backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

9

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Abaikan Jika Isteri Keluar Darah Lepas Bersama, Puncanya Mungkin Sebab Penyakit Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/09/2023

    Jangan Abaikan Jika Isteri Keluar Darah Lepas Bersama, Puncanya Mungkin Sebab Penyakit Ini!

    Meskipun bukan semua, namun ramai pasangan yang ada pengalaman keluar darah selepas bersama terutama di saat malam pertama kalian. Persoalannya, bagaimana untuk tahu pendarahan yang normal atau tidak?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda juga boleh klik di sini.

    Pendarahan selepas seks yang normal

    Sebenarnya, situasi keluar darah selepas bersama pasangan untuk hubungan seksual bukan suatu perkara yang begitu memeranjatkan memandangkan hampir semua suami isteri mungkin pernah melaluinya.

    Di saat malam pertama sebagai pasangan suami isteri, kebanyakan perempuan yang belum pernah menjalani penetrasi zakar ke dalam faraj mungkin mengalami keadaan ‘pecah dara’ lalu memicu pendarahan.

    Hal ini akan terjadi angkara selaput dara yang wujud di dalam lubang faraj wanita pecah selepas ditusuk atau didayung oleh zakar lelaki. Pun begitu, seks bukan satu-satunya perkara yang jadi punca situasi ini.

    keluar darah selepas bersama

    Selain seks, terdapat banyak lagi aktiviti lain yang boleh menyebabkan selaput dara pecah atau rosak termasuk:

    • Beronani
    • Gimnastik
    • Menunggang basikal
    • Menunggang kuda
    • Senaman intensiti berat
    • Salah cara pakai tampon
    • Ujian pelvik atau pap smear

    Dalam pada itu, ada juga perempuan yang lahir tanpa selaput dara atau dengan anatomi abnormal. Jadi, bukan semua pendarahan selepas seks adalah angkara aktiviti seksual meskipun ia sesuatu yang normal.

    Dalam erti kata lebih mudah, situasi keluar darah selepas bersama cuma normal jika berpunca akibat aktiviti seksual di malam pertama anda. Persoalannya, bagaimana pula jika ia bukan melibatkan ‘pecah dara’?

    Pendarahan selepas seks tidak normal

    Walaupun anda rasa situasi keluar darah selepas bersama itu normal, namun ketahuilah bahawa ia juga tidak hanya berpunca daripada selaput dara wanita sahaja. Ada banyak lagi faktor risiko lain yang menyebabkan perkara ini terjadi!

    Untuk pengetahuan anda semua, situasi ini mungkin masih boleh berlaku angkara masalah yang berikut:

    keluar darah selepas bersama

    1. Jangkitan alat sulit – Infeksi yang umum seperti jangkitan yis atau bakteria boleh mengakibatkan pendarahan gara-gara ia menyebabkan kerengsaan dan keradangan di dalam faraj.
    2. Infeksi kelamin (STD/STI) – Jangkitan kelamin termasuk klamidia, gonorea, trikomoniasis boleh membawa masalah di dalam sistem serviks lantas memicu pendarahan pasca seks.
    3. Kekeringan pada faraj – Seks memerlukan faraj yang licin supaya proses penetrasi itu lebih mudah. Namun, ia mungkin boleh kering akibat banyak faktor seperti bersalin, menyusu badan, membuang ovari, meruang faraj, melakukan hubungan sebelum rangsangan dan sebagainya.
    4. Ketumbuhan dalam faraj – Terdapat 2 jenis ketumbuhan yang paling lazim terjadi dan terbentuk dalam faraj iaitu polip dan fibroid. Meskipun kedua-duanya bukan bersifat kanser serta tidak berbahaya, namun ia akan menyebabkan banyak gejala buruk termasuk pendarahan selepas bersama.
    5. Menopaus – Sindrom menopaus genitouriner (GSM) boleh terjadi kepada wanita perimenopaus dan menopaus. Kesannya, tubuh badan akan kurang menghasilkan estrogen, menjejaskan keanjalan dan kelicinan faraj lantas memudahkan ia tercedera ketika seks.
    6. Kanser – Paling berbahaya, darah keluar daripada faraj selepas bersenggama mungkin didalangi oleh sel kanser serviks, rahim atau faraj. Walaupun mungkin tidak menyakitkan, tetapi ia bakal menjejaskan hidup dalam jangka masa panjang.

    Segala punca dan faktor di atas mungkin hanya berkaitan dengan wanita namun tidak lelaki. Sedangkan, turut wujud beberapa sebab yang berpunca daripada lelaki contohnya seperti nafsu syahwat luar tabii.

    Bayangkan jika lelaki itu ada keinginan seksual yang pelik lagi ganas melibatkan posisi, lokasi atau peralatan, mereka sudah tentu mahu melakukan aktiviti yang berisiko tinggi untuk mencederakan pasangan.

    keluar darah selepas bersama

    Apa yang anda perlu buat tentangnya?

    Justeru, adalah sangat tidak adil untuk menyalahkan perempuan sahaja jika berlaku situasi keluar darah selepas bersama. Ia kerana isu ini melibatkan dua belah pihak yang memerlukan komunikasi, toleransi dan kerjasama yang baik.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Perkara paling penting dan utama, dapatkan ubatan dan rawatan daripada pakar dengan segera jika anda ada sebarang masalah seperti dinyatakan di atas dalam usaha untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi.

    Kemudian, usah lagi anda menuding jari di antara satu sama lain kerana situasi keluar darah selepas bersama itu boleh berlaku dalam dua kategori yang jauh berbeza yakni sama ada ia adalah normal atau tidak.

    Konklusinya, jangan cuma sangka hal ini terjadi akibat ‘pecah dara’ sahaja kerana ada banyak lagi punca yang lain!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan