backup og meta

Kongsi Produk Penjagaan Muka Dengan Pasangan Punca Kulit 'Breakout', Betul Ke? Ini Penjelasan Yang Tepat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

    Kongsi Produk Penjagaan Muka Dengan Pasangan Punca Kulit 'Breakout', Betul Ke? Ini Penjelasan Yang Tepat!

    Sebenarnya tanpa disedari, ramai pasangan suami isteri di luar sana yang sering berkongsi produk penjagaan kulit muka yang sama. Ini kerana mereka beranggapan,  langkah penjagaan muka asas1 untuk lelaki dan wanita adalah tidak jauh berbeza. Namun, adakah rutin penjagaan muka dan produk penjagaan muka lelaki dan wanita itu sebenarnya sama?

    Mari baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui jawapannya!

    Rutin Dan Langkah Penjagaan Muka Antara Lelaki & Wanita: Sama Ke?

    Betul ke produk penjagaan muka sebenarnya tidak membezakan jantina dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana kulit muka lelaki dan wanita tidak jauh berbeza? Jawapannya salah. Meskipun kulit antara lelaki dan wanita kelihatan hampir sama, tetapi ia tidak semestinya 100% serupa2.

    Langkah penjagaan muka dan rutin membersihkan muka mungkin adalah sama, namun adalah harus diingatkan bahawa tahap hormon di dalam badan lelaki dan wanita sebenarnya amat berbeza.

    Tahap estrogen sebenarnya lebih tinggi di dalam badan wanita, manakala testosteron pula lebih tinggi di dalam badan lelaki. Hormon yang wujud ini mampu mengubah struktur kulit, penghasilan kolagen, minyak pada muka, pori wajah dan sebagainya.

    Kajian juga mendapati hormon testosteron antara punca kulit lelaki 20% lebih tebal berbanding wanita kerana ia mengandungi lebih banyak kolagen dan elastin yang bertanggungjawab untuk menjaga keanjalan kulit.

    Selain itu, hormon estrogen juga boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata lebih kerap terjadi kepada wanita. Oleh sebab lelaki kurang mengalami masalah ini, kerana itulah kebanyakan produk penjagaan muka di luar sana dihasilkan untuk memenuhi keperluan wanita sahaja.

    3 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggunakan Produk Penjagaan Muka Lelaki, Bukannya Berkongsi Dengan Pasangan!

    produk penjagaan muka lelaki

    Produk kecantikan yang dikhususkan untuk kulit wanita memang seronok untuk dipakai, lebih-lebih lagi apabila isteri yang beli. Tak perlu anda menyusahkan diri untuk memilih produk penjagaan muka lelaki di pasaran, kan?

    Biarpun begitu, anda digalakkan untuk membaca terlebih dahulu kandungan yang terdapat di dalam produk penjagaan muka itu, kerana anda harus memilih produk penjagaan kulit yang khas untuk menjamin keseimbangan kelembapan kulit anda sendiri.

    Berikut antara tiga sebab lain mengapa anda tidak boleh sewenang-wenangnya memilih produk penjagaan kulit atau berkongsi produk yang sama dengan pasangan:

    1. Tahap testosteron tinggi

    Selain menebal dan menganjalkan kulit, hormon testosteron juga berpotensi membuatkan kulit anda 10 kali ganda lebih berminyak daripada kulit wanita3.

    Lelaki mempunyai liang pori yang lebih besar dan mengeluarkan lebih banyak sebum (minyak semula jadi daripada kulit) dengan tekstur yang lebih pekat berbanding wanita. Ini merupakan punca liang pori buat kaum lelaki lebih senang tersumbat.

    Di samping itu, sebenarnya, kulit berminyak lebih sukar untuk dibersihkan daripada sel-sel kulit mati. Jadi, penjagaan muka yang khusus untuk lelaki adalah lebih elok untuk diamalkan apabila berada di dalam keadaan ini.

