home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Cara Melindungi Lapisan Pelindung Kulit Anda

Cara Melindungi Lapisan Pelindung Kulit Anda

Lapisan pelindung kulit anda adalah lapisan paling atas epidermis anda. Ia berfungsi sebagai perisai untuk melindungi anda dari persekitaran, jangkitan, toksik dan radikal UV. Jika kulit anda sihat, lapisan ini akan kelihatan licin dan lembut. Apabila ia rosak, kulit anda akan kelihatan kasar, tidak berseri dan merengsa.

Lapisan pelindung kulit anda semakin melemah dengan peningkatan usia. Walau bagaimanapun, di samping faktor penuaan, cara anda menangani kulit anda jug mempengaruhi keadaan pelindung lapisan kulit anda. Seperti yang anda tahu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Untuk melindungi lapisan pelindung kulit anda, amalkan rutin penjagaan kulit yang sesuai dengan keperluan anda. Elakkan astringen dan alkohol serta sebarang produk yang menyebabkan kulit anda berasa ketat atau terbakar. Walaupun anda merasa selesa menyental bersih muka anda, kurangkan pengelupasan fizikal kerana boleh menyebabkan luka kecil pada kulit anda. Air suam sangat sesuai untuk mencuci wajah anda. Air yang terlalu panas atau terlalu suam tidak sesuai untuk lapisan pelindung kulit anda kerana menyebabkan penyingkiran minyak semula jadi daripada kulit anda. Sinaran UV boleh menyebabkan kerosakan serius pada kulit anda. Oleh itu, jangan lupa untuk memakai krim pelindung matahari sebelum keluar untuk penjagaan terbaik kulit anda.

Sekalipun lapisan pelindung kulit anda sudah rosak, anda masih boleh memperbaikinya dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan penyembuhan seperti seramida, asid hyaluronik dan gliserin. Anda juga boleh membina kembali lapisan pelindung kulit anda daripada dalam dengan mengambil makanan tambahan. Seramida yang dimakan diketahui dengan keupayaannya meningkatkan kelembapan kulit dan meredakan kerengsaan. Omega juga baik untuk kulit anda juga. Banyakkan pengambilan makanan kaya omega (ikan air sejuk, contohnya) untuk membekalkan kulit anda dengan nutrien yang diperlukan untuk sembuh dan tumbuh. Keadaan mental anda juga memberi kesan yang besar kepada kulit anda. Amalkan gaya hidup sihat dan tangani tahap tekanan anda. Rutin penjagaan kulit yang paling menyeluruh dan mahal sekalipun tidak akan dapat membantu jika anda kerap mengalami tekanan harian.

Lapisan pelindung kulit anda sangat penting atas pelbagai aspek. Bukan sahaja untuk kecantikan bahkan untuk kesihatan anda. Mujurlah anda tidak memerlukan produk mewah untuk melindungi kulit anda. Beberapa perubahan positif dalam rutin penjagaan kulit dan gaya hidup sudah cukup untuk mendapatkan keadaan kulit yang anda sentiasa idamkan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Your Skin’s Barrier: Why It’s Such a Big Deal. http://www.paulaschoice.com/expert-advice/dry-skin/_/why-skin-barrier-is-so-important. Assessed August 27, 2016.

Sense And Sensitivity: 10 Ways To Build Up Your Skin Barrier. http://www.getthegloss.com/article/sense-and-sensitivity-how-to-build-up-your-skin-barrier. Assessed August 27, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 13/09/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x