Nak tip berhubungan intim yang mengancam gelora anda, jom kami kongsikan di sini!
Seks adalah suatu elemen yang sangat penting dalam kehidupan suami isteri. Tanpanya, tentu sahaja rumah tangga akan terasa hambar, tidak bermaya serta tidak bermakna bukan?
Jadi, jangan malu untuk ajak pasangan berasmara. Namun, inilah yang menjadi masalahnya kerana masih ada pasangan yang segan silu untuk memulakan langkah terutamanya golongan wanita.
Usah khuatir, Hello Doktor akan membantu anda. Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu tip berhubungan intim dengan pasangan yang paling mudah, tepat dan berkesan!
Seks adalah hak masing-masing, jangan malu!
Perasaan malu adalah penghalang utama yang menyebabkan seseorang itu tidak mahu mengajak suami atau isteri mereka bersenggama. Ini perlu diubah dengan kadar segera!
Menurut August McLaughlin yang merupakan Pakar Terapi Seks, seks tidak hanya perlu dimulakan dari pihak suami sahaja malahan isteri juga boleh memulakannya.
“Kenyataan bahawa keputusan berkenaan seks adalah di tangan lelaki adalah sesuatu yang sangat stereotaip.
Hakikatnya, keinginan seksual tidak berdasarkan kepada satu jantina sahaja. Jadi, sesiapa sahaja boleh memulakan langkah untuk mengajak pasangan berasmaradana,” jelasnya.
Dalam erti kata yang lebih mudah, seks adalah hak masing-masing. Disebabkan itu, jangan sesekali berasa malu lagi selepas ini setiap kali terasa ingin mengajak pasangan beraksi di ranjang ya?
Tip berhubungan intim yang berkesan!
Jessica O’Reilly yang merupakan Pakar Terapi Seks berkata, kadangkala pasangan anda mungkin tidak ada mood untuk bersenggama.
Jadi, terpulang kepada anda untuk memulakan langkah dan membangkitkan keinginan seksual mereka.
Jangan risau, kami ada beberapa tip berhubungan intim bersama pasangan tercinta yang kalian boleh cuba:
#1. Bersikap tegas dan teguh dengan pendirian
Ada masanya, anda tidak perlu menunggu jawapan “ya” dari pasangan untuk melakukan hubungan seks.
Anda boleh cuba untuk bersikap tegas dan teguh dengan pendirian anda yang dahagakan keintiman itu.
Sebagai contoh, anda boleh pergi sahaja kepada pasangan yang sedang berada di dapur untuk menanggalkan pakaian di situ dan beraksi ketika itu juga.
Ini tentu sahaja akan melahirkan elemen kejutan yang sangat diperlukan!
Selain itu, ia juga akan membuat pasangan anda tahu apa yang perlu mereka lakukan.
Ambillah peluang ini untuk meminta apa-apa sahaja yang pernah didambakan. Cuma, jangan terlalu memaksa pula ya?
#2. Hantar pesanan menggunakan telefon
Ini antara tip berhubungan intim yang paling senang nak buat.
Jika memang perasaan malu anda itu sukar untuk dikikis, ada satu tip ajak pasangan melakukan hubungan seks yang paling sesuai untuk anda.
Seiring dengan kemajuan teknologi kini, apa kata kalian bermain dengan pasangan menggunakan aplikasi sosial seperti Whatsapp atau Telegram ini untuk mengajak mereka bercanda? Ia adalah alternatif yang menarik!
“Bila U dah sampai rumah, cari I dalam bilik tau, I pakai lingerie yang U belikan semalam” – ayat seperti ini mungkin kalian boleh gunakan untuk menggoda pasangan. Sebagai alternatif, mungkin hanya perlu hantar gambar sahaja?
#3. Tidak perlu berkata, tunjukkan petanda sahaja
Sebenarnya, pasangan suami isteri terutamanya yang sudah lama berkahwin, tidak perlu untuk bersusah payah mengatur ayat untuk mengajak pasangan melakukan hubungan seks.
Kadang-kadang, petanda seperti mengangkat kening, mengangguk kepala, menjelir lidah atau senyum sinis sahaja sudah mencukupi untuk memberi hint kepada pasangan anda.
Jadi, cuba lakukan ini. Jika pasangan masih tidak faham, tidak salah untuk sesekali menerkamnya tiba-tiba sahaja bukan? Ia adalah bagus untuk mewujudkan unsur suprise!
#4. Tip berhubungan intim dengan mengurut tubuh badan pasangan
Ini adalah satu trik yang sangat berkesan. Buat anda yang pemalu itu, mulakanlah langkah anda dengan mengurut tubuh badan si dia selepas pulang dari kerja.
Urutkan secara perlahan-lahan sehinggalah mereka mempunyai mood untuk bersenda dengan anda.
Selepas itu, mula alihkan sentuhan anda ke zon erotik mereka seperti alat kemaluan atau dada dan lain-lain.
Selepas mereka mula menunjukkan tanda sudah turn on, inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan projek hubungan seks kalian!
#5. Tip berhubungan intim dengan ciuman, akhirinya dengan seks!
Akhir sekali, ini adalah tip ajak pasangan berasmara yang dijamin 99% akan berkesan!
Caranya mudah sahaja. Hanya perlu mulakan dengan ciuman pada pipi, dahi, telinga, leher dan akhir sekali tumpukan pada bibirnya untuk aksi french kiss yang hangat.
Dengan cara ini, si dia pasti tidak mampu untuk menolak pelawaan anda kerana dia sendiri sudah dirasuki nafsu yang membara.
Jadi, apa lagi kalian tunggu? Gunakanlah tip yang kami berikan ini dan bercandalah dengan pasangan!
[embed-health-tool-ovulation]