home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kosmetik: Cantik Tapi Berbahaya!

Kosmetik: Cantik Tapi Berbahaya!

Kosmetik kini sudah menjadi keperluan bagi setiap wanita khusunya. Disebalik kecantikan, kosmetik juga ada keburukan sampingan tanpa anda sedari. Ia tidak bermakna kosmetik anda tidak berfungsi dengan baik tetapi ia disertai kesan yang berbahaya.

1. Sakit kepala

Sakit kepala adalah sangat biasa selepas bersolek dalam tempoh masa yang lama. Umumnya wanita berasa kepeningan, kepenatan dan selepas pendedahan berpanjangan kepada solekan yang tebal. Oleh itu, pastikan tidak memakai kosmetik tidak terlalu lama dan jika anda perlu menghabiskan banyak masa, lebih baik bersoleh nipis untuk mengelakkan sakit kepala.

2. Penyakit kulit dan reaksi

Penyakit dan tindak balas kulit telah menjadi masalah biasa dengan menggunakan krim, dan pelindung matahari. Mungkin ada perubahan kulit kekal atau kerosakan teruk pada kulit, dan kerosakan kulit terutama pada wajah mungkin sangat menyiksakan. Terdapat pelbagai isu yang teruk melibatkan kulit seperti kanser kulit, pada masa ini kanser kulit tidak mudah diubati.

3. Jangkitan mata

Solekan mata digunakan secara meluas oleh wanita walaupun ia tidak digunakan secara berat. Walaubagaimana pun, penting untuk diingat bahawa mata dan kulit di sekelilingnya adalah kawasan yang paling sensitif di wajah anda. Lapisan solekan mata boleh merosakkan mata anda kerana ia juga tergelincir ke mata anda melalui sudut yang menyebabkan kerengsaan. Terlalu banyak maskara dan penggaris mata (eyeliner) menghalang pertumbuhan bulu mata dan juga menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan kerengsaan dan jangkitan.

4. Penuaan

Apabila anda menggunakan kosmetik terlalu lama, bahan kimianya cenderung merosakkan kulit secara kekal. Anda muka boleh melihat tanda-tanda penuaan kulit seperti kedutan atau penipisan kulit muka dan badan anda. Walaupun solekan membantu anda menyembunyikan atau menutup kekurangan kulit, kesan jangka panjang mungkin tidak produktif.

5. Perubahan warna kulit

Produk kulit seperti pelindung matahari, pelembap, toner, dan krim mengandungi agen yang melunturkan atau menghitamkan kulit. Produk kosmetik yang menggunakan bahan-bahan berkualiti rendah yang tidak dikawal boleh menyebabkan perubahan warna kulit. Kesannya boleh menjadi bertompok, pigmentasi, nada kulit yang tidak sekata, kemerahan, dan berbintik. Walaupun kulit anda dimaksudkan untuk melindungi anda, ia juga sangat sensitif dan perlu dirawat dengan baik. Jadi elakkan menggunakan produk kimia untuk rutin penjagaan kulit harian anda.

6. Ketidakseimbangan hormon

Penggunaan kosmetik yang berpanjangan boleh memberi kesan kepada sistem endokrin dan mengganggu fungsi kelenjar tiroid anda. Triclosan adalah sebatian kimia yang biasa digunakan dan boleh didapati dalam produk seperti skrub menanggalkan jerawat dan deodoran supaya ia bebas daripada kuman. Dengan penggunaan biasa, triclosan akan diserap dan terkumpul di dalam badan dan mempengaruhi kelenjar tiroid menyebabkan ketidakseimbangan dalam rembesan hormon. Ini boleh menyebabkan keadaan berkaitan tiroid seperti sakit kepala, berat badan, dan kemurungan.

7. Jerawat

Ini adalah kesan sampingan solekan yang kebanyakan wanita akan alami. Kulit adalah sebahagian daripada badan anda sebagai organ lain. Ia juga perlu bernafas dan berkembang. Apabila anda menutup kulit anda dengan solekan, anda juga akan menyumbatnya. Beberapa jenis kosmetik berbentuk cecair dan krim menyumbat liang-liang di kulit anda. Ini menyebabkan pembentukan bintik hitam, apabila tidak dibersihkan secara teratur boleh membentuk jerawat. Jadi pastikan anda membersihkan solekan secara menyeluruh dengan pembersih semula jadi sebelum tidur.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Top 10 Harmful Effects of Using Cosmetics https://listcrux.co/top-10-harmful-effects-of-using-cosmetics/ Accessed on June 22, 2018.

10 Harmful Side Effects Of Makeup https://www.curejoy.com/content/harmful-side-effects-of-makeup/ Acessed on June 22, 2018.

 

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 13/09/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x