backup og meta

Bagaimana Memilih Produk Terbaik Untuk Rambut?

Bagaimana Memilih Produk Terbaik Untuk Rambut?

Produk rambut memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada rambut anda sihat, licin, selembut sutera atau tidak. Artikel di bawah akan membimbing anda bagaimana untuk mencari produk yang sesuai mengikut individu.

Produk Rambut Kulit Berminyak

Mempunyai kulit kepala berminyak bermakna anda harus menghindari sebarang produk yang menambah penghidratan atau khusus untuk rambut kerinting. Ini kerana produk ini mempunyai kecenderungan untuk mendorong pengeluaran minyak di kulit kepala anda.

  • Baca label pada produk dengan berhati-hati untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit kepala anda. Dalam situasi sini, anda harus memilih produk yang menyatakan beralun, keseimbangan atau menguatkan kerana ia berkesan untuk menghapuskan minyak berlebihan dan cenderung menambah sedikit sahaja kelembapan.
  • Jika kulit kepala anda sangat berminyak, sebaiknya guna clarifying shampoo iaitu syampu yang dapat berfungsi mengurangkan minyak berlebihan. Tetapi jika anda menggunakannya setiap hari, ia berkemungkinan akan menyebabkan kulit kepala anda menjadi terlalu kering. Ini akan menyebabkan kulit kepala anda akan menghasilkan lebih banyak minyak.
  • Pilih produk khusus untuk kulit kepala berminyak dan rambut berwarna.
  • Sekiranya mempunyai kulit kepala berminyak, anda cenderung mempunyai bahagian hujung rambut yang kering, elakkan dari menggunakan perapi. Namun sekiranya ingin menggunakan perapi, cara yang betul untuk menggunakannya adalah dengan meletakkan ia pada bahagian tengah dan hujung rambut sahaja. Bilas dengan bersih selepas itu.

Produk Rambut Kulit Kepala Kering

Bagi individu yang memiliki kulit kepala jenis kering, sangat penting untuk mengelakkan produk yang mengandungi sulfat atau mengatakan menguatkan dan beralun kerana cenderung untuk menghilangkan kelembapan yang diperlukan kulit kepala anda.

  • Jika kulit kepala anda hanya sedikit kering, tetapi anda tidak rasa gatal dan tidak berkelemumur, pilih produk yang dapat meningkatkan tahap kelembapan, menghidrat, melicinkan atau kerinting (terutaman jika rambut anda kerinting).
  • Seandainya kulit kepala anda kering, dan terdapat kelemumur serta gatal, pilih produk yang khusus untuk kulit kepala kering. Produk yang mengandungi bahan seperti mentol, asid salisilik atau tea tree boleh membantu meningkatkan kelembapan kulit kepala.
  • Adalah penting untuk memastikan rambut anda dibilas dengan bersih dan baik setiap kali anda syampu. Saki baki produk yang tertinggal akan menjadikan kulit kepala anda bertambah kering. Anda juga digalakkan untuk membuat urutan kulit dengan menggunakan minyak herba bagi melembapkan rambut anda.

Nota: Adalah sukar untuk mendapatkan produk yang bersesuaian dan betul pada permulaannya. Anda mungkin perlu mencuba beberapa produk sebelum membuat kesimpulan dan keputusan produk yang terbaik dan bersesuaian dengan anda. Pilih produk yang mendatangkan manfaat untuk rambut anda.

Sekiranya anda mengalami masalah menentukan jenis kulit kepala atau mengalami kesukaran memilih produk yang betul, minta bantuan profesional. Sentiasa ingat bahawa tanpa produk yang betul, rambut anda tidak akan menjadi bersinar dan sihat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

24/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Rambut Boleh BOTAK Akibat Jangkitan Kulat & Kurap! Lakukan Perkara Ini Untuk Atasinya

Kelemumur Teruk Sangat Sampai Kepala Berbau? Ini 3 Cara Berkesan Hilangkan Ketombe


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan