backup og meta

Kajian Kata 4 Teknik Seks Ini Buat Wanita Cepat Puas Ketika Bersama, Suami Sila Semak!

Kajian Kata 4 Teknik Seks Ini Buat Wanita Cepat Puas Ketika Bersama, Suami Sila Semak!

Sudah jenuh suami mencari dan mengkaji pelbagai teknik seks dalam usaha membuat isteri lebih cepat puas namun masih belum ketemu. Mungkin ramai belum tahu teknik-teknik yang di bawah ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Kepuasan ketika hubungan seks, kenapa ia tidak seiring?

Seperti mana ramai sedia maklum, kepuasan dalam keintiman perlu dirasai dan dinikmati oleh 2 orang pasangan tatkala hubungan seks berlangsung tetapi ia seringkali tidak berlaku serentak.

Alasannya, kebanyakan projek asmara itu akan berakhir dengan suami yang tewas awal sementara isteri pula masih belum puas. Hakikatnya, majoriti pasangan pasti ada masalah yang sama.

Lanjutan daripada itu, telah wujud banyak cara, langkah, kaedah serta teknik seks sama ada dalam aspek posisi, lokasi dan lain-lain namun bukan semua tip itu punya hasil positif.

teknik seks

Kewujudan macam-macam jenis produk di pasaran agar hubungan tahan lama juga mungkin tidak dapat banyak membantu ekoran ia cuma akan berkesan bergantung kepada masing-masing.

Mungkin ada rahsia tersembunyi yang belum terdedah? Tenang, ada kajian yang tepat tentang persoalan kalian!

Teknik seks semua suami isteri wajib tahu!

Menurut kajian kelolaan University of Indiana dengan kerjasama OMGYES Research Group/For Goodness Sake, ribuan wanita di Amerika Syarikat mungkin ada tanggapan yang tersendiri.

Dr Devon J Hensel menyatakan bahawa soal selidik melibatkan lebih 3,000 orang wanita berumur 18 ke 93 tahun ini telah menyimpulkan kepada 4 teknik yang penting dalam aktiviti seksual.

Kajian ini turut menekankan bahawa teknik-teknik tersebut merupakan asas yang utama di dalam hubungan seks intim di kamar tidur. Tanpanya, ia mungkin menjejaskan rumah tangga kalian!

“Kami melihat kepada pergerakan serta perlakuan spesifik yang mampu memberi kepuasan serta kenikmatan seksual maksimum bagi wanita. Hasilnya, mungkin agak mengejutkan,” jelas Dr Von Hippel.

Ini dia teknik seks yang hangat diperkatakan!

Ada 4 teknik dalam hubungan suami isteri yang penting bagi kalian. Jom teliti satu demi satu:

#1. Angling

Pertama dan paling penting, 87% responden menyatakan bahawa kaedah pelarasan sudut dengan cara merendahkan pinggang, pinggul dan pelvis amat penting ketika penetrasi alat kelamin.

Dengan cara ini, zakar boleh disumbat lalu didayung tepat ke arah g-spot yang ada di dalam faraj.

teknik seks

#2. Shallowing 

Kedua, 84 peratus wanita mengatakan sentuhan penetratif di dalam faraj sama ada melalui zakar, tangan, kaki, mulut serta lain-lain anggota badan pasangan lelaki penting dalam hubungan.

Dalam pada itu, mereka turut berpendapat bahawa ia begitu penting sebelum dan semasa aktiviti penetrasi zakar untuk membuat faraj menjadi bertambah licin dengan pengeluaran air mazi.

#3. Rocking 

Ketiga, 76 peratus wanita mengatakan adalah jauh lebih bagus untuk pasangan lelaki membiarkan sahaja zakar di dalam faraj tatkala penetrasi berbanding menggerakkan ia keluar dan masuk.

Melalui kaedah di atas, kawasan dalaman faraj akan dapat dirangsang dengan lebih baik, perlahan, dan maksimum lebih-lebih lagi jika anda melakukan hubungan dengan posisi woman on top.

#4. Pairing

Terakhir, 69% daripada responden percaya sentuhan serta rangsangan secara langsung daripada anggota badan lelaki termasuk zakar dan alat mainan seks pada klitoris juga adalah antara usaha paling penting untuk membuat wanita mencapai kepuasan seksual.

teknik seks

Adakah teknik seks di atas benar?

Berdasarkan kepada 4 teknik di atas tadi, mungkin boleh kita simpulkan bahawa ia adalah antara petua yang biasa kita semua dengar dan baca namun bukan selalu kita dapat praktikkan.

Ini kerana majoriti pasangan terutama bagi pihak suami mungkin akan lebih memikirkan tentang kepuasan diri sendiri sahaja sekali gus mengakibatkan para isteri rasa terabai di ranjang.

Konklusinya, sentiasa ingat akan teknik-teknik ini tatkala sedang asyik berasmara. Ketahuilah jika kepuasan seksual itu perlu dirasai dan dinikmati oleh dua pihak, bukan anda seorang ya!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Women’s techniques for making vaginal penetration more pleasurable: Results from a nationally representative study of adult women in the United States, https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0249242, Accessed Jan 19 2023.
  2. Tips to Improve Your Sex Life, https://www.helpguide.org/harvard/tips-to-improve-your-sex-life.htm, Accessed Jan 19 2023.
  3. Tips For Vaginal Intercourse, https://www.optionsforsexualhealth.org/facts/sex/tips-for-vaginal-intercourse/, Accessed Jan 19 2023.
  4. Top 10 Sex Tips You Need Right Now, https://www.healthywomen.org/your-health/sexual-health/10-sex-tips-you-need, Accessed Jan 19 2023.
  5. Safer Sex Guidelines, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/safer-sex-guidelines, Accessed Jan 19 2023.

Versi Terbaru

16/03/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/03/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan