backup og meta

Ingin Bagi Angin Pasang Cepat Surut, Lelaki Kena Ikut 5 Pantang Larang Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/11/2022

    Ingin Bagi Angin Pasang Cepat Surut, Lelaki Kena Ikut 5 Pantang Larang Ini!

    Bagi anda yang mengalami angin pasang, mungkin ada beberapa pantang larang angin pasang yang perlu anda ketahui. Ia boleh membantu anda menguruskan keadaan yang anda alami dengan lebih baik.

    Jika tidak, anda pasti akan berasa segan dengan keadaan tersebut yang masih tidak sembuh-sembuh.

    Ikuti penerangan dan pantang larang di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Apakah yang dimaksudkan dengan angin pasang?

    pantang larang angin pasang

    Kami pasti ada sesetengah pembaca Hello Doktor, khususnya kaum lelaki yang mengalami masalah angin pasang atau juga disebut hidrocele.

    Keadaan ini terjadi apabila terdapat cecair yang berkumpul dalam skrotum atau kantung zakar. Apabila cecair ini berkumpul dalam zakar, ia akan menyebabkan pembengkakan pada skrotum.

    Keadaan ini lebih dikenali sebagai angin pasang berair.

    Walau bagaimanapun, keadaan ini agak berbeza dengan hernia. Namun, hidrocele masih boleh berkembang kepada hernia jika ia menjadi semakin teruk.

    Untuk makluman anda, hernia adalah jenis atau versi angin pasang yang lebih teruk berbanding hidrocele. 

    Pantang larang angin pasang

    pantang larang angin pasang

    Terdapat banyak rawatan yang tersedia untuk merawat hidrocele tetapi anda perlu ingat bahawa apa yang anda makan juga memainkan peranan utama dalam memperbaiki gejala hidrocele.

    Jika anda mengalami hidrocele, anda harus tahu makanan apa yang boleh membantu memperbaiki keadaan dan makanan apa yang boleh memburukkan lagi hidrocele tersebut.

    Berikut adalah antara pantang larang angin pasang yang anda perlu ikuti:

    #1. Jauhi makanan ringan

    Makanan ringan seperti piza, burger dan kentang goreng sangat rendah kandungan mineral, vitamin dan serat.

    Ini boleh menyebabkan banyak masalah, malah boleh memburukkan keadaan hidrocele.

    Makanan ringan sememangnya tinggi kandungan minyak dan boleh menghalang pergerakan usus yang betul.

    Ini kemudiannya boleh menyebabkan masalah sembelit yang membuatkan peneranan kuat semasa membuang air besar.

    Proses meneran ini kemudiannya boleh memburukkan hidrocele yang sedang anda alami.

    #2. Jeruk atau kafein

    Bagi mereka yang mengalami keadaan ini, jeruk dan minuman berkafein sememangnya perlu dielakkan.

    Sebagai contoh, jeruk mengandungi garam dan minyak yang agak tinggi sehingga boleh menjejaskan sistem penghadaman.

    Begitu juga dengan pengambilan kafein, ia mempunyai kesan berbahaya pada sistem pencernaan serta beberapa kesan sampingan yang lain.

    #3. Makanan yang diproses

    Salah satu pantang larang angin pasang mesti dibuat adalah mengelakkan makanan yang diproses.

    Makanan yang diproses mengandungi garam dan gula yang berlebihan. Pengambilan garam dan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

    Bukan itu sahaja, makanan seperti ini turut mempunyai kandungan serat dan vitamin yang rendah, di mana ia amat diperlukan untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

    pantang larang angin pasang

    Selain itu, makanan yang diproses juga mengandungi banyak bahan tiruan yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius.

    Oleh itu, makanan yang diproses harus dielakkan jika anda mengalami keadaan ini.

    #4. Makanan pedas 

    Penghidap keadaan ini juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan pedas dan berempah.

    Selain makanan yang pedas, makanan berat dan berminyak juga perlulah dielakkan.

    Ini kerana, hidangan seperti ini mempunyai banyak kesan berbahaya kepada tubuh.

    Jenis makanan ini sememangnya boleh mengganggu dan menyebabkan ketidakselesaan pada perut. 

    #5. Makanan yang diawet

    Makanan yang diawet juga perlu menjadi antara pantang larang angin pasang yang perlu dipatuhi.

    Ini kerana, makanan yang diawet biasanya mengandungi bahan-bahan kimia dan pengawet buatan yang kurang baik untuk kesihatan tubuh.

    Bahan pengawet yang terlalu tinggi juga boleh menjejaskan keadaan angin pasang yang sedang anda alami.

    Bukan itu sahaja, bahan pengawet juga boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan mewujudkan beberapa isu kesihatan yang lain.

    Malah, ia berisiko untuk menyebabkan masalah kanser

    Kesimpulan

    Angin pasang bukanlah satu penyakit yang agak serius, namun ia boleh memberikan ketidakselesaan dan mengganggu fikiran jika lambat sembuh.

    Untuk kaum lelaki, keadaan ini pastinya boleh membuatkan anda kurang berkeyakinan, lebih-lebih lagi sewaktu berhadapan dengan pasangan anda.

    Oleh itu, cuba ikuti pantang larang angin pasang yang diberikan ini agar keadaan yang dialami anda akan lebih cepat pulih. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan