brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Alamak, Kulit Naik Jerawat Sebab Jerebu! Nak Buat Apa Untuk Hilangkan Jerawat?

Perasan tak, jerawat di kening tiba-tiba makin banyak sejak jerebu? Hal ini kerana, jerebu boleh mengeringkan dan merengsakan kulit, dan boleh memburukkan ekzema, rosacea dan sensitiviti kulit. Zarah halus dan bahan pencemar boleh melekat pada kulit, bercampur dengan minyak dan peluh, lalu menyumbat liang roma. Jadi, apa yang boleh kita lakukan?

Alamak, Kulit Naik Jerawat Sebab Jerebu! Nak Buat Apa Untuk Hilangkan Jerawat?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Kenapa jerebu boleh menambah jerawat di muka?

Tahukah anda, jerawat di muka berlaku disebabkan lebihan minyak, sel kulit mati dan bakteria terperangkap di dalam liang?

Bakteria, yang biasanya terdapat pada kulit kita, boleh membiak dengan cepat dalam lebihan minyak.

Apabila pori-pori dipenuhi dengan bakteria, keradangan berkembang dan jerawat pun muncul.

Jerebu pula mengandungi zarah halus (PM2.5) dan bahan pencemar lain.

Saiz mikroskopik bahan zarah membolehkan ia menembusi jauh di luar permukaan kulit.

Menurut Dr Kwan Zhenli, apabila jerebu melekat pada kulit, ia boleh menyumbat liang roma dan mencetuskan keradangan. Jerebu mampu mengubah komposisi mikrobiom kulit yang menjejaskan fungsi kulit.

5 Punca jerawat di kening semasa jerebu

  1. Peluh dan minyak: Kawasan kening dan dahi ialah kawasan yang mudah berminyak. Ditambah pula, peluh dari kepala mudah mengalir ke situ.
  2. Pelitup muka: Geseran dan lembapan di bawah pelitup muka, termasuk N95, boleh mencetuskan jerawat di kening dan muka.
  3. Produk rambut: Minyak rambut, pomade dan syampu berat boleh menyentuh kawasan kening dan dahi.
  4. Alat solek kening: Produk kening seperti pensel, gel atau pomad kening yang mengandungi bahan-bahan seperti petroleum, silikon dan kopolimer VA/VP boleh menyumbat liang-liang anda dan menyebabkan jerawat dan bintik hitam.
  5. Mencukur kening : Perkara ini boleh menyebabkan keradangan folikel rambut (folikulitis).
jerawat di kening
Alat solekan di kening antara punca jerawat di kening.

9 Cara mudah atasi jerawat di kening

  1. Bersihkan muka dua kali sehari: Cuci muka anda sebaik pulang dari luar. Gunakan pencuci muka yang mengandungi bahan yang lembut dan bersesuaian.
  2. Tanggalkan solekan sepenuhnya : Pastikan anda tidak dalam keadaan solekan yang sudah ditanggalkan, terutamanya di kawasan kening.
  3. Jaga kebersihan pelitup muka: Elakkan juga menyentuh bahagian dalamnya. Tukar jika kotor atau lembap.
  4. Kekal di dalam rumah : Duduk di dalam rumah lebih baik kerana ia mengehadkan pendedahan langsung kepada zarah bawaan udara.
  5. Gunakan penapis udara di dalam rumah : Penapis udara membantu untuk memastikan udara di dalam rumah bersih.
  6. Kerapkan minum air : Minum air dapat mengekalkan kelembapan badan dan menyokong keanjalan kulit.
  7. Utamakan diet sihat yang kaya dengan antioksidan :  Makanan yang kaya antioksidan seperti tembikai, tomato, lobak merah,beri dan avokado dapat melidungi kulit dari dalam.
  8. Basuh rambut dan ikat rambut secara kerap : Dengan mencuci dan elakkan rambut daripada muka, sedikit sebanyak dapat membendung jerawat di muka.
  9. Cuba bahan seperti asid salisilik, benzoil peroksida dan retinoid :  Jangan gunakan bahan ini serentak pada kulit anda kerana ia boleh mengakibatkan iritasi. Bagi wanita hamil, anda perlu berhati-hati dengan bahan aktif seperti seperti retinoid.

Kesimpulan

Jerawat di kening semasa jerebu biasanya hasil gabungan pencemaran, peluh, pelitup muka dan produk yang digunakan.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 11 jam lalu