Betul Ke Jerebu Dah Berhenti? 7 Barang Untuk Anda Hadapi Musim Jerebu!
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Tekak gatal, mata pedih dan batuk yang tidak reda? Ia mungkin kesan jerebu. Cara terbaik untuk bersedia ialah menyemak jerebu hari ini sebelum keluar rumah dan menyediakan barang asas di rumah. Berikut tujuh barang yang boleh membantu anda dan keluarga menghadapi musim jerebu ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Semak jerebu hari ini: Fahami bacaan IPU
Jerebu hari ini berapa ?
Bacaan terkini boleh disemak melalui portal APIMS Jabatan Alam Sekitar atau aplikasi MyJAS EQMS .
| Bacaan IPU | Kategori |
|---|---|
| 0 hingga 50 | Baik |
| 51 hingga 100 | Sederhana |
| 101 hingga 200 | Tidak sihat |
| 201 hingga 300 | Sangat tidak sihat |
| Melebihi 300 | Berbahaya |
Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu dengan asma atau penyakit jantung perlu lebih berhati-hati situasi jerebu Malaysia yang sedang berlaku.
7 Barang penting untuk hadapi musim jerebu
1. Neutrovis KN95 Adult Face Respirator
Facemask adalah barang penting ketika jerebu hari ini. Anda digalakkan memakai facemask jenis N95 jika keluar daripada rumah kerana ia boleh menapis zarah halus PM2.5.
Facemask jenis kain dan 3-ply atau surgical mask tidak mampu melekap rapat pada muka. Lalu ia menjadikan partikel halus jerebu masuk dari bahagian tepi. Facemask jenis ini tidak sesuai untuk kegunaan ketika musim jerebu.
2. Levoit Vital 100s Smart Pet Air Purifier
Levoit Vital 100S Smart Pet Air Purifier direka untuk membantu menapis bulu haiwan, debu dan zarah yang berkaitan dengan alergen.
Air purifier ini mempunyai ciri pintar dan prapenapis yang boleh dibersihkan untuk membantu mengurangkan pengumpulan kotoran pada penapis utama.
Namun, model ini turut dipasarkan untuk pemilik haiwan, jadi anda perlu menyemak spesifikasi penapisan serta CADR bagi memastikan prestasinya sesuai dengan saiz ruang dan keperluan ketika jerebu.
3. Dyson V12 Detect Slim Fluffy Cordless Vacuum
Walaupun luar rumah teruk dengan jerebu, anda tetap perlu pastikan rumah dalam keadaan bersih. Dengan menggunakan teknologi Dyson, ia boleh memerangkap habuk yang ada disetiap ceruk.
Penyedut habuk ini juga mempunyai sensor yang boleh mengesan habuk yang berada di rumah tk seperti di lantai, kawasan yang sukar dicapai dan karpet. Jadi,tugas anda menjadi lebih senang!
4. Haier Air Humidifier Air Purifier Household Silent Spray
Tak lengkap rasanya jika rumah tidak ada humidifier. Tapi, apa fungsinya?
Humidifier direka untuk meningkatkan jumlah lembapan di udara, lalu memulihkan tahap kelembapan dalaman yang seimbang dan meningkatkan keselesaan udara secara keseluruhan.
Anda boleh letakkan peranti ini di bilik tidur dan ruang tamu untuk mengekalkan keadaan udara yang selesa buat anda dan keluarga.
Lebih-lebih lagi ketika musim jerebu yang membuatkan anda sering berada di dalam rumah.
5. Strepsil Sore Throat Relief Lozenges
Jika anda terkena tempias jerebu hari ini, sudah tentu akan membuatkan tekak anda terasa kering dan gatal.
Anda boleh makan lozeng Strepsil bagi melegakan tekak anda.
Strepsil menyediakan 6 jenis pilihan untuk anda. Antaranya:
- Original/Regular
- Cooling Menthol
- Extra Strong
- Orange with Vitamin C
- Chesty Cough
- Soothing Honey Lemon & Sugar Free Lemon
6. TYESO Roam Tumbler Dual Sip Stainless Steel
Pastikan anda minum air secukupnnya ketika musim jerebu ini. Jadi, pastikan anda sediakan botol air yang mudah di bawa ke mana-mana.
Botol ini mempunyai pemegang botol dan menawarkan 9 jenis warna daripada warna oren, ungu, hitam. biru, hijau, merah jambu, putih, kuning dan coklat.
Anda boleh pilih kapasiti botol yang anda inginkan kerana mereka menawarkan daripada 600ml, 750ml, 900ml, 1050ml dan paling besr ialah 1200ml.
7. BETADINE Cold Defence Nasal Spray
Jika anda alami selesema ringan ketika ini, gunakan spray hidung ini bagi memendekkan simptom selesema yang dialami.
Jangan risua, ia boleh digunakan seharian dan membantu untuk melegakan hidung yang tersumbat.
Semburan ini mengandungi carragelose semula jadi yang menghapuskan 99% virus penyebab selsema anda alami!
Kesimpulan
Sebelum keluar rumah, pastikan anda semak jerebu hari ini, kurangkan aktiviti luar apabila IPU tidak sihat dan sediakan tujuh barang di atas di rumah.
Jika gejala seperti sakit tekak, mata merah, sakit dada dan asma tidak reda, jangan tangguh berjumpa doktor.