Pernahkah anda rasa gatal pada celah kelangkang atau paha yang sangat teruk sampai tidak larat untuk menggaru lagi? Selain mendapatkan nasihat doktor, mungkin ubat gatal celah kelangkang dan celah peha di farmasi mampu membantu dan merawat masalah anda itu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Apa punca dan kesan kegatalan di celah itu?
Kegatalan pada kulit adalah suatu perkara yang normal kerana wujud satu reseptor di dalam organ terbesar ini iaitu pruriceptors – yakni saraf untuk mengesan dan merespon stimulasi gatal.
Rasa gatal itu juga merupakan satu tindak balas dari tubuh badan (pruritus) yang memberi isyarat bahawa mungkin wujud anasir jahat pada kulit supaya tidak datang kesan membahayakan.
Dalam pada itu, kegatalan juga boleh terjadi di seluruh anggota tubuh badan dan tidak terkecuali di celah kelengkang atau paha. Persoalannya, apa punca serta faktor risiko keadaan tersebut?
Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak punca yang boleh jadi punca kegatalan itu antaranya:
- Gigitan serangga dan haiwan kecil
- Masalah kulit kering
- Masalah berat badan
- Jangkitan di kulit akibat mikrob
- Alahan pada kulit akibat alergen
- Petanda pelbagai jenis penyakit
- Tahap kebersihan yang kurang baik
Kesannya, ia sudah pasti bakal membuat kalian menggaru kulit sehingga merah, sakit, terluka lalu berdarah. Jadi, anda kena cepat cari ubat gatal celah kelangkang dan celah peha di farmasi!
Apa anda boleh buat dengan kegatalan ini?
Secara logik akal, memang benar menggaru merupakan tindak balas pertama anda akan buat kalau rasa gatal pada kulit tetapi ia juga boleh merengsakan jika dilakukan dengan kuat dan kerap.
Maka, sila lihat semula semua punca dan faktor risiko di atas tadi dan kenalpasti jika anda juga ada salah satu daripadanya. Kemudian, dapatkan informasi serta nasihat lanjut daripada doktor.
Bergantung pada diagnosis, anda mungkin akan diberikan ubatan atau rawatan khusus agar dapat menyelesaikan masalah pada kulit. Ini akan memberi anda lebih jaminan yang tentu selamat.
Dalam masa yang sama, tidak salah untuk individu cuba cari ubat gatal celah kelangkang dan celah peha di farmasi, klinik atau pusat kesihatan lain asalkan ia produk yang dipercayai oleh pakar!
Ubat gatal celah kelangkang & celah peha di farmasi!
Sebenarnya, wujud beberapa jenis ubat gatal di pasaran kini yang anda boleh cuba seperti berikut:
Ubat gatal celah kelangkang di farmasi #1. Steroid topikal
Tanpa memerlukan sebarang preskripsi doktor, ubat ini sangat sesuai digunakan pada kulit yang mengalami kegatalan atau keradangan termasuk akibat ekzema, dermatitis atau psoriasis.

Menariknya, ia juga boleh didapati dalam pelbagai tahap kekuatan, formula jenis dan bentuk iaitu salap, krim, gel atau semburan, bergantung kepada keperluan individu masing-masing.
Meskipun mungkin ada kesan sampingan, anda boleh mengurangkan risiko dengan menggunakan ubat pada tahap kekuatan rendah seperti ubat hidrokortison yang efektif serta selamat.
Ubat gatal celah kelangkang di farmasi #2. Anestetik topikal
Kebiasaannya, ubat ini digunakan untuk mengebaskan sekali gus menghilangkan kesakitan pada kulit namun ia turut boleh disapukan di atas kulit yang sedang mengalami kegatalan teruk.
Popular sebagai ubat untuk merawat gigitan serangga atau haiwan kecil, ia berfungsi dengan cara menyekat hujung saraf deria rasa dalam kulit daripada menghantar isyarat kepada otak.
Lebih dikenali dengan nama benzoine, ia amat mudah ditemui di farmasi atau klinik. Pun begitu, sesetengah jenis ubat ini boleh membawa kesan sampingan iaitu timbul ruam pada kulit.
Ubat gatal celah peha di farmasi #3. Antihistamin
Sekiranya kegatalan pada celah kelangkang dan paha itu adalah disebabkan oleh alahan, individu mungkin perlu mengambil ubat antihistamin untuk menghalang histamin, penyebab gejala alergi yang dipicu oleh alergen, daripada membawa gejala dan komplikasi.

Contohnya, anda mungkin akan rasa gatal pada kulit selepas makan makanan laut angkara alahan.
Dengan ubat ini, ia akan dapat menghentikan gejala dan komplikasi itu daripada terus berlanjutan.
#4. Pelbagai kaedah tradisional anda boleh cuba!
Selain kaedah perubatan moden, anda juga mungkin boleh cuba sapukan bahan-bahan ini di kulit yang sedang mengalami kegatalan. Diingatkan, kesannya berbeza bergantung pada individu!
Konklusinya, ada banyak jenis ubat dan bahan tradisional anda boleh cuba kalau celah kelangkang dan paha anda sering gatal. Namun, sila dapatkan informasi dan nasihat doktor dahulu ya?