Jika ditanya pada mana-mana suami isteri, sudah pasti mereka mahukan hubungan seksual tahan lebih lama.
Pun begitu, ini adalah masalah yang sering terjadi pada pasangan terutamanya golongan lelaki yang sering mengalami masalah pancut awal.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan oleh golongan lelaki yang sering mengecewakan pasangannya untuk memastikan hubungan seksual tahan lebih lama seperti tahan lama spray.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.
Petua hubungan seksual tahan lebih lama
#1. Cuba posisi yang tertentu
Buat suami isteri terutamanya yang baru berkahwin, sampai bila anda mahu melekat pada satu posisi sahaja?
Untuk pengetahuan anda, posisi biasa seperti missionary atau doggy style adalah sesuatu yang sangat mainstream!
Bukan itu sahaja, posisi yang membosankan ini sebenarnya mungkin boleh jadi punca golongan lelaki mengalami ejakulasi pramatang.
Ini kerana ia memerlukan suami yang mengawal setiap ritma tusukan zakar ke dalam faraj isteri.
Dalam erti kata yang lebih mudah, posisi sebegini mungkin akan membuat encik suami ‘syok sendiri’ tanpa memikirkan kepuasan pasangan!
Menurut seorang pengkaji hubungan intim, Dr Ian Kerner, posisi yang biasa akan membuat golongan lelaki lebih cepat mencapai orgasma.
Jadi, mahu tahan lama ketika bersama? Sila tukar posisi anda berdua.
Sebagai cadangan, anda dan pasangan mungkin boleh menukar posisi yang memerlukan wanita untuk mengawal ritma penetrasi seperti woman on top.
#2. Melancap sebelum hubungan intim
Menurut Dr Evan Goldstein yang merupakan seorang Pakar Proktologi, ejakulasi yang terlalu cepat mungkin disebabkan golongan lelaki tidak mencapai klimaks dalam masa yang terdekat ekoran kelenjar prostat menyimpan terlalu banyak air mani.
Pun begitu, sudah pasti ramai pasangan akan mempersoalkan mengapa kita perlu melancap walaupun selepas berkahwin?
Jadi, anda mungkin tidak perlu beronani.
Sebaliknya, apa kata minta isteri anda lakukan handjob atau blowjob terlebih dahulu untuk tahan lama ketika bersama?
Cuma, janganlah pula encik suami tertidur selepas adegan ‘ringan-ringan’ ini.
Takut isteri kesayangan anda berkecil hati pula nanti!
#3. Guna tisu magis
Terdapat banyak peralatan yang dikatakan boleh membuat lelaki tidak lagi mengalami masalah ejakulasi pramatang, seperti tahan lama spray.
Ada juga mitos yang mengatakan penggunaan tisu magis boleh buat hubungan intim tahan lebih lama, atau tahan lama dan panjang.
Adakah ia benar?
Menurut kajian yang dilakukan pada 2017 oleh seorang Pakar Urologi Dr David Samadi, penggunaan alat ini mungkin boleh membuat anda tahan lama ketika bersama.
Ini kerana tisu magis mempunyai kira-kira 4% benzocaine, yang boleh mengurangkan rangsangan berlebihan tanpa menyingkirkan sensasi semasa melakukan penetrasi.
Pun begitu, penggunaan alat ini mungkin akan mendatangkan mudarat kepada faraj wanita terutamanya jika mereka mempunyai masalah alahan terhadapnya.
Jadi, tiada masalah untuk anda cuba menggunakannya.
Cuma, sila rujuk kepada pakar terlebih dahulu sebelum mencubanya dengan pasangan anda!
#4. Guna cincin zakar
Ada satu teknik untuk menahan air mani daripada terkeluar lebih awal iaitu dengan berhenti dan memicit bahagian bawah kepala zakar apabila rasa mahu terpancut.
Pun begitu, teknik tahan lama dan panjang ini mungkin agak sukar dilakukan kerana suami perlu menarik keluar zakar dari faraj pada masa yang tepat.
Selain itu, ia juga akan buat hubungan intim jadi ‘potong stim’!
Oleh itu, apa kata anda guna cincin zakar?
Menurut pengkaji, Masters and Johnson, penggunaan alat ini boleh melambatkan air mani terkeluar kerana ia akan menekan dan menghalang darah dari masuk ke zakar sekali gus melambatkan respons sistem ejakulatori.
Pun begitu, sila berhati-hati menggunakannya! Ini kerana penggunaan saiz yang salah akan mengakibatkan zakar ‘tercekik’.
Kondisi ini kemudiannya mungkin boleh jadi punca cincin tersebut tersekat pada alat kemaluan lelaki lantas membuat ia mati atau hilang fungsi.
#5. Luangkan lebih masa untuk foreplay & afterplay
Ini adalah petua hubungan intim tahan lebih lama yang perlu paling diutamakan.
Sebagaimana yang kita tahu, golongan wanita memang lambat untuk mencapai orgasma.
Ini adalah punca utama hubungan kurang memuaskan untuk mereka.
Jadi, apa yang suami boleh lakukan adalah lebihkan masa untuk melakukan foreplay.
Sebelum hidangan utama, apa kata anda:
- menyentuh
- memeluk
- mencium
- meraba
- meramas
tubuh badan isteri anda sehingga nafasnya mula menunjukkan dia sudah berahi sepenuhnya.
Sesudah itu, barulah anda boleh memasukkan zakar ke dalam faraj.
Ini akan buat hubungan seksual lebih memuaskan buat wanita.
Bagi lelaki pula, adegan ‘ringan-ringan’ yang dilakukan sebentar tadi akan menjadi ‘pemanas badan’ sebelum aktiviti yang lebih berat.
Namun jangan pula kedua-dua anda tidur kerana kepenatan selepas sama-sama belayar membelah lautan asmara.
Tutup malam indah anda berdua ini dengan adegan afterplay
Ini bukan sahaja akan membuat hubungan seksual tahan lebih lama, malah ia juga akan boleh menguatkan lagi keutuhan cinta anda dan pasangan!
Kini anda telah tahu beberapa teknik untuk tahan lebih lama bersama isteri anda.
[embed-health-tool-ovulation]