapan kulit sehingga sebelum waktu bersolek.
- Cuci muka setiap hari.
- Exfoliate kulit anda 1-2 kali seminggu.
- Dapatkan MUA yang betul dan menepati cita rasa anda!
Kesimpulan
Cara makeup simple yang menjadi pilihan anda tidak salah tapi yang salah jika anda tidak menjaga kulit dengan betul hingga menyebabkan anda sengsara di hari bahagia!
Diharapkan anda tidak melakukan perkara yang perlu dielakkan yang kami kongsikan di atas, barulah anda kekal cantik dan berseri di majlis perkahwinan anda tidak lama lagi!