    2. pH kulit lebih rendah antara sebab anda perlu menggunakan produk penjagaan muka lelaki

    Lapisan kulit paling luar yang dikenali sebagai barrier amat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV, debu, pencemaran, bakteria dan bahan kimia. Ia merupakan gabungan antara sebum, asid laktik dan asid amino. Barrier kulit membantu untuk mengawal pH kulit anda di antara pH 4-6.

    Oleh sebab pH kulit lelaki adalah lebih rendah, mereka lebih cenderung untuk mendapat jerawat1. Namun, kelembapan kulit lelaki sebenarnya lebih baik berbanding wanita kerana barrier kulit mereka adalah lebih kuat.

    3. Kulit sekitar janggut lebih sensitif

    produk penjagaan muka lelaki

    Tahukah anda tindakan mencukur sebenarnya boleh mengganggu barrier kulit, lebih-lebih lagi di sekitar kawasan janggut? Oleh sebab itu, kawasan tersebut lebih mudah untuk mendapat kerengsaan mekanikal, ingrown hair dan folikulitis.

    Akan tetapi, penggunaan produk penjagaan muka lelaki dapat membantu membaiki kulit anda setiap hari.

    Kerana tiga sebab di atas, anda harus memilih produk penjagaan muka lelaki yang terbaik bagi membantu menjaga kelembapan kulit. Berita baiknya, kenyataan ini juga bergantung kepada produk yang anda pilih!

    Ada sesetengah produk yang bersifat bebas jantina. Jom kita lihat apakah produk-produk tersebut yang boleh membantu anda, terutamanya buat kaum lelaki yang baru mula ingin menjaga kesihatan kulit!

    6 Produk Penjagaan Muka Lelaki Terbaik

    Berikut antara produk penjagaan wajah yang sesuai digunakan untuk lelaki dan juga wanita:

    1. Skin Cleanser

    Langkah penjagaan muka yang paling penting sekali sudah semestinya memilih pencuci muka yang terbaik bagi membantu mengembalikan kelembapan kulit sel serta membersihkan kulit muka tanpa menyingkirkan minyak semula jadi kulit1.

    Gunakan pencuci muka yang berupaya membersih sambil menghidratkan kulit secara aktif, tanpa menghakis pelindung semula jadi kulit.

    Cari produk pencuci muka yang berkesan dan bersesuaian untuk semua jenis kulit dengan kandungan pH yang seimbang, bebas sabun dan pewangi.

    2. Cleansing Bar

    Tidak dinafikan, kebanyakan kaum Adam lebih gemar menggunakan sabun muka jenis buku sebagai pencuci muka. Jika anda salah seorang daripadanya, Cleansing Bar adalah antara produk penjagaan muka lelaki yang harus dijadikan pilihan.

    Dapatkan sabun muka jenis buku yang turut boleh digunakan pada kulit badan setiap hari ketika mandi bagi memudahkan anda!

    Sabun yang dapat membekalkan lembapan serta memastikan kulit sentiasa lembut dan bersih sepanjang hari harus menjadi keutamaan anda.

    3. Moisturising Cream

    Moisturising Cream boleh bertindak sebagai pelembap kulit wajah dan badan4.

    Produk yang mengandungi emolien dan humektan boleh memastikan kulit mendapat penghidratan berpanjangan. Ia bagi mendapatkan kulit yang lebih lembut, halus dan sihat.

    4. Facial Moisturizer Dengan SPF 15

    Produk dengan dwi-tindakan yang memberi kulit penghidratan dan perlindungan daripada sinar UV harus anda utamakan.

    Beli hanya produk yang sesuai untuk semua jenis kulit, bersifat ringan, tidak menyumbatkan pori dan sesuai untuk kegunaan harian.

    5. Sunblock Dengan SPF 50+

    Penggunaan losyen pelindung matahari adalah penting bagi meratakan warna kulit badan, memastikan kulit terlindung daripada sinaran matahari, lalu mengurangkan risiko kanser kulit5.

    Dapatkan produk yang memberi perlindungan menyeluruh terhadap sinaran UV bagi memelihara kesihatan kulit anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan