#5. Tahan hernia apabila batuk atau meneran

Sekiranya anda menghidap angin pasang, bersin, batuk atau meneran ketika membuang air boleh menambahkan lagi beban atau tekanan pada kawasan yang benjol.
Bagi mengelakkan ia menjadi lebih buruk, pastikan anda memegang atau menahan benjolan tersebut.
Ini untuk memastikan agar benjolan itu tidak menjadi semakin besar.
#6. Elakkan makanan penyebab keradangan
Salah satu petua kecutkan angin pasang adalah dengan mengelakkan makanan punca keradangan.
Antara jenis makanan yang boleh menyebabkan keradangan ialah seperti makanan yang mempunyai gluten dan juga makanan yang diproses.
Jika sebahagian usus telah membentuk hernia, amat penting untuk mengelakkannya daripada mengalami keradangan.
Jika tidak, anda mudah untuk merasakan pedih ulu hati atau kembung perut.
#7. Kekalkan berat badan sihat
Berat badan yang ideal dan sihat boleh membantu mengekalkan bekalan darah beroksigen, sekali gus mengelakkan hernia tersebut tidak bertukar lokasi.
Anda disarankan untuk melakukan senaman bagi mengekalkan berat badan yang optimum.
Namun, pastikan anda tidak melakukan senaman berat kerana ia boleh mengganggu angin pasang dan menyebabkan lebih banyak kesakitan.
#8. Petua kecutkan angin pasang: Lakukan yoga

Yoga merupakan antara petua kecutkan hernia yang berkesan.
Sesetengah posisi yoga boleh melegakan tekanan pada badan, menguatkan otot dan menutup laluan hernia yang sudah terbentuk.
#9. Ambil makanan yang tinggi serat
Elakkan masalah sembelit daripada berlaku ketika mengalami angin pasang.
Ini kerana, meneran dengan kuat kerana masalah sembelit boleh menyebabkan hernia semakin teruk.
Antara cara mengurangkan masalah sembelit adalah dengan memakan lebih banyak makanan tinggi serat.
Contohnya seperti sayuran berdaun hijau, lobak merah, kekacang dan juga keledek. Selain itu, anda juga boleh memakan buah-buahan seperti epal, betik, tembikai dan buah pir.
Kesimpulan
Angin pasang atau hernia yang berlaku boleh diuruskan dengan baik jika anda tahu apa yang perlu dibuat.
Pastikan anda cuba tip dan petua-petua di atas bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan angin pasang yang dialami.
Paling penting, jangan meneran dengan kuat dan jangan membuat kerja-kerja berat jika mengalami angin pasang!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen